Mudah nya Semak Bil TNB Dari Smartphone
Memang mudah semak bil TNB terus dari smartphone tanpa perlu tunggu abang TNB letak bil eletrik dalam post box rumah kita terutama waktu PKP sekarang. Cara semak bil TNB ini pun percuma. Tak perlu apa-apa bayaran. Yang penting, anda ada sebiji smartphone dan ada line internet.
Aplikasi untuk semak bil TNB ini anda boleh terus download secara percuma di Google Play Store atau Apple Apps Store. Untuk Huawei App Galery, saya belum boleh pasti.
Cara Mudah Semak Bil TNB Bulanan Terus Dari Smartphone
Untuk semak bil TNB anda terus dari smartphone, anda perlu download aplikasi MYTNB ini ke smartphone anda. Cara untuk daftar masuk pun lebih mudah. Follow step di bawah :
- Buka apps MyTNB
- Jika anda pertama kali menggunakan aplikasi ini, klik pada butang ” Register “. Jika anda pernah guna sebelum ini, klik “Login”
- Isi kan semua maklumat yang di kehendaki seperti nama, nombor telefon , IC dan lain-lain. Pastikan anda masukkan maklumat yang tepat.
- Setelah anda klik “Register” , anda akan dapat 4 kod digit menerusi SMS dan anda perlu masukkan nombor tersebut di aplikasi tadi
- Selesai pendaftaran.
Seterus nya, untuk anda lihat butiran bil elektrik anda dengan lebih details, anda perlu tambahkan nombor akaun dari bil TNB lama anda ke dalam profile apps ini. Pastikan nombor akaun TNB anda betul.
Pakai apps pun dah boleh semak bil TNB anda. Senang. Bayar bil elektrik TNB pun boleh terus di lakukan dalam apps ini terus.Selain apps, anda boleh juga buat bayaran melalui Maybank2U.
Ini adalah paparan di aplikasi MyTNB anda :
- Pay My Bill – Anda boleh buat pembayaran bil eletrik anda terus dari aplikasi ini dengan menggunakan kad kredit / debit serta online transfer FPX
- View My Bill – Untuk paparkan bill elektrik anda dengan lebih details, Sama dengan bil fizikal yang anda terima .
- Self Meter Reading – Fungi terbaharu ini di perkenalkan semasa waktu PKP yang mana, anda boleh menjadi pembaca meter TNB untuk rumah anda untuk bacaan yang lebih tepat. Ini kerana semasa PKP, tiada lagi pembaca meter datang ke rumah anda untuk check meter.
- Submit Feedback – Jika ada apa-apa masalah, anda boleh ajukan terus ke customer service TNB untuk bantuan.
Jadi, jika anda masih belum terima bil elektrik anda untuk bulan ni atau bulan sebelum nya, jangan panik atau rasa tak perlu bayar, kerana anda masih perlu bayar bil elektrik anda seperti biasa cuma kaedah untuk periksa berapa yang patut anda bayar itu berbeza.
Namun , cara semak bil TNB ini bagi saya sangat mudah, cepat dan tepat. Tak perlu dah tunggu bil di post box rumah. Bila pihak TNB dah update di apps anda, boleh terus buat pembayaran melalui online. Semua nya di hujung jari 🙂