Kedai Fotostat Murah di Pasir Gudang Johor
Susah nya nak cari kedai fotostat yang boleh bagi harga murah .. jika pergi ke kedai biasa, satu muka dokumen yang kita nak fotostat dah kene bayar RM0.20 atau ada kedai tekan harga sampai RM0.30 .. Fuhh..tu baru satu muka, jika dah 10 muka nak fotokopi , mau berdarah hidung ..hehehe..
Al kisah nya , saya ada nak fotostat satu buku nota saya .. Kira-kira dalam 105 helai (muka surat depan belakang ) .. saya pergi lah cari kedai-kedai fotostat di area Taman Rinting , Masai nie.. ada satu yang biasa saya pergi tu tutup pulak .. Tokey nya cuti 2 hari..aduhh .. cuba search jugak Kedai Fotostat Murah di Pasir Gudang Johor dalam Google , tapi masih tiada jawapan yang memuaskan hati .. banyak yang keluar di kawasan Skudai @ Taman Unversiti . Jauh lah pulak dari Pasir Gudang nie ..
Kemudian teringat , ouh yaaa.. di Pasir Gudang ada beberapa buah kedai buku ..biasa kedai-kedai buku nie mesti ada perkhidamatan fotostat kan .. Dengan jaya nya, saya sampai di sebuah kedai buku .. saya tunjukkan pada pembantu kedai tu..die pun kira lah..tekan2 kalkulator , dan kata nya saya perlu bayar RM25/buku ..woiii..mahal giler.. Kedai tu charge fotostat 1 helai (depan belakang) = RM0.2485 camtu .. darabkan dengan anggaran 100 helai yang saya nak tadi ,jadi lah RM25/buku.. mahal..mahal .. memang jem kepala..hehe
Dengan kecewa nya, saya pun jalan semula ke kereta.. Sambil jalan duk fikir mana lagi tempat fotostat..
Tetiba melintas beberapa budak yang guna baju Politeknik ..
Tiiingggggg (mentol lampu menyala) ..Dapat idea ..
CARI KEDAI FOTOSTAT MURAH BERHAMPIRAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG
Setelah hampir 15 minit memandu ke Taman Cahaya Masai , akhir nya jumpa satu kedai / pusat fotokopi yang masih buka lagi .. Nama kedai – Digital Printing & Photocopy Centre ( bersebelahan Poliklinik Hijrah ) .
Berapa harga saya dapat di sini ??
OK. Tadi kene harga kapak RM25/buku @ 100 muka surat depan belakang kan ?
Di kedai nie, saya dapat harga RM0.10/helai (depan belakang) untuk 100 helai yang saya nak buat fotokopi .. Murah dah tu.. Depan belakang pulak tu…Harga yang saya boleh dapat masa zaman belajar di KL dulu …
Jadi, harga total nya adalah :
1 Helai (Depan Belakang ) = RM0.10
100 helai = RM0.10 x 100 = RM10. (Nampak tak beza RM15 dari kedai pertama tadi.. huhu ..)
So, saya request 2 biji buku + Kertas Keras + Binding Tepi .
Tokey kira kan ..total saya bayar RM24.80 jer.. Best tak ??
Berapa saya untung dari kedai pertama (kiraan 2 Buku + Kertas Keras + Binding) ?
RM70–RM24.80 = RM45.20 .. Tengok !! Punya lah jauh beza harga ..
Sekarang masalah saya dah selesai dengan jaya nya ..Yeayyyy .. 🙂
Jadi, itu adalah berdasarkan pengalaman saya mencari kedai fotostat murah di Pasir Gudang Johor . Sebab ada juga yang mencari di Google, tetapi semua artikel yang lama dan tak valid dah.. Ada yang kedai nya pun dah tutup .
Kepada anda yang perlukan perkhidmatan fotostat murah/printing atau apa2 berkaitan cetak mencetak boleh hubungi tokey di bawah yer .
Penafian : Saya rekemen kedai ini atas perkhidmatan beliau. Saya tiada hubungan khas / pertalian dengan tuan punya kedai dan saya tiada caj /ambil keuntungan atas recommendation ini . 🙂 Ada beberapa kedai yang menawarkan perkhidmatan di kawasan tersebut, Jadi, anda boleh membuat pilihan berdasarkan requirement anda sendiri.
kebetulan hari ni saya nak cari kedai photstate/print murah. jumpa entri baru upload semalam.
terima kasih Tuan atas pencerahan.
Alhamdulillah.>Sama-sama . Harap dapat membantu, lagi2 jika nak fotostat banyak / berbuku-buku .
Jika 1-2 helai, harga lebih kurang sama dengan kedai biasa 🙂 ..
Bagus juga ni kadang-kadang terdesak nak fotostat sehelai 2 kedai yang murah sangat berguna masa tu.
terbaik 🙂 ..Jimat duit ..
Bagus ni… Seboleh mungkin kita nak cari kedai fotostat yang murah aje.
kedai photstate bagus nih murah pula, bisa dicoba pas jalan-jalan waktu luang.
Apa nama Kedai photocopy area taman rinting tu?sbb cari jgak yg murah
Kawasan taman Rinting saya tak pasti.. Tak silap tiada yang boleh buat jenis buku / banyak2..
Yang kedai fotostat biasa ada lah.
Review kedai macam ni yang kita nak. Harganya masih sama ke sekarang?
Tak sure buat masa tempoh pengecualian cukai nie.. Tapi harga mungkin tak berubah sebab kira pukal..
Jika efek mungkin jenis yang fotostat 1-2 helai..
Kedai yang saudara rekomen ni boleh buat kulit hardcover tak?
Alamak..maaf, saya tak pasti..boleh cuba contact kedai tersebut untuk maklumat lanjut. 🙂
Kalau printing berapa sen sehelai?
The latest one (price for 2020) tak sure. Sorry.