fbpx

Lebih Murah Rezeki Selepas Langsaikan Hutang

0 87

Benar. Rezeki murah selepas kita langsaikan hutang-hutang yang kita tertangguh sekian lama. Ia adalah salah satu cara untuk murah rezeki yang selalu di kongsi oleh rakan, ustaz atau ilmuan .

Saya kongsikan bagaimana saya dapat rasai nikmat murah rezeki selepas saya langsaikan beberapa hutang saya. Pada mula nya, saya agak teragak-agak nak buat, tetapi cekalkan juga hati ni untuk lakukan niat tersebut.

Biasa lah.. Saat kita nak buat perkara baik, syaitan dan konco-konco nya akan berusaha untuk wujudkan perasaan was-was dan tidak percaya dalam hati kita. Jadi, kita yang perlu kuatkan hati dan semangat untuk teruskan setiap niat murni yang terdetik dalam hati,

CARA MURAH REZEKI DENGAN LANGSAIKAN HUTANG

Saya ingat lagi di saat saya pinjam duit dari beberapa kawan saya untuk mulakan modal peniagaan. Adalah dalam RM100-500 seorang. Atas dasar percaya saya sebagai kawan, mereka pun sanggup dahulukan duit simpanan mereka untuk membantu saya mulakan pernigaan online saya.

Masa 3-4 tahun lepas, masih tak ramai yang bernai buat bisnes online. Sebab itu lah, lebih mudah dapat kan pelanggan dari merata-rata pelusuk negara. Hanya modal RM10 untuk iklan di Facebook, nah.. dalam sehari anggaran boleh dapat jualan sekitar RM200-300.. Memang seronok masa tu.

Jadi, sebab terlalu teruja selepas buat startup biness online saya, saya dengan tebal muka cuba pinjam duit kawan -kawan untuk tambah modal beli stok lebih banyak . Mereka yakin, dan saya juga terlalu yakin, saya boleh bayar duit pinjaman tu dalam masa 1 bulan. Wahhh.. confident betul yer..hehe..

Duit dah dapat, saya terus buat order secara borong dari China.. Deal melalui website saje..Senang..

Pada permulaan, semua berjalan lancar..Barang dah order, hanya tunggu dalam masa 1-2 minggu untuk sampai ke Malaysia.. Setiap kali jumpa kawan-kawan saya, saya dengan bangga akan kata “ok bro..tunggu hujung bulan aku settlekan yer.. kau releks jer..”

Entah apa malang nya.. Barang yang di tunggu tak kunjung tiba.. Alamak..apa sudah jadi.. Masa tu dah masuk minggu ke-3.. Cuba contact seller, tiada reply samada dalam email atau we chat.. Aduhhh..

Rasa dah kena game ni.. Habis.. masa tu terbayang -bayang wajah kawan-kawan saya tu.. Dalam hati, hutang nak kena bayar..dah janji..tapi ni kena tipu pulak.. aduhaii.. Pening..Pening.. Rasa nak pitam .. Fikir macam mana nak langsaikan hutang kawan-kawan tu.. Ya Allah, murah rezeki ku kembali Ya Allah..Seram dah ni.

Akhir nya dah sampai hujung bulan.. Saya rasa serba salah.. Jadi, setiap kali terserempak dengan kawan saya tu, saya akan cuba elak. Dia masuk pintu A, saya sembunyi kat pintu C .. Kalau terjumpa pun, buat-buat sibuk.. Ada meeting atau kerja dalam production.. Itu lah padah bila terlalu confident .. Menyesal nya..

Masa tu saya rasa hutang tu menghantui hidup saya.. Bayangkan dengan bisnes yang tak menjadi, hutang ada dalam ribuan ringgit, gaji pulak masa tu hanya dalam RM1000 / bulan.. Lepas tolak sana sini, dalam beberapa ratus sahaja yang tinggal.

Hampir sebulan saya mengelak. Kawan saya dah mula tarik muka..Ada yang masih cool..Nak jumpa malu.Sebab hari tu yakin sangat..kan dah mendapat..huhu.Saya cuba cara lain, tetapi tak menjadi.. Jual barang kawan lain, tak laku.. Cuba jual dalam website, tak laku.. Sampai pernah join “car but “, pun masih sendu jualan.. Apa lagi nak buat .. Buntu..

