Makna Logo Visit Malaysia 2020
Apakah makna logo visit Malaysia 2020 yang baru di lancar kan pada 22 Julai 2019 lepas ? Logo ini pasti nya sangat istimewa di mata rakyat Malaysia, kerana ia bakal menjadi lambang bagi menarik lebih ramai pelancong untuk mengenali lebih dekat negara kita, Malaysia.
Logo visit Malaysia 2020 ini telah di lancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad , pada 22 Julai 2019 di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) . Untuk tahun 2020, negara kita menyasarkan untuk menarik lebih 30 Juta pelancong tiba di Malaysia.
Pasti nya bukan kerja mudah untuk menjentik rasa jiwa pelancong luar untuk datang ke Malaysia. Perlu ada sesuatu yang kuat untuk mereka datang melawat negara kita. Semestinya, mereka bukan lah datang dengan tujuan untuk shopping, tetapi lebih kepada mengenali budaya, keindahan alam flora dan fauna yang ada di negara kita. Jadi, logo visit Malaysia 2020 ini amat penting bagi menggambarkan keseluruhan tarikan yang ada di Malaysia.
Semasa logo ini di hasilkan , pasti nya ia mempunyai makna yang tersendiri yang akan menggambarkan negara kita. Jom tengok apa makna sebenar di sebalik logo Visit Malaysia 2020 ini.
Makna Di Sebalik Logo Visit Malaysia 2020
Design / Reka Bentuk
Untuk logo visit Malaysia 2020 ini, secara keseluruhan nya, ia di inspirasikan dari corak batik Malaysia. Jika anda perasan, betul ada bentuk corak batik yang biasa kita lihat pada hasil batik di negara kita.
Di bahagian kiri, ia menampilkan burung kenyalang sebagai ikon bagi mewakili keunikan ekosistem alam yang ada di negara kita. Jadi, ia akan menarik pelancong untuk mengenali lebih keindahan flora dan fauna yang ada di negara kita. Di bahagian kanan atas pula, ia di serikan dengan bunga kebangsaan kita, bunga raya. Bunga ini melambangkan kepelbagaian budaya yang ada di negara kita. Kita ingin sebarkan budaya yang baik dari negara kira ke serata dunia.
Manakala di bahagian bawah kanan, ia menempatkan paku pakis bagi melambangkan keunikan rasa masakan yang ada di Malaysia.
Warna
Untuk warna, logo visit Malaysia 2020 menampilkan warna asas Merah, Biru dan Kuning yang mana, ia di ilhamkan dari warna bendar Jalur Gemilang kita. Warna oren pula menggambarkan warna sinaran matahari yang menyinari kita sepanjang tahun dan warna hijau paku pakis pula , mengambarkan keindahan alam semulajadi di Malaysia yang kekal hijau dan menjaga alam sekitar, walaupun pesat membangun.
Jadi, ini lah makna di sebalik logo visit Malaysia 2020 kita . Kita perlu menjaga alam sekitar demi masa depan negara dan anak-anak kita yang menjadi pewaris masa hadapan kita.
Bila anda jumpa pelancong, jangan pula lari. Jika anda tak tahu nak cakap apa, anda boleh berikan senyuman yang manis. Itu pun dah cukup baik. Tunjukkan kita bukan bangsa yang sombong.
Logo visit Malaysia 2020 ini membawa tag line “Visit Truly Asia Malaysia 2020 ” – Kepada semua pelancong yang nak datang melawat dan mengenali Malaysia lebih dekat lagi , saya ucapkan ” Welcome to Malaysia ”
Sumber Info : Tourism Malaysia