Di Malaysia,bila menjelang Hari Raya ,kita akan di sajikan dengan video-video iklan hari raya yang banyak memberi pengajaran di dalam nya.. Jika sebelum ni,bila ingat iklan raya,pasti kita akan ingat pada iklan raya dari Petronas bukan?  Semasa saya di zaman sekolah dulu, iklan-iklan hari raya dari Petronas menghiasi kaca-kaca TV kita.. Teringat lagi iklan Hari Raya tentang lembu, balik kampung, dan lain-lain.

iklan hari raya 2015

 

Terdapat juga beberapa video iklan hari raya yang menarik dan pasti nya menyentuh hati anda..

Antara salah satu iklan hari raya yang saya akan menangis setiap kali memainkan nya adalah video ini. Bersihkan jiwa dan ingat lah ibu anda di kampung. Bagi saya, jalan cerita dari video ini juga sesuai untuk Hari Ibu. Saksikan dengan penuh keinsafan :-

Sedih bukan ??

Ada banyak lagi iklan hari raya yang anda boleh tonton terus di Youtube. Sediakan tisu dan lihat lah dengan mata hati.

Ok.Berbalik kepada iklan hari raya 2016 tadi, iklan ini agak unik kerana ia menonjolkan hubungan teknologi terkini dengan hubungan keluarga. Video dari Samsung Malaysia yang berdurasi 2:51 minit ini menunjukkan bagaimana dengan aplikasi Whatsapp, satu keluarga yang ada sedikit persengketaan kembali bersatu. Saya sukakan iklan hari raya ini kerana ia sangat berkait rapat dengan teknologi yang berada di sekeliling kita.

Hampir kesemua video-video berkaitan Hari Raya memaparkan semangat kekeluargaan kerana keluarga adalah organisasi yang sangat penting di dunia ini. Ambil lah iktibar dan pengajaran dari video tersebut dalam membentuk sesebuah keluarga yang bahagia dunia dan akhirat.

Pastinya, anda ada iklan raya yang menjadi favourite anda kan?  Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah ? saje nak share-share sebab setiap orang akan ada sebab kenapa dia suka sesebuah video tue.

Anyway, Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Hari Raya 2016.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *