Minyak Percuma dengan Setel PETRONAS

0 372

Tahu tak yang kita boleh dapat minyak petrol percuma dengan menggunakan Setel Petronas apps ? Saya dah banyak kali claim minyak petrol percuma melalui Setel apps ni. Saya antara pengguna tegar minyak Petronas kerana Petronas mempunyai banyak cawangan dan mudah nak jumpa stesen minyak mereka di mana-mana kawasan di Malaysia. Selain itu, ia juga merupakan salah satu sumbangan saya kepada negara dengan menggunakan produk tempatan kita.

 

Setiap kali anda membeli petrol di Petronas, anda akan di berikan mata ganjaran (point) yang anda boleh kumpul sebanyak mungkin sebelum anda boleh redeem / convert mata ganjaran tersebut dengan nilai RM yang mana anda boleh menggunakan RM tersebut untuk membeli barang di kedai Petronas ataupun gunakan untuk mengisi petrol kereta / motor anda. Ini cara bagaimana saya claim minyak percuma melalui aplikasi Setel Petronas ni.

 

Claim Minyak Petrol Percuma dengan Aplikasi Setel PETRONAS

 

Langkah 1 – Log in ke akaun Setel anda dan tekan di bahagian “More” dan tekan di bahagian “Payment Method” dan seterus nya tekan bahagian “Top Up”.

setel claim free petrol 1

 

Langkah 2 – Di page Top Up , sila tekan butang “Redeem Mesra Point”. Selepas itu, di page Redeem Mesra Point, anda boleh semak berapa banyak point mesra yang anda ada. Seperti yang saya tunjukkan di bawah, saya sudah berjaya claim RM10 dengan menebus 1000 point Mesra Petronas saya (pic no.6) . Untuk penebusan mata ganjaran Setel, anda boleh convert 1 point bersamaan dengan RM0.01.

Jika anda ada tak banyak point seperti saya ni (hanya 173 point), anda boleh juga redeem point tersebut kepada nilai duit. Dengan 173 point, saya boleh dapat RM1.73 , cuma saya jarang claim bila point tak banyak sebab saya kebiasaan guna Setel untuk isi minyak kereta. Jadi minima saya redeem kebiasaan nya RM10 dan ke atas. Kumpul sebanyak mungkin sebelum redeem point anda. Jadi, bila sesak duit gaji lambat lagi, maka boleh lah redeem dan guna kan point terkumpul anda untuk isi minyak kereta / motorsikal anda.

 

setel claim free petrol 2

 

Nilai wang yang anda tebus tersebut akan terus di kreditkan / di masukkan dalam e-wallet Setel Petronas anda. Anda boleh semak amaun wang yang masuk di bahagian transaction history. Jadi, boleh lah gunakan nilai duit tersebut untuk membeli apa-apa barang di kedai Mesra Petronas atau boleh terus gunakan untuk beli minyak petrol . Cara tebus Mesra point melalui Setel Petronas apps ni banyak kali saya gunakan bila nak balik kampung atau time tengah bulan gaji lambat lagikan..hehe. Dapat lah jimatkan duit anda sedikit sebanyak.

 

Anda pula isi minyak petrol di stesen minyak yang mana ? Shell ? Petron ? Clatex ? Jika anda ada cara tebus point untuk petrol selain Petronas, boleh share di ruangan komen di bawah yer.

Leave A Reply

Your email address will not be published.