Kedah Juara TM Piala Malaysia 2016
Pasukan Kedah telah di nobatkan sebagai Juara TM Piala Malaysia 2016 pada aksi final yang cukup sengit dan mendebarkan pada malam ini 30/Oktober/2016 di Stadium Shah Alam, Selangor. Tahniah sekali lagi kepada pasukan Kedah kerana berupaya untuk membawa pulang Piala Malaysia kembali ke bumi Kedah.
Aksi final ini mengulangi perlawanan pada musim 2015 di antara kedua-dua pasukan di mana Selangor telah menjadi juara dengan jaringan 2-0. Kedua-dua gol di hasilkan oleh Hazwan Bakri (pada minit ke-3 & 49)
Keputusan Piala Malaysia 2016 : Kedah (6) – Selangor (5) Pen
Sumber Gambar/Infografik : Twitter @TeamMalaysia
Jaringan gol oleh :
- Kedah : Mohd Rizal Ghazali (’51).
- Penalti – Smeltz (0), Bang Seung Hwan (1), Farhan Roslan (1), Liridon (1), Baddrol (1), Amirul Hisyam (0),Halim Saari (1), Rizal Ghazali (1)
- Selangor : Hazwan Bakri (’59).
- Penalti -Ukah (1) ,Patrick Ronaldinho (1) , Azmi Muslim (0), Mauro Olivi (1), Veenod (1), Hafiz Kamal (0), Andik (1), Rizal Fahmi (0)
Jumlah kehadiran penonton aksi perlawanan akhir ini : 79,782 orang ( Tahniah buat kedua-dua penyokong yang bersama-sama menyokong industri bola sepak Malaysia)
Untuk senarai kesebelasan utama untuk aksi perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016 adalah :
Kedah
Muhd Ifwat Akmal Chek Kassim (PG), Bang Seung Hwan, Mohd Shawal Nordin, Azmeer Yusof, Mohd Rizal Ghazali, Amirul Hisyam Awang Kechik, Liridon Krasniqi, Baddrol Bakhtiar (K), Mohd Shazwan Zainon, Thiago Augusto Fernandez, Shane Edward Smeltz.
Simpanan: Abdul Hadi Abdul Hamid, Khairul Helmi Johari, Mohd Asri Mardzuki, Mohd Hanif Mat Dzahir, Abd Halim Saari, Muhammad Farhan Roslan, Muhammad Shafiq Ahmad.
Selangor
Khairul Azhan Mohd Khalid (PG), Mohamad Azmi Muslim, Patrick Ronaldinho Wleh, Andik Vermansah (K), Saiful Ridzuwan Selamat, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Bunyamin Omar, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Ugocukwu Ukah, S Veenod, R Gopinathan.
Simpanan: Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Adam Nor Azlin, Mohd Razman Roslan, Mohd Raimi Md Noor, Mauro Andres Olivi, Mohd Hafiz Kamal, Norazlan Razali.
Tahniah sekali lagi kepada pasukan Kedah selaku Juara TM Piala Malaysia 2016 .
Kita jumpa lagi pada tahun 2017.Siapakah yang bakal menjadi juara TM Piala Malaysia untuk musim 2017? Adakah pasukan Kedah akan mempertahankan kejuaraan mereka untuk musim hadapan? Sama-sama kita nanti kan.
Teruskan menyokong industri bola sepak Malaysia.
Tahniah kedah, isnin mesti cuti punya…
#pulunkedahpulun 🙂