fbpx

Permohonan Online BR1M 2016 Bermula 5 Disember 2015

0 7

Menurut laman rasmi LHDN Malaysia, permohonan baru / kemas kini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 telah pun bermula pada 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015 secara dalam talian dan penghantaran borang permohonan secara manual.

Jika sebelum ini, ada ura-ura di media sosial yang mengatakan bahawa,permohonan BR1M boleh di lakukan pada 1 Disember 2015, tetapi pihak Sekretariat BR1M menyatakan bahawa permohonan online hanya akan bermula secara rasmi pada 5 Disember 2015. Jadi,untuk anda yang selalu mendapat sharing info di Whatsapp atau Facebook, kami menggalakkan anda untuk semak dahulu kesahihan berita yang di terima supaya tidak timbul sebarang salah faham di masa hadapan 🙂 .

Untuk akses ke laman e-BR1M 2016,anda boleh klik gambar di bawah untuk terus ke portal eBR1M 2016 :-

eBR1M 2016

Jadi, anda yang berkelayakan , kini anda sudah boleh memohon untuk e-BR1M 2016 melalui online. Tetapi menurut portal rasmi BR1M, anda hanya boleh akses borang online ini melalui PC / Laptop sahaja .Jadi , ini bermakna, anda tidak boleh kemas kini borang anda melalui smartphone / tablet anda.

Berapa Jumlah BR1M untuk tahun 2016 ?

Untuk tahun 2016, pihak kerajaan Malaysia telah memperuntukan BR1M sebanyak RM5.9 Bil , di mana keseluruhan peruntukkan ini akan memberi manfaat kepada 4.7 Juta isi rumah serta 2.7 Juta individu bujang di Malaysia. Menurut perbentangan bajet 2016 oleh Perdama Menteri Malaysia, Dato’Seri Najib, kerajaan bersetuju untuk:

  1. Kerajaan telah menaikkan bayaran BR1M dari RM950 ke RM1000 ,khas untuk isi rumah yang berpendapatan RM3000 ke bawah.
  2. Bagi isi rumah dalam kategori berpendapatan sederhana (antara RM3001 sehingga RM4000 sebulan) , kerajaan memberikan penambahan tertinggi iaitu dari RM450 ke RM800
  3. Untuk mereka yang masih bujang, kerajaan menaikkan RM50 untuk BR1M 2016 iaitu dari RM350 ke RM400 . Kategori bujang adalah untuk mereka yang berumur 21 Tahun ke atas,masih belum berumah tangga dan mempunyai pendapatan di bawah RM2000 sebulan.

 

Untuk BR1M 2016,  kerajaan juga telah menambah lagi satu kategori baru penerima BRIM (selain dari kategori di atas) iaitu penerima yang mana nama mereka sudah berada di dalam program e-Kasih . Peserta eKasih adalah mereka yang telah memohon program tersebut dan mempunyai pendatan kurang RM1000 sebulan. Untuk kategori baru ini,anda akan dapat peruntukan BR1M 2016 sebanyak RM1050.

Untuk terma dan syarat permohonan,sila layari :- https://ebr1m.hasil.gov.my/

Astro Awani BR1M 2016

Sumber Image – Astro Awani.com & Bajet.com.my

Sumber Rujukan Info – http://br1m.net/

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.