Pakej Internet Terbaik Untuk Rumah Selain TM Unifi

0 2,881

Anda sedang mencari pakej internet terbaik untuk rumah anda ? Di sini saya akan sarankan pakej fibre broadband internet yang berbaloi untuk anda langgan dan guna kan dalam aktiviti seharian anda. Internet dah menjadi keperluan asas untuk zaman kita sekarang ni. Sebarang urusan lebih pantas dan mudah bila ada nya internet terutama di rumah. Kadang di rumah line internet dari smartphone tak stabil / kerap hilang / terlalu slow, jadi wifi rumah adalah penyelesaikan terbaik untuk anda.

 

Selain dari pakej Unifi dari Telekom Malaysia, ada beberapa lagi pakej pelan internet untuk rumah yang lebih berbaloi dan murah. Cuma kalau di ukur dari segi liputan / coverage di Malaysia, of course lah Unifi paling baik. Mereka dapat cover lebih banyak tempat di Malaysia. Pakej internet lain pula lebih tertumpu di bandar-bandar besar sahaja buat masa ni.

 

Jadi untuk anda yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru, boleh lah check pakej/pelan internet rumah ini.

 

Pakej Internet Terbaik Untuk Rumah Yang Lebih Berbaloi dan Murah Berbanding Unifi

 

Pelan / Pakej #1 – TIME Internet 

Antara pelan/ pakej internet dengan harga yang murah serta specs Download/ Upload yang lebih baik adalah pakej dari TIME. Di bawah ini adalah harga pakej internet untuk kediaman rumah anda (bukan syarikat / kedai) . Jika di lihat pada harga & speed yang di tawarkan , boleh di katakan ini pakej internet yang baik. Untuk perbandingan, Unifi menawarkan pakej 100Mbps pada speed 100Mbps (download) & 50Mbps (upload) pada harga RM129/bulan manakala TIME memberikan 100Mbps (download & upload) pada harga RM99/bulan.

Jadi dengan TIME, anda dah jimat bayaran bulanan sebanyak RM30.

*P/S – Harga yang di paparkan di artikel ini tidak termasuk cukai SST. Bayaran bulanan mesti di tambah dengan SST 6%.

 

pakej internet terbaik untuk rumah time 2022

speed download upload time internet 2022

 

Jadi, berbaloi tak jika anda boleh dapat jimatkan bayaran bulanan ? Okay ada lagi, yang best untuk TIME Internet adalah TIME ada menawarkan pakej speed sehingga 1Gbps..Fuhh.. laju berdesup ni kalau anda kaki gaming, atau content creator atau kerja anda memang memerlukan speed download & upload yang tinggi. Harga pun murah iaitu hanya RM199 /bulan. Bagi saya memang sangat berbaloi. Dapat pula Free Router WiFi 6 terkini supaya anda dapat liputan serta kestabilan internet pada peranti yang support WiFi 6.

 

 

So, TIME Internet boleh di masukkan dalam juara pakej internet terbaik untuk rumah 2022 ? baca ini dulu –

 

Kelebihan TIME Internet:-

  1. Harga lebih murah untuk bayaran / caj bulanan berbanding Unifi
  2. Speed download/upload lebih baik & tinggi berbanding Unifi
  3. Percuma bayaran bulanan untuk bulan pertama langganan
  4. Menawarkan speed terpaling laju 1Gbps

 

Kekurangan TIME Internet:-

  1. Coverage service yang sangat terhad di bandar-bandar besar terpilih sahaja (sekitar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Pulang Pinang & Melaka). Tidak di tawarkan di Sabah & Sarawak.
  2. Kebanyakkan kawasan yag boleh masuk TIME internet adalah kawasan rumah/kediaman jenis apartment / condominium .Bukan untuk rumah landed /taman.
  3. Walaupun ada di kawasan bandar-bandar besar, namun masih juag terhad kepada beberapa lokasi terpilih sahaja. Boleh check coverage di laman web rasmi mereka .
  4. Tiada di serta kan pakej IPTV seperti Unifi TV.

 

Untuk anda yang tinggal di kawasan-kawasan bandar serta menetap di apartment / condominium ,boleh lah ambil pakej dari TIME Internet ini untuk Wifi rumah. Untuk register , rujuk info di bawah :

Register / Sign Up pakej TIME Internet & dapatkan Lazada Voucher bila anda register melalui online di sini >> Pakej Wifi Rumah TIME 2022

 

Mungkin anda dah pakai mobile internet pakej seperti Celcom , Digi atau Maxis, tetapi saya percaya tak semua rumah mempunyai coverage telco yang baik. Lebih baik ada internet yang stabil di rumah untuk memudahkan kerja / scroll social media / menonton movie kegemaran anda di Netflix , Wifi di rumah anda penyelesaian terbaik untuk anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.