Kenapa Aku Tukar Ke Tune Talk Prepaid ?

3 14,835

Tune Talk Prepaid ? Apa yang bagus dengan line ni ? Ini review aku mengenai Tune Talk Prepaid selepas aku dah guna sejak setahun yang lepas. Sebelum tu, aku guna line dari Maxis Postpaid, then tukar ke Digi, then port out lagi ke Celcom, dan akhir nya, aku terus berhijrah ke Tune Talk Prepaid ni.

Reason aku bertukar pun sebab salah satu nya servis serta pakej yang di tawarkan. Mujurlah sekarang lebih mudah nak tukar line berbanding dahulu yang mana, jika dulu kita tak boleh switch / port out dari satu telco ke satu telco yang lain melainkan kita perlu beli nombor baru untuk menggunakan line telco yang lain. Jadi ia akan melecehkan kita sebab perlu bertukar nombor, perlu update pula kawan-kawan atau pejabat beritahu nombor baru kita dan masalah utama nanti, bila ada apa-apa urusan berkaitan nombor lama, pihak lain tak boleh nak call kita dah.. Buat nya panggilan interview atau dapat projek 1 Juta ke, kan dah melepas. hehe

Pengalaman aku dalam proses port out dari Celcom ke Tune Talk Prepaid ni amat mudah dan cepat.  Proses nya makan sama dalam 24 ~ 48 Jam sahaja, then aku dah boleh terus guna line Tune Talk Prepaid aku.

Ok, lets move to main topik aku.

 

5 SEBAB AKU PINDAH KE TUNE TALK PREPAID YANG BEST

 

1).PREPAID – Bayar Dulu Baru Boleh Guna

Aku ni jenis bukan lah kategori heavy user sangat dengan smartphone aku. Kebanyakan mobile data aku (anggaran 90%) di gunakan untuk tujuan business seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter. Jadi, aku jarang sangat lah nak main mobile games atau tonton video / movie / Youtube. So, ini  yang membuatkan aku hanya guna beberapa GB sahaja sebulan. Rugi lah aku ambil pakej internet mahal-mahal sampai 40GB/ 100GB sebulan , tapi yang guna sekitar 5GB je sebulan.

Dari aku bayar mahal-mahal pada telco tu, dan aku pulak guna sikit jer, so lebih baik aku cari satu plan prepaid yang sesuai dengan kegunaan aku seharian. Jadi, punya lama dan banyak kali  survey, so aku pun pilih lah Tune Talk Prepaid sebab ia nya PREPAID. Bila aku nak guna, baru aku top up. Aku pun tak terikat dengan komitmen tetap setiap bulan.Kata kan bulan ni kurang modal sikit, so aku top up lah sekadar RM28 untuk pakej 6GB , atau bila ada modal lebih , aku top up RM48 untuk pakej 10GB.

Ini salah satu pakej data dari Tune Talk Prepaid monthly plan :

Pakej Data Tune Talk Prepaid Azlan Yussof

So, cukuplah kan aku laburkan RM28/bulan untuk 6GB data dengan unlimited social data. dan chat . Yang data 6GB tu aku guna untuk Google, atau cari maklumat lain.

  • Unlimited Chat : Kita boleh guna Whatsapp, WeChat,Line tanpa had.
  • Unlimited Social : Kita boleh guna apps Facebook, Twitter, Instagram dan Messenger tanpa had

Tanpa had tu bermaksud, kita boleh guna sesuka hati , bila-bila masa. 6GB data yang kita langgan tu takkan di tolak / effect . So, sure lebih Jimat banyak dah dengan pakej Tune Talk Prepaid ni kan.

 

2. BILA TOP UP, DAPAT POINT UNTUK TUNE TALK BIGTop Up Tune Talk Prepaid Dapat Big Point Air Asia

Setiap kali kita top up dari amaun serendah RM5 sehingga RM200 ,kita boleh dapat point dari program Tune Talk BIG Point ini. Lagi banyak kita top up, lagi banyak point terkumpul dan boleh di gunakan untuk redeem/ tebus servis / tukar point Big Point ke Air Asia Big Point untuk menikmati diskaun @ pakej penerbangan dari Air Asia. Jika kita top up bermula dari RM50, kita akan dapat perlindungan insuran percuma bernilai RM50’000 *

P/S : Rujuk terma dan syarat di sini : T/C Tune Talk Prepaid

Sambil dapat berjimat, kita pun dapat juga perlindungan insuran secara PERCUMA.

 

3. Coverage oleh CELCOM

Untuk pengetahuan semua, line Tune Talk ini menggunakan coverage dari Celcom . Jadi, dengan kelebihan coverage Celcom yang lebih meluas, rangkaian 4G yang baik serta mempunyai coverage yang baik di kawasan luar bandar , maka sebab ini lah aku memilih Tune Tak Prepaid ni. Ini memudahkan aku bila pergi ke mana-mana pelusuk tempat di Malaysia ni yang aku masih boleh akses internet di mana-mana sahaja.

Kampung aku di Negeri Sembilan, jadi di kawasan sana, hanya ada coverage Celcom sahaja dan ia yang terbaik setakat ini. Nak cari coverage Telco lain, memang susah nak dapat.

So far, aku berpuas hati dengan coverage yang aku dapat bila aku ke mana-mana.

 

4) Mobile Data Yang MURAH 

Tune Talk Prepaid Cun Value

Top up RM48, dapat data 70GB .. Wooww , best kan..Aku pernah sekali guna pakej Cun dari Tune Talk ni.  Saje nak test. Jadi, pakej ni antara yang paling berbaloi untuk aku. Akses social media masa tu jangan cerita lah, memang memanjang ON je FB, IG semua nya..hehe .

Untuk kuota video pun dapat 60GB sebulan. Cuma pakej ni ada limit 2GB/ hari untuk video. Ia di pecahkan ikut hari. Itu je lah yang aku rasa tak best. Yang lain, mantap.

 

5. Boleh Tebus Point Untuk  Penerbangan Air AsiaRedeem Point Tune Talk Big To Air Asia Flight

Bila point terkumpul Tune Talk kita dah banyak, kita boleh pindahkan point tersebut dari Tune Talk Big ke Air Asia Big program. Dengan point-point tersebut, kita boleh lah redeem / tebus tiket flight ke destinasi-destinasi yang sesuai dengan bajet / perancangan percutian kita.

Cuma untuk transfer point dari Tune Talk Big ke Air Asia Big, kita perlukan minima point sebanyak 3000 point untuk proses pemindahan tersebut. Jika belum cukup, kita tak boleh nak transfer. Nak jimat bajet untuk bercuti, boleh lah kita top up banyak-banyak untuk dapatkan point sebanyak mungkin.

 

Jadi, ini lah antara sebab kenapa aku berhijrah dari telco lain ke Tune Talk Prepaid yang aku gunakan sekarang.  Dah ada pakej yang baik dan menepati citarasa aku, so terus kan lah guna. Jika kalian jenis malas nak terikat dengan komitmen bulanan, Tune Talk Prepaid ini adalah pilihan terbaik kalian. Aku buat Tune Talk Prepaid review ni pun bukan di bayar pun, cuma aku share pengalaman aku untuk kalian yang tengah cari pakej telco yang sesuai dengan bajet serta coverage nya.

Next post aku akan cerita bagaimana nak port out dari telco yang korang guna sekarang ke Tune Talk Prepaid ini yer. Senang dan mudah jer. Boleh buat sendiri pun.. Ok, share kan dengan aku, korang pakai line telco mana sekarang ? (Komen di bawah)

 

3 Comments
  1. Duan Deris says

    Ni sama kan macam halo telco tu?

    1. MdAzlan says

      Lebih kurang sama.. dan TT / Halo guna line celcom

  2. Shahrol says

    Macam mana nak topup

Leave A Reply

Your email address will not be published.