Mycybersales 2016 -Pengalaman dan Pengajaran
MYCYBERSALES 2016 .Saya antara 600 e-tailers (penjual) yang mengambil bahagian di dalam acara jualan dalam talian terbesar di Malaysia dari 26 – 30 September 2016. Saya menyenaraikan blog jualan saya iaitu sifupowerbank.com sebagai e-tailers untuk tahun 2016. Sebagai pendatang baru dalam acara ini, banyak pengajaran yang saya dapat semasa menyertai acara ini dan ia menjadi pengalaman yang terbaik untuk terus maju di masa akan datang.
Di sebabkan saya pertama kali menyertai acara sebesar ini, mula-mula agak takut juga. Yer lah, saya pendatang baru dan perlu bersaing pulak dengan gergasi-gergasi e-commerce di Malaysia seperti Lazada, 11 Street, Zalora dan sebagainya. Mana nak lawan kan mereka kan..
Tetapi itu bukan alasan untuk tidak menyertai acara besar ini kerana ia pasti memberi impak sedikit sebanyak kepada saya. Jadi, saya cekalkan hati, terus apply sebagai e-tailers. Mudah saje nak mohon.
Alhamdulillah, permohonan saya telah di luluskan sebagai e-tailers untuk MYCYBERSALES 2016 walaupun hampir di reject sebab tidak cukup requirement pada blog saya. Secara pantas , saya settle kan dan lulus dengan cemerlang..hehe..
Apa Requirement Sebagai e-Tailers Mycybersales ?
- 1) Anda mesti mempunyai perniagaan yang SAH iaitu pernigaan anda mesti berdaftar melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tak kisah lah enterprise /bhd / sdn bhd. Janji perniagaan yang berdaftar. (**Anda wajib lampirkan salinan pendaftaran SSM semasa permohonan)
- 2) Mesti mempunyai blog / website jualan (e-commerce) yang memaparkan produk jualan & boleh di beli terus secara online (pembelian melalui Whatsapp / SMS / Telemarketing tidak di benarkan )
- 3) Blog / website anda WAJIB mempunyai payment gateway untuk membuat pembelian. Contoh payment gateway seperti SenangPay,MolPay, ipay88 dan sebagainya.
- 4) Blog / website anda mestilah lengkap dengan maklumat untuk pelanggan anda iaitu :
- a) Terma & Syarat yang jelas mengenai penghantaran, cancellation/pemulangan / jaminan pulangan wang.
- b) Melaksana kan penjagaan maklumat pelanggan (Privacy Policy) di bawah Personal Data Protection 2010.
- c) Mempunyai maklumat syarikat yang lengkap seperti nama syarikat,alamat, no telefon untuk di hubungi dan sebagainya.
- 5) Anda mesti mematuhi undang-undang & peraturan di Malaysia semasa menjalankan perniagaan anda.
- 6) Setelah selesai acara mycybersales, anda wajib menghantar laporan jualan anda kepada MDEC untuk analisis keseluruhan
Ecommerce Template Website dari Tinydesignr .
Apa Perubahan Yang Saya Dapat Sepanjang Mycybersales 2016 ini?
- Trafik website meningkat sehingga 190% dari waktu biasa.
Dalam tempoh 5 hari , trafik yang masuk ke website sifupowerbank.com meningkat mendadak sehingga 190% (anggaran 2000 trafik /hari) berbanding tempoh 5 hari sebelum & selepas acara Mycybersales ini. Bagi website yang masih baru , bagi saya, angka ini amat positif dan memberik impak positif kepada branding website saya.
Semasa 5 hari ini juga, saya dapat kumpul kan database seperti email / no telefon dari prospek yang memasuki website saya.Jadi,database ini boleh di gunakan untuk email marketing dan beberapa proses re-marketing lain.
2. Sales meningkat sehingga 200%
Dari segi sales , keseluruhan peningkatan adalah 200% jualan berbanding tempoh sebelum & selepas acara. Alhamdulillah. Ini angka yang amat positif bagi peryertaan pertama kali kami di Mycybersales.
3. Belajar marketing dari pelbagai cara.
Walaupun pihak MDEC membantu peningkatan dari segi trafik ke setiap website , namun perlu di ingat yang anda perlu bersaing dengan lagi 599 e-tailers yang berdaftar.Bayangkan anda seorang pembeli , semasa Mycybersales ini, terlalu banyak banner / gambar promosi di dalam website Mycybersales , jadi, mana satu yang anda perlu pilih ? takkan nak klik 600 etailers kan?
Jadi, ini berbalik kepada cara promosi anda.Anda boleh mempromosikan tawaran /diskaun anda melalui pemasaran melalui email subsrciber , SMS marketing ,media sosial marketing ( Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya ), offline dan edarkan flyers di sekitar kawasan anda.
Dari sini, saya banyak belajar mengenai bagaimana mempromosikan tawaran saya. Saya takda pengalaman buat banner untuk website..jadi, saya mintak advise dari seorang etailer yang lebih pengalaman dan beliau tunjukkan buat banner melalui Canva.com . Ia tools online paling mudah untuk hasilkan grafik untuk iklan, logo dan infografik. Anda patut cuba menggunakan Canva.com ini.
4. Belajar pengurusan kewangan & stock
Di sebabkan trafik & jualan anda akan meningkat dengan mendadak, anda perlu sediakan sumber kewangan dan stock yang cukup untuk menampung tempahan yang di terima sepanjang Mycybersales ini.
Semasa Mycybersales 2016 ini, saya perlu sediakan lebih kurang 3 kali ganda kuantiti stok berbanding waktu biasa supaya ia tidak menggangu kelancaran urusniaga antara saya dan pelanggan. Walaupun dapat order banyak dan sibuk , kita perlu pastikan customer service yang baik dan pantas.
Ini antara apa yang saya dapat sepanjang menyertai acara Mycybersales 2016 di bawah kelolaan MDEC. Saya sangat recommend kepada anda yang mempunyai produk dan website terutamanya e-commerce, anda perlu sertai acara ini untuk tahun yang akan datang. Rebut peluang keemasan yang pihak kerajaan sediakan untuk kita menjana pendapatan tambahan melalui online.
Target saya di Mycybersales 2017 :- peningkatan 7000 ~ 10000 pageview/hari & sales 400% dalam masa 5 hari..Insha Allah.. Aminn..Semoga di permudahkan.
Jika anda mempunyai apa-apa persoalan mengenai Mycybersales ini, sila aju kan pertanyaan anda di rungan komen di bawah. Jangan malu dan segan. Saya akan kongsi dan tolong semampu yang boleh. 🙂
Alhamdulillah, peningkatan yang memberangsangkan tu.
Semoga berjaya dengan bidang yang diceburi
Aminn.. Terima kasih cikpuan.. 🙂
tahniah..power betul penangan mycybersale ni
Insya Allah,aminn… masih banyak perlu saya improvekan untuk next event.. Jom join sekali tuan.. 🙂
Wow, rupanya gitu pula proses cybersale – rumit & mencabar ttp hasil lumayan. 😀 Akak ni cuma tau membeli ja… Tahniah sbb dapat hasil yg membanggakan.
Alhamdulillah kak.. baru 1st time masuk..
Insyallah, ada rezeki tahun depan boleh join sekali..