Jadual Penggal Persekolahan Tahun 2016
Sekarang masih musim cuti sekolah hujung tahun 2015 yang bermula dari 21/November/2015 sehingga 03/Jan/2016. Pasti nya ibu bapa kini sedang sibuk untuk membuat persiapan dengan membeli kelengkapan persekolahan anak- anak mereka (pakaian, alat tulis dan buku-buku yang berkaitan). Saya masih ingat zaman saya bersekolah rendah pada tahun 1991 -1996 🙂 ..Memang sangat nostalgia masa tur]e..tapi sebab dari keluarga yang sederhana, saya jarang dapat baju /seluar baru..just recycle saje mana-mana baju atau seluar yang masih elok.. Yer lah..bak kata orang..selagi boleh pakai,pakai ajer sampai tak boleh pakai.. 🙂
Ok..Bagi ibu bapa pulak, sangat penting untuk membuat perancangan aktiviti sepanjang tahun 2016 nanti. Ibu bapa wajib tahu bila sesi persekolahan anak-anak..bila anak-anak akan bercuti dan berapa lama..Jadi,perancangan seperti aktiviti bercuti bersama keluarga/ pulang ke kampung / kem motivasi dan lain-lain dapat di rancang dengan lebih awal lagi bermula dari sekarang.
Jadual Penggal Persekolahan Tahun 2016
Untuk rujukan anda di masa hadapan, anda boleh terus muat turun takwim / jadual penggal persekolahan tahun 2016 ini dari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muat Turun di sini : Jadual Sesi Sekolah 2016
Sumber gambar : Google Image
Bagi ibu bapa yang ada perancangan untuk menghantar anak-anak anda ke kem motivasi tahun 2016 ini, saya cadangkan 2 kem motivasi di bawah untuk anda masukkan dalam perancangan tahunan anda :
- Kem Motivasi di bawah kelolaan RichWorks International Sdn Bhd (di bawah naungan Dr.Azizan Osman, Pakar Motovasi Kejayaan No.1 Malaysia ). : – Sila tujuk tarikh dan maklumat mengenai program ini di :- http://www.richworks.com.my/kemtahfiz/
- Kem Syahdu di bawah kelolaan Ust.Wan Akashah & Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah yang mana program di bawah mereka terbuka untuk anak-anak yang berumur antara 9 tahun sehingga 17 tahun. Untuk maklumat lanjut dan mendaftar ke program ini, sila layari :- http://kemsyahdu.com/apa-itu-kem-syahdu/
Untuk semua anak-anak yang akan mengharungi sesi persekolahan tahun 2016, saya mendoakan anda berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.Ingat .. anda ke sekolah bukan hanya untuk mengahafal ilmu yang di ajar,tetapi anda perlu memahami ilmu untuk di praktik kan di dalam kehidupan anda.