Petua Atasi Gusi Bengkak Paling Mudah
Petua atasi gusi bengkak ini saya dapat dari ibu saya semasa kecil dahulu. Mudah je nak kurangkan bengkak gusi / bernanah dengan syarat, gusi bengkak tersebut bukan lah di sebabkan penyakit, atau kemalangan atau apa-apa yang serius .
Petua atasi gusi bengkak ini berkesan bagi kes-kes bengkak gusi yang normal / ringan. Bermakna, ia berlaku secara tiba-tiba. Tahu-tahu dah bengkak , dan anda tiada termakan apa-apa yang tajam / anda ada alahan lain.
Petua Atasi Gusi Bengkak Paling Mudah , Murah dan Berkesan.
Guna kan garam sebagai petua atasi gusi bengkak anda . Ya..garam jer pun..Mudah kan ? Pasti setiap rumah ada garam, barang wajib untuk memasak ni. 🙂 Jika anda beli pun, sepaket tak silap ada yang boleh dapat bawah dari RM1.00 .Jadi, tiada alasan untuk dapatkan garam .
Cara yang betul untuk masalah gusi bengkak tersebut adalah dengan KUMUR MULUT ANDA DENGAN AIR GARAM . Jangan anda makan pula garam tu yaa..hehe
- Ambil sedikit garam, dalam setengah sudu teh.
- Bancuh dalam cawan dengan air suam.
- Berkumur dengan larutan air garam tersebut.Kumur dalam 1-2 minit terutama di kawasan gusi yang bengkak.
- Selepas selesai, kumur semula dengan air biasa.
- Amal kan dalam beberapa kali kumuran dalam 1 hari sehingga anda dapat rasakan gusi yang bengkak tadi kian surut.
- Jangan lupa juga gosok gigi anda dengan lebih kerap dari biasa. Guna kan ubat gigi yang di fomulasikan untuk penjagaan gusi. Atau jika tiada, ubat gigi biasa pun sudah memadai.
Sehingga hari ini, jika saya mengalami bengkak gusi, saya masih amalkan petua ini. Mudah jer.. Cuma jika gusi anda masih bengkak dalam 2 hari selepas amalkan petua ini, sila berjumpa terus dengan doktor gigi anda. Mungkin ada sebab lain yang buatkan gusi anda bengkak lebih lama dari biasa.
Antara tanda yang anda ada masalah gusi adalah seperti , gusi anda kerap berdarah terutama waktu menggosok gigi, gusi anda bengkak atau bernanah, nafas berbau dan lain-lain lagi. Jadi, jika anda mempunyai tanda-tanda ini, jangan berlengah lagi.. Terus jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan dan khidmat nasihat yang betul. Jangan sampai semua gigi dah tertanggal, baru kita menyesal . Petua atasi gusi bengkak ini hanya untuk peringkat permulaan sahaja okay.