IBG Transfer Berapa Hari Terima Duit Dari Bank ?

2 56

Nak tahu IBG Transfer berapa hari akan terima / masuk duit dari bank yang berlainan ?  Dulu saya pun risau, kenapa duit yang di transfer / pembayaran dari orang lain masih tidak masuk ke akaun bank saya. Jadi, di sini saya akan bantu anda untuk persoalan tersebut supaya anda tidak risau lagi.

Pemindahan duit anda boleh lakukan pada bila-bila masa & di mana-mana pun, tetapi adalah penting untuk anda tahu yang bila kah sesuatu transaksi tersebut sudah berjaya atau tertangguh. Jangan bimbang, kebanyakan bank menggunakan tempoh penerimaan / transfer duit IBG yang sama. Jadi, jika anda transfer ke mana-mana bank pun, tempoh nya tetap sama.

IBG Transfer Berapa Hari Akan Terima Pembayaran Duit ke Akaun Kita ? 

IBG Transfer Berapa Hari Akan Masuk Akaun Bank
Sumber Gambar : Pixabay

Sebelum tu, saya kongsi info apa itu IBG ? Nak kena faham juga kan apa maksud IBG ni. Baik lah. IBG adalah Interbank Giro , ia adalah satu kaedah pembayaran / pemindahan duit secara elektronik / dalam talian antara satu bank / institusi kewangan ke satu bank yang berlainan tanpa melibatkