Nak Akaun Netflix Murah ? Ini Cara Yang Kalis Ban

6 7,847

Mencari akaun Netflix murah tanpa kena sekat atau banned lagi ? Senang sahaja geng. Saya ada cara yang SAH di sisi undang-undang untuk anda menikmati dan layan segala drama, series, movie di Netflix. Jangan risau, harga nya confirm murah lah berbanding anda perlu bayar sebanyak RM55 / bulan berseorangan.

Adakah saya akan sarankan anda beli akaun tu di Shopee ?

No-No-No..Tidak sama sekali, walaupun ada kawan-kawan kita yang memang kata lebih murah beli di Shopee, tapi biasa nya, akaun yang di beli di sana tidak tahan lama. Nasib baik, boleh tahan berbulan, ada yang nasib tak best, beli pagi, petang dah kene sekat. Sedih kan..Walaupun hanya RM10, tapi membazir lah jugak. So, jom saya tunjukkan cara bagaimana nak milki akaun Netfllix murah yang confirm sah tanpa di sekat serta boleh layan movie sampai bila-bila.

 

CARA MILIKI AKAUN NETFLIX MURAH TANPA KENA BAN SAMPAI BILA-BILA

nak cari akaun netflix murah malaysia 2021
Picture by pixabay.com

 

BERKONGSI . Yes, betul. Kalau tak nak kena sekat atau ban, perlu guna akaun yang di langgan setiap bulan. Maksudnya, bayar lah bulanan, jadi dah confirm tidak akan di ban. Kecuali korang tak bayar , mesti lah kene tarik ye tak. Tapi kata tadi boleh harga murah, ni kena bayar pulak ? apa cerita ni ? Nak bayar bulan-bulan RM55 sebulan ?

Macam saya kata tadi, berkongsi. So, cara nak dapat akaun Netflix murah adalah anda perlu kongsi akaun dengan rakan-rakan/ ahli keluarga anda. Untuk satu akaun Netflix premium, anda di benarkan untuk bukan 4 device / peranti dalam satu-satu masa. Jadi, ini bermakna, anda boleh kongsi dengan 3 lagi rakan/ahli keluarga korang untuk bayar RM55/bulan.

 

Bayaran untuk 1 orang hanya lah RM55/4 orang = RM13.75 sebulan.

 

Nah..murah lah kan hanya RM13.75/bulan.. Beza RM3.75 jer dari beli kat Shopee tu yang entah sampai bila boleh tahan. Ini akaun premium yang boleh tengok movie dalam resolusi 4K, tapi bayaran RM13.75 sebulan sahaja. Apa lagi nak ? Opss..Tapi ada cabaran nya buat macam ni.

 

Masalah Berkongsi Akaun Netflix :

  1. Culas Nak Bayar –  Ini memang masalah utama sebab ramai jer jenis nak bayar murah, tapi nak bayar sekali je Jadi, akan ada yang bila nak mintak bayaran bulan ke-2. dia buat senyap jer. Nak layan movie baru, tapi bayar malas.
  2. Bukak Lebih 2 Device dalam satu masa –  Ini ada juga jadi, mungkin dia lupa yang ini adalah akaun kongsi , bayar sama-sama, bukan dia bayar sorang-sorang. Masalah nya, kalau ada sorang geng kita bukak lebih dari 2 peranti, nanti geng lain atau time kita nak tengok, tak boleh akses sebab kuota dah penuh.
  3. Tak amanah – Ini pun masalah jugak sebab mungkin ada yang akan bagi akaun login kita pada orang lain. Nanti masalah pada kita sebab bila ada orang luar guna akaun kita, masalah no.2 tadi akan jadi bebanan kita.

 

Namun, jangan risau. Saya ada penyelesaian nya, ini lah cara yang saya guna sejak 2 tahun berkongsi akaun Netflix saya walaupun dengan orang yang saya tak berapa nak kenal. Mereka ni bukan lah kawan-kawan atau ahli keluarga saya, tapi hanya kenalan dari group FB . Cara nya adalah :

  1. Collect duit pembayaran untuk minima 6 bulan untuk setiap orang. Jadi, untuk seorang, kami perlu bayar sebanyak RM13.75 x 6 bulan = RM82.50 sahaja. Tujuan nya adalah, untuk mencari orang yang betul-betul serius nak berkongsi dengan kita, bukan yang acah-acah nak sekejap je. Lagi satu, tak pening kita untuk minta duit setiap bulan. Cukup 6 bulan, baru update mereka untuk bank in RM82.50 jika nak teruskan perkongsian ini.
  2. Buat satu group Whatsapp untuk sebarang update & collection pembayaran. Jadi, senang bila nak mintak duit dari ahli-ahli group.
  3. Macam cara no.1 tadi, perlu tegas. Jika sesiapa yang tak buat bayaran untuk 6 bulan, boleh terus kick dia dari group, serta delete profile mereka dalam akaun Netflix anda. WAJIB buat jika ada ahli lama yang tak nak bayar / tiada respon, cukup tempoh 6 bulan saje, kick yang bermasalah tu dan wajib tukar password akaun Netflix anda. Jadi, kawan kita yang bermasalah tadi, tidak boleh akses dah ke akaun kita.

 

Jadi, macam itu lah bagaimana saya boleh manage untuk dapatkan bayaran murah untuk bulanan akaun Netflix murah . Sambil layan movie atau drama Korea, tak perlu fikir atau lebih tenang sebab bayaran hanya 6 bulan sekali sahaja, jadi tengok lah sampai lebam mata tu. Lagi tenang sebab, tak perlu risau akan akan di sekat atau di banned lagi, ini tidak, bila beli akaun murah-murah tapi tak sah, sedap-sedap layan series kat sana, tetiba akaun tak boleh di akses lagi..Sedih kena banned.

 

Jika ada apa-apa soalan berkaitan dengan cara dapatkan akaun Netflix murah lagi sah ni, boleh tanya di ruangan komen di bawah.

6 Comments
  1. Amirul says

    Ada slot kosong tak?

    1. MdAzlan says

      Maaf tuan. Tiada.
      🙂

  2. Am says

    Group FB mana yg ada buat iklan slot kosong untuk join akaun netflix ya? Kalau slot dari tuan, ada kosong lagi tak?

    1. MdAzlan says

      Kumpulan saya dah full..semua jenis bayar sekali 6 bulan..huhu..jadi lambat nak tunggu kalau ada org keluar.

      Cik boleh cari partner rakan sekerja, atau rakan belajar

    2. Khir says

      Salam tuan, ada kosong lagi tak kat group?

      1. MdAzlan says

        Maaf tuan, sudah penuh 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.