Perbezaan USB Cable Micro USB ,Type C dan Apple Lightning

0 7,358

Apa perbezaan USB Cable Micro USB ,Type C dan Apple Lightning ? Anda boleh beza kan anda tiga jenis USB Cable ni ? Jika tidak tahu apa beza antara semua USB Cable ini, amat bahaya kerana, takut anda salah beli nanti. Rugi menanti .

Jadi, jom kita tengok, apa perbezaan USB Cable Micro USB ,Type C dan Apple Lightning. Secara asasnya , untuk USB Cable smartphone, akan ada 3 jenis USB cable yang di gunakan iaitu :

  1.  Micro USB Cable – Khas untuk peranti Android dari kelas permulaan – midrange.
  2. USB Type C – Banyak di gunakan pada peranti premium smartphone. Ada juga di gunakan pada laptop.
  3. Apple Lightning – Khas untuk peranti di bawah jenama Apple sahaja (iPhone, iPad @ iPod)

 

Perbezaan USB Cable Micro USB ,Type C dan Apple Lightning

Perbezaan Usb Cable Micro Usb Type C Apple Lightning
Dari Kiri : Micro USB , USB Type C dan Apple Lightning.

USB Cable Micro USB

Kaki Micro Usb

  1. Di gunakan secara meluas untuk peranti  Android untuk model spesifikasi rendah atau pertengahan.
  2. Bentuk bersegi . Rata di bawah, dan bersegi di bahagian atas.
  3. Hanya boleh di masukkan pada satu arah sahaja . Jika terbalik, tidak boleh di masukkan ke port mengecas smartphone.
  4. Hanya boleh membawa arus dan voltan yang terhad . Tempoh pengecasan lebih rendah berbanding dengan USB Type C
  5. Kadar pemindahan data dari PC ke smartphone lebih perlahan berbanding USB cable yang lain
  6. Namun, USB cable ini senang dijumpai, banyak di jual serta harganya lebih murah. Jadi, jika cable USB anda hilang, boleh pinjam pada kawan yang menggunakan smartphone Android .

 

USB Type C 

Type C

  1. Kebanyakan pengeluar smartphone sedang beralih ke jenis USB Type C pada peranti terbaharu mereka bermula tahun 2018.
  2. Ini kerana, dengan USB Type C, ia boleh mengalirkan arus dan voltan yang lebih tinggi berbanding Micro USB Cable. Jadi, anda boleh mengecas bateri smartphone berkali ganda lebih laju dari Micro USB
  3. USB cable ini boleh di gunakan secara berbalik – ke atas / ke bawah, kerana bentuk USB ini sama antara atas dan bawah. Tiada masalah tersalah cucuk USB cable pada port pengecasan smartphone anda.
  4. Boleh memindahkan data lebih laju berbanding Micro USB Cable
  5. Penggunaan nya masih terhad kepada model smartphone yang berstatus premium , dan harga USB cable ini sedikit tinggi berbanding Micro USB. Namun, kini USB Cable Type C sudah banyak di jual di pasaran.

 

USB Apple Lightning

  1.  USB Cable ini hanya sesuai untuk smartphone / semua peranti di bawah jenama Apple sahaja – iPhone, iPod @ iPad.
  2. Konsep bentuk fizikal sama dengan USB Type C, di mana, ia boleh di gunakan secara berbalik. Jadi, tak kisah jika anda masuk kan cable ke atas atau ke bawah. Masih boleh berfungsi.
  3. Dari segi performance, ia sama dengan Micro USB di mana, ia terhad mengalirkan arus dan voltan semasa mengecas bateri smartphone. Tidak support Fast Charging.
  4. Senang dapatkan di pasaran. Namun, jika anda mencari USB Cable iPhone yang terbaik, tahan lama dan sesuai dengan sistem IOS Apple, anda perlu cari cable yang mempunyai certificate MFi (Made For iPhone / iPad / iPod ).  Nak check aksesori yang support MFi ? Baca sini >>  Cara Check Aksesori Apple MFi

 

 

Perbezaan Usb Cable Sifupowerbank
Dari atas :- Micro USB – USB Type C – Apple Lightning.

 

Namun tak semua pengguna smartphone tahu perbezaan USB Cable ini tau.. Mereka hanya beli sebab nampak iklan dan ciri-ciri yang ada untuk smartphone tu. Tetapi, mereka tak ambil tahu spesifikasi dalaman / fizikal smartphone mereka sampai kan ada beberapa pelanggan saya tersalah beli USB Cable Type C dengan Micro USB. Bila mereka beli USB Type C, tetapi smartphone mereka guna Micro USB port, memang tak boleh masuk lah. Kan dah rugi..

Jadi, semua dari kita perlu tahu apa perbezaan USB Cable yang ada di pasaran supaya tak rugi duit tersalah beli. 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.