Maybank Cash Deposit Machine Terima RM1 & RM5
Jika sebelum ini, Maybank cash deposit machine hanya menerima wang kertas RM10, RM20, RM50 & RM100 sahaja. Jadi, bagi anda yang kaki shopping online terutama di Facebook / IG, memang agak sukar nak bank in harga barang seperti RM15, RM28 atau RM54 kan. Alhamdulillah, kini ada penyelesaian kepada masalah anda kerana pihak Maybank anda menyediakan ATM machine yang boleh terima duit kecik.
Masalah bila pada seller yang kadang-kadang terlupa untuk pulangkan duit baki dalam bungkusan korang.Jika customer jenis tak faham, seller pulak yang di tuduh makan duit orang..aduhh. Atau seller pulak takda notes kecik pada masa tengah packing barang.Jadi, nak kene contact customer untuk dapatkan nombor akaun bank mereka untuk transfer baki tadi.Dah buang masa kan situ kan..
Ini berita baik buat online shopper sekelian.
Maybank Cash Deposit Machine Kini Boleh Menerima Wang Kertas RM1 & RM5
Jadi, korang dah senang dah nak bank in amaun yang bukan dalam gandaan RM10. Masukkan duit RM1, RM5, RM10, RM20 ,RM50 atau RM100 , terima resit dan upload lah ke seller anda sebagai bukti pembayaran. Yang penting,pastikan duit yang anda masukkan ke Maybank Cash Deposit Machine ini tidak renyuk teruk, koyak, basah ,terlipat atau ada bendasing pada wang (dawai stepler / pita pelekat).
Cuma buat masa sekarang, tidak semua ATM machine ada fungsi istimewa ini. Hanya ada beberapa mesin sahaja dalam sesuatu daerah /cawangan. Jadi agak terhad dan tak semua orang dapat rasakan kelebihan ini.
CAWANGAN MAYBANK YANG ADA MAYBANK CASH DEPOSIT MACHINE TERSEDIA
Berikut adalah lokasi-lokasi Maybank Cash Deposit Machine yang menerima wang kertas RM1 & RM5 . (Rujukan Terkini Info Lokasi :- Maybank CDM RM1&RM5) –
Update 2022 – Ada mesin deposit yang sudah tidak lagi menerima wang kertas RM1 & RM5. Info di artikel ini adalah di tulis terhad semasa tahun 2015-2016. Untuk tahun 2022, anda boleh semak terus dengan pihak Maybank untuk mengetahui lokasi ATM mereka yang terbaharu.
Salah satu kelemahan cash deposit adalah korang terpaksa beratur panjang dan lebih lama. Lagi parah jika dari 3 mesin CDM yang ada,hanya 1 sahaja yang beroperasi dan korang bank in masa gaji, fuhhhh…memang panjang ler barisan nya..
Cara Lain Untuk Jimatkan Masa untuk Bank In/Transfer Duit :-
- 1) Transfer dari ATM – Ini cara paling mudah jika anda mempunyai akaun simpanan pada bank yang anda nak buat pembayaran. Hanya perlu ke mesin ATM,pilih menu “Transfer Fund@ Pemindahan Wang” dan tekan lah seberapa amaun walaupun dalam amaun yang ganjil.
- 2) Online Bank In – Cara ni anda tak perlu beratur atau buang masa untuk cari ATM. Hanya buat di rumah / smartphone sahaja. Lebih cepat, mudah dan selamat.
Setakat ini, hanya Maybank Cash Deposit Machine yang menerima wang kertas RM1 & RM5. Mungkin kita akan lihat yang bank-bank lain mula untuk upgrade mesin-mesin CDM mereka untuk menerima RM1 & RM5 di masa akan datang. Jika banyak bank-bank tempatan sudah sedia kan mesin CDM sebegini, pasti nya memudahkan urusan kita semua.
Untuk lebih mudah, cepat dan terjamin selamat, saya saran kan untuk anda guna online transfer melalui website / apps rasmi bank anda. Anda boleh transfer duit pada bila-bila masa serta berapa pun amaun yang anda nak transfer. RM0.50 pun dah boleh transfer, pakai QR code atau Duit Now pun boleh. Lagi pun, tiada cas di kena kan untuk transfer dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Transfer pakai apps je. Sambil memasak pun boleh buat transfer online.
Wah bagus tidak perlu lagi pergi berurusan di kaunter.
boleh berurusan di kaunter jika jumlah tidak genap ?
Jika ada mesin yang terima RM1 & RM5 , tiada masalah untuk bank in dalam jumlah genap atau tak genap .
Contoh masih boleh bank in RM11 , RM29, RM47 dan sebagainya .
Cuma jika tiada mesin tersebut di kawasan encik , encik perlu bank in genap atau terus berurusan dengan kaunter .
Terima kasih.
tp ada juga bro kes peniaga memang x pulangkan baki atas sebab baki itu boleh digunakan untuk pembelian akan datang, marah pembeli yang kena penjual macam ni, macam paksa ja
hehe..betul2..saya pernah kene..itu pun sebagai skill psikologi dieorg untuk pembelian kali ke-2..huhuhu..
bagus macam nih… tempat aku belum ada lagi.
Masih belum meluas.Tunggu sikit masa lagi.
Harap bank lain pun ikut sama mcm Maybank kan 🙂
berita baik nie utk peniaga2 online
semoga bank lain pun ikut jejak maybank..
Betul tuan.Ada beberapa dah bank yang ikut jejak Maybank.Tapi masih belum meluas. 🙂
Kalau tak silap saya, ambank pun boleh bank in rm5…bagus sebenarnya ade perkhidmatan seperti ini…moga2 bank2 lain pun ikut gak
Terima kasih info cikpuan. 🙂