Sampai lah satu hari tu, saya balik dari kerja.. Terdengar satu ceramah ringkas dalam radio yang saya masih ingat lagi :

Para pendengar sekalian, antara salah satu cara untuk murah rezeki adalah dengan langsaikan hutang-hutang kita yang masih ada.. Jangan tangguh..Jika anda lebihan duit, usaha lah untuk langsaikan hutang anda.. Percaya lah, murah rezeki tuan-tuan nanti atas izin-Nya .. Jika tak mampu banyak, bayar sedikit-sedikit sampai habis.. Bincang dengan kawan yang kita pinjam duit tu, insyallah, mereka faham.. Jangan lari dari hutang.. Ingat, nak murah rezeki, langsaikan hutang-hutang anda..

Perghh.. tertusuk hati saya masa tu.. Kena pada batang hidung sendiri. Masa pinjam, pandai berkata-kata. Masa nak bayar, pandai pulak lari .. Malu nya.. ( Jadi kan pengajaran kepada kalian yer..Jangan ikut perangai saya ini )

Sejak dari tu, saya terus jumpa seorang demi seorang kawan saya tu.. Alhamdulillah, mereka faham dan saya akan langsaikan hutang saya secara berperingkat.. Orang kata, biar bayar sedikit dan konsisten, dari lari dari hutang..hehe . Hutang wajib kena bayar .. Macam hutang PTPTN , jangan lari ok.. Hutang tetap hutang.. Wajib bayar .

Pada bulan pertama, saya bayar mula bayar hutang-hutang saya pada mereka. Bayar sikit dulu.. Mula dengan RM50 seorang .. Habis licin gaji saya masa tu.. Tengok baki akaun, alahai..tinggal RM30 jer..Mana nak cukup sampai hujung bulan.. Tak mengapa, saya boleh usaha.. Saya yakin dengan pesanan ustaz di radio tu.. Allah akan bantu kita, jika kita berusaha dan tawakal kepada nya.

Jadi, saya mula kan kembali menjual barang di Facebook bebekalkan dengan apa yang ada di tangan.. Mana baki barang jualan yang saya ada, saya jual . Ada juga barang peribadi seperti smartphone, jam dan beberapa peralatan komputer saya jual untuk dapatkan semula modal. Kali ni, saya mencari pembekal yang ada di dalam Malaysia saya terutama di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Senang jumpa pembekal yang boleh deal dengan saya walaupaun ambil dengan kuantiti yang sedikit . Kali ini juga, saya sendiri naik bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk ambil stok sendiri supaya lebih yakin dan takut di tipu.

Jualan kembali rancak.. Dengan modal yang ada, saya pusing balik untuk dari jualan untuk tambah stock baru.. dan proses itu saya ulang-dan ulang sampai boleh simpan stock sendiri dengan banyak.Masa ni terfikir, betul lah yang nak murah rezeki, langsaikan hutang kita pada orang.. Sebab hikmah nya, mungkin kawan kita ada nak pakai duit, tetapi kita masih tak bayar hutang, itu yang mereka susah.. dan seterus nya, pintu rezeki kita di tutup dek kerana kita tak langsaikan hutang-hutang tu.

Alhamdulillah, pada bulan ke -3 , saya dah langsaikan hutang -hutang saya kepada mereka. Kami kembali ceria dan hati saya kembali tenang. Tak perlu lari atau elak dari jumpa mereka. Bah kan, ada antara mereka, menjadi pelanggan tetap bisnes saya..hehe.. kan murah rezeki tu .

Jadi, ambil lah pengajaran dari kisah saya.

Sebelum buat sesuatu / nak cuba sesuatu :

  • Jangan terlalu yakin dengan sesuatu yang kita sendiri tak boleh jamin terutama bab rezeki
  • Jangan terlalu gopoh mencuba sesuatu perkara (bisnes). Cari lah guru dahulu dan belajar step-step yang betul sebelum mula kan. Ia akan jimatkan ribuan ringgit berbanding kita cuba sendiri.
  • Jangan lari dari hutang . Benda boleh bincang, buat apa lari .
  • Bayar hutang walaupun sedikit dan bayar secara tetap bila sampai waktu nya. Usaha apa jua cara untuk langsaikan hutang tersebut
  • Jangan putus silaturahim atas sebab hutang. Rugi kita dunia akhirat
  • Nak murah rezeki, mudahkan urusan orang lain .

Saya doakan supaya anda yang membaca perkongsian saya ini akan di murahkan rezeki, di permudahkan urusan serta di beli ilham dan idea yang baik dari Allah SWT untuk memajukan ekonomi keluarga anda . Nak murah rezeki ? Langsaikan hutang tu dulu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.