Rahsia Jimatkan Kos Postage Dengan Easyparcel
Nak jimatkan kos postage anda ? Tak perlu lagi bayar lebih. Benda boleh jimat, buat apa bayar mahal-mahal kan . Ada rahsia bagaimana saya boleh jimatkan kos postage sehingga ratusan ringgit setiap bulan. Bila kurangkan kos shipping tersebut, boleh guna duit tersebut untuk tambah stok kan. ๐
Jika kos Pos Laju biasa , anda perlu bayar RM7.30 untuk berat maksimum 500 gram, tetapi dengan cara saya jimatkan kos postage ni, anda boleh bayar lagi murah dari RM7.30 , tetapi berat nya boleh sampai maksimum 5KG . Banyak jimat dah lepas ni.
Jom saya kongsikan rahsia tersebut.. Rahsia ke ? Ramai dah tahu sebenar nya..hehe.Tapi apa salah kalau kita kongsi sesuatu yang baik kan.
Rahsia Saya Jimatkan Kos Postage Bulanan Dengan Easyparcel
Ya, anda perlu gunakan 3rd party shipping website iaitu EASYPARCEL . Serius jimat tau. Memang banyak lah jimat nya. Bukan puluh-puluh, malah boleh jimat ribuan ringgit terutama jika korang jenis meniaga kencang.
Cara nya sangat mudah untuk dapatkan rate postage yang super murah ni, iaitu :
- Anda perlu ada akaun di Easyparcel . Jika belum anda, anda boleh daftar percuma di sini :- Daftar FREE Akaun Easyparcel .
- Easyparcel menggunakan konsep kredit yang akan di tolak setiap kali anda buat tempahan delivery dari mereka. Jadi, anda perlu top up dahulu serendah RM20 (*kos shipping berbeza ikut nilai pakej kredit. Saya ada terangkan di bawah)ย ke akaun anda, dan selepas itu, anda dah boleh buat booking shipment di Easyparcel.
- Senang nak buat booking shipment dari Easyparcel.
- Masukkan details nama, alamat pelanggan serta berat item dan lain-lain dalam form shipping tu.
- Selepas lengkap kan details , tekan butang add to cart dan seterusnya check out untuk daapatkan nombor tracking kurier yang anda pilih
- Download shipping form dan print pada kertas A4 . Seterus nya, tampal pada kotak / plastik bungkusan item anda.
- Semasa di Pos Laju, anda perlu isi borang merah – PL9 untuk shipment, Jika di kurier lain, kebiasaan nya, anda hanya terus drop off parcel sahaja tanpa perlu isi borang.
- Serahkan pada petugas kaunter dan mereka akan proses kan masuk ke dalam sistem dan selesai. Anda boleh lah share nombor tracking tersebut kepada customer anda. SETTLE
- PERHATIAN !! – Anda tidak perlu buat bayaran lagi semasa di kaunter kurier yang anda gunakan kerana, anda dah pun sebenar nya bayar parcel tersebut ke Easyparcel. Jadi, anda hanya perlu bawa dan serahkan sahaja kepada pihak kurier. Pihak Easyparcel yang akan bayar kos shipping anda kepada pihak kurier. Faham ? .
Berapa Banyak Anda Boleh Jimatkan Kos Postage Sebenar nya ?
(dalam case study ni, saya bandingkan data dari Pos Laju okey.. Kurier lain anda boleh check rate nya dahulu ) .
Jadi, anda perlu bayar minima dari RM7.31 (min 500gram) sehingga ke RM 21.20 (max 5KG) . Jom lihat berapa kos postage Pos Laju bila anda menggunakan Easyparcel .
Untuk kos kredit pulak, untuk menikmati kos postage RM6.49 ini, anda perlu top up minima RM50 dan ke atas ke akaun Easyparcel anda. Ya betul ada top up RM20, tetapi kadar shipping nya ikut rate biasa iaitu RM7++ .
Jimat banyak kan ? ๐ . Dengan Easyparcel, anda hanya perlu bayar RM6.49 sahaja untuk parcel yang berat dari 1gram hingga ke 5 KG. Dah berapa banyak anda boleh kurang kan kos shipping anda untuk 1 parcel . Jika sebulan anda ada 300 parcel, jadi boleh kira berapa banyak penjimatan yang anda dapat dari Easyparcel.
Ini lah rahsia bagaimana saya boleh jimatkan kos postageย untuk bisnes saya sejak bertahun dah. Dah beribu jugak parcel saya ship guna cara ni. Sedikit sebanyak, ia banyak membantu saya kurangkan kos operasi business saya.
Soalan Popular yang sering di tanya kepada saya : ” Selamat ke guna Easyparcel ? Barang sampai tak ? Berapa lama sampai ? ”
Jawapan saya = Selamat. Barang sampai sama seperti tempoh serahan kurier yang kita gunakan. Tiada beza dari segi penghantaran.Yang beza, anda bayar murah je ๐ .
Okay, jika anda ada apa-apa soalan / nak share sesuatu tentang topik jimatkan kos postage ini, boleh tinggalkan komen anda di bawah. Saya akan jawab satu persatu ya. Jumpa lagi.