Kekurangan & Kelebihan MAE Maybank2U
Anda dah ada akaun MAE dari Maybank ? Jika belum ada, boleh lah buka akaun MAE anda. Banyak kelebihan MAE Maybank yang anda boleh dapat kerana ia boleh di gunakan dalam kehidupan seharian anda. Saya dalam kebanyakkan masa dah jarang bawa cash yang banyak dalam dompet saya, hanya bawa beberapa not ringgit sahaja untuk standby kerana, saya lebih selesa buat pembayaran menggunakan debit sahaja. Tap & Pay sahaja di mana-mana kedai / mall. Bayar parking pun dah boleh guna terus kad debit yer.
Anda pula bagaimana ? Masih buat pembayaran guna cash ? Kongsi kan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Dan kenapa anda masih selesa menggunakan cash berbanding dengan kad debit/paywave ?
Ok, saya anggap anda dah buka akaun MAE by Maybank2U kerana saya nak cerita kan kekurangan / kelebihan MAE Maybank berbanding akaun Maybank yang biasa.
Kekurangan & Kelebihan MAE Maybank Yang Wajib Anda Tahu
Kelebihan :
- Anda boleh terus buka akaun simpanan anda melalui aplikasi sahaja, tanpa perlu pergi ke cawangan Maybank berdekatan anda walaupun anda tiada akaun simpanan dengan Maybank.
- Boleh buat pembayaran bil & tambah nilai kredit telefon
- Boleh terima duit / lakukan pembayaran menggunakan “QRPay”
- Kad MAE boleh di gunakan sebagai kad debit untuk membeli barangan keperluan harian / online shopping (Ia bukan kad kredit, jadi anda perlu top up dahulu duit dalam akaun MAE anda)
- Aplikasi yang mudah di fahami & akses
- Mempunyai fungsi “Tabung” di mana, ia boleh asingkan duit anda dari akaun biasa anda. Bila amaun target dah cukup, baru anda boleh keluarkan duit dari Tabung ini. Selamat lah juga kan duit anda dari terguna.
- Boleh beli tiket wayang, tiket bas, tiket keretapi , malah tiket kapal terbang pun boleh melalui aplikasi MAE.
- Boleh trace semula perbelanjaan yang di buat melalui akaun bank anda.
Belum ada akaun MAE ? Buka akaun anda sekarang dan dapat PERCUMA RM3 selepas anda berjaya aktifkan akaun MAE anda.
Kekurangan :
- Perlukan sambungan internet untuk buat transaksi online anda.
- Akaun MAE di kategori sebagai akaun semasa, jadi semasa di ATM, anda perlu pilih akaun “Semasa” untuk membuat pengeluaran.
- Anda perlu menggunakan kad debit yang berlainan dari kad debit Maybank biasa.
Jadi, saya sangat prefer untuk anda start guna MAE Maybank ni. Memang sangat mudah untuk urusan seharian anda kerana ada banyak kelebihan MAE Maybank ini. Fungsi MAE juga lebih banyak berbanding dengan Maybank biasa.