Lebih Jimat Bayar Bil Melalui Shopee
Betul, anda boleh lebih berjimat bajet bulanan anda bila anda bayar bil melalui Shopee. Shopee bukan hanya menjual barang sahaja, tetapi ada juga perkhidmatan pembayaran yang boleh di lakukan di aplikasi mereka.
Jom saya tunjukkan bagaimana anda boleh bayar bil melalui Shopee tanpa anda perlu pergi beratur di pejabat Pos atau mencari kedai 24 Jam untuk buat bayaran.
Cara Anda Dapat Berjimat Apabila Bayar Bil Melalui Shopee & Dapat Coin Cashback
Langkah 1 – Login ke aplikasi Shopee anda di smartphone / PC. Di bahagian dashboard akaun Shopee anda, klik pada ikon ‘Prepaid, Bill & Ticket’ . Anda akan di bawa ke page pembayaran bill/top up dan sebagainya.
Di sini anda boleh pilih bil bulanan yang anda nak buat pembayaran.Di page Prepaid, Bills & Tickets ini mempunyai beberapa kategori pembayarab seperti tambah nilai (Top Up) untuk telco prepaid , bills pula merangkumi pembayaran bill telco postpaid (Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya) , Astro, Internet (Unifi) , Utiliti ( Elektrik & Air) sehingga lah anda juga boleh buat pembayaran pinjaman PTPTN anda.
Langkah 2 – Pilih kategori & bill yang anda nak buat bayaran. Untuk artikel ini, saya gunakan Unifi sebagai contoh pembayaran saya. Jadi untuk Unifi, saya perlu pilih ikon ‘Internet & Voice’. Dalam Internet & Voice ini hanya ada TM Unifi sahaja, untuk bill internet lain seperti TIME atau Celcom Boradband tidak di sertakan di dalam nya. Jadi untuk anda yang pakai internet service dari Unifi, anda boleh follow step saya yang seterus nya.
Seterus nya dalam cara bayar bil melalui Shopee ini adalah, anda perlu isi kan maklumat bill yang anda nak buat bayaran seperti nombor akaun dan amaun pembayaran. Sila pastikan anda semak berkali-kali nombor akaun anda untuk elakkan masalah pembayaran ke service provider anda nanti.
Setelah lengkap, anda tekan butang “Checkout” untuk meneruskan pembayaran. Cara pembayaran sama seperti anda beli barang di Shopee iaitu melalui debit/kredit kad,online payment, Shopeepay dan sebagai nya.
Apabila anda bayar bil melalui Shopee ini, satu nombor paling penting anda kena rekod adalah ‘Reference No.’ kerana di bahagian bil anda nanti akan di nyatakan reference.no tersebut. Pastikan nombor reference di Shopee adalah sama dengan nombor yang anda di catatkan dalam bill Unifi anda.
Bill Unifi saya sudah berjaya di bayar melalui Shopee. Mudah sahaja kan?
Ouh ya, berapa lama tempoh nak confirmkan yang bill anda sudah siap di bayar oleh Shopee ke service provider seperti Unifi ?
Ikut pengalaman saya sebelum ni , dalam lebih kurang 5 minit dah siap dapat mesej dari Unifi yang bil bulan saya sudah berjaya di bayar (lihat mesej di bawah) :
Tadi kata boleh jimat bayar bil ? Tapi tengok harga sama je bulanan, takda diskaun pun ?
Okay, saya nak nyata kan yang sebenar nya anda akan dapat berjimat bila anda ada Shopee Coin. Coin tersebut anda boleh tebus semasa anda check out. Semasa nak check out & sebelum anda nak bayar, boleh klik pada “Redeem Shopee Coin” . Lagi banyak coin yang anda ada, lagi banyak lah penjimatan yang anda boleh dapat.
Saya harap article ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk berjimat dalam membayar bil utiliti bulanan anda.
Hai, saya nk tnya. Bila dh byr tu, bila kita perlu tekan order received tu ye?
Hi,
CIk semak dahulu transaksi sudah berjaya & sudah di bayar ke akaun bil cik tersebut, boleh tekan order received. Tak tekan pun takpe sebab bil cik sudah di bayar.Tekan receive tersebut untuk terima coin biasa nya.
Shopee juga akan automatically receive order cik selepas 3 hari waktu bekerja.
Tq singgah blog saya.
Baik faham. Terima kasih kerana menjawab soalan saya👍 sama2 juga 👍
Saya sudah membuat pembayaran bil electric mengunakan shopee 27.6.2023. Tp bila saya cek dalam app. Seb care pembayaran belum di buat oleh pihak shopee. Berapa lama yang di perlu utk shopee uruskan bil elektrik agar saya tidak tertunggu tunggu
Kebiasaan yang saya pernah buat sebelum ni, system perlukan dalam 2-3 hari waktu bekerja untuk di process dan di update.
Jangan bimbang, cik perlu simpan resit/ screenshot pembayaran, jika lebih dari 5 hari waktu bekerja @ seminggu, boleh semak semula dengan pihak Shopee. Mereka boleh bantu confirmkan & buat semakkan.
Terima kasih