Pakcik Kongsi 6 Tips Tarik Rezeki
Tips tarik rezeki yang saya dapat ini banyak membuka mata dan pemikiran saya, yang sebenar nya mudah nya tarik rezeki. Tak perlu susah payah.Kita perlu buat tips tarik rezeki ini untuk rasakan nikmat nya rezeki tersebut .
Kisah nya, tips tarik rezeki ini di kongsi oleh pakcik jiran depan rumah saya.. Pagi saya nak keluar cari sarapan.. yer lah,,dah hujung minggu kan, nak merasa jugak roti canai kosong + roti telur bawang .. Saya dah keluar daari pagar rumah, dan terpandang pakcik nie tengah basuh kereta .. Saya pun sapa lah dia..
” Assamulaaikum pakcik “
” Waalaikumsalam.. Haa.. selamat pagi.. Kamu nak ke mana nie ? Awal pagi keluar “
” Biasa lah pakcik, nak cari roti canai buat sarapan.. hehe.. Pakcik sihat ? “
” Alhamdulillah ..biasa lah orang tua.. sihat-sihat orang tua..hehe” .. Bla..bla.bla..kami pun bebual beberapa topik .. ( malas nak tulis, nanti korang bosan pulak baca..hehe ) .. Sampai lah ke topik duit, kerja .. saya pun cerita lah serba sedikit buat business online dari rumah.. Saya cakap susah lah sekarang, persaingan tinggi..
” Tiada apa yang susah Lan .. Awak masih muda..Banyak peluang depan mata yang sesuai dengan awak..Tinggal nak buat secara konsisten jer . Jangan mudah berputusa ada.. Ni ada sikit pakcik nak pesan : …. “
6 Tips Tarik Rezeki Tanpa Perlu Susah Hati
1) WAJIB JANGAN TINGGAL SOLAT FARDU – Solat fardu wajib jangan sesekali tinggal..ia ibarat, awak ada moto 1000cc, tapi takda petrol.. Jadi, tak kan ke mana.. nampak gah.. tapi, hanya indah di mata manusia, namun di sisi ALlah, awak tiada apa. Lagi pun tahu kan, dosa besar tinggalkan walaupun satu rakaat.
Selagi boleh, walaupaun awak sakit pun, solat jangan tinggalkan. Buat tanpa jemu. Baru lah rezeki kamu berkat. Bila rezeki berkat, walaupun hasil nya sedikit, tapi akan cukup untuk satu keluarga. Kamu jaga hubungan kamu dengan Allah, Allah akan jaga segala-gala nya untuk kamu. Percaya lah .
2) FOKUS KERJA BETUL – Kerja kena buat betul-betul..time kerja, buat hanya kerjayang di amanahkan sahaja.. Fokus.. Jangan sibuk ber “Whatsapp” sampai boss tengok pun berasap mata dia.. Nak naik gaji, tapi mutu kerja tak naik.. Gaji pun berkat kalau kita buat kerja hakiki tu..
Kamu di bayar gaji untuk buat kerja yang di amanahkan , bukan buat business semasa dalam kerja kamu. Tak berkat rezeki kamu tau.. Jika nak buat business sekalipun, buat selepas habis waktu kerja. Jangan risau, Allah akan aturkan rezeki yang terbaik untuk kamu .
3) JANGAN MEROKOK – Duit yang guna beli rokok tu boleh simpan sebagai simpanan kecemasan . Kita tak tahu bila kita sakit atau ada perkara yang kecemasan yang perlukan wang… Alhamdulillah, pakcik masih sihat sekarang berkat tak merokok . Sayang lah “bakar duit” dengan mulut .Baik guna untuk beli Pizza kan..hehe..
4) CUKUP REHAT – Tidur awal, bangun pun awal.. Pakcik masuk tidur jam 10 malam, bangun 5 pagi.. setiap hari.. bila dah biasa, senang nak bangun awal.. Awal pagi kan penarik rezeki . Sebelum subuh, boleh buat solat Witir dan solat- solat sunat yang lain terutama solat Taubat.. Kita ni buat dosa hari-hari . Jadi, hari-hari kena mintak ampun dari Allah.
Yang best nya, bila bangun pagi dan selepas solat subuh, cuba kamu buat kerja-kerja kamu tu.. Mesti terasa lapang dan banyak idea-idea keluar.
5) JAGA HATI MAK AYAH – Awak ada mak ayah.. ? Jaga mereka baik-baik.. Selalu lah balik jenguk mereka.. Jangan cakap takda duit nak balik kampung.. Niat dalam hati yang awak nak balik kampung , nanti akan datang rezeki tu..
Paksik selalu pesan kat anak-anak pakcik, jika ada masa lapang, cari peluang untuk balik ke kampung untuk jenguk mak ayah. Gembira kan hati mereka, Insyallah, Allah akan balas semula dengan gembira kan hati kamu dengan nikmat dan rezeki dari Nya. Banyak kisah kat luar sana, macam mana anak-anak balik kampung, tetapi rezeki lain masuk. Subhanallah .
6) BANTU ISTERI – Tolong orang rumah awak buat kerja rumah yer.. sama-sama buat.. Bila orang rumah awak doa kan awak tu, rezeki lagi laju masuk..Dulu masa nak mengorat dia, mesti awak janji macam-macam kan..lagi pun, dia kan tanggungjawan penuh awak. Isteri itu penarik rezeki kamu tau.
Ini lah 6 tips tarik rezeki yang di kongsi oleh pakcik tadi. Simple dan mudah sahaja. Namun, ada dari kita rasakan susah nya nak buat. Antara perkara yang Allah sembunyi kan dari pengetahuan manusia adalah perihal rezeki ini. Namun, kita sebagai hamba nya, kita boleh berusaha bersungguh-sungguh. Bak kata mak ayah kita, kalau tak di pecah kan ruyong, mana kan dapat sagu nya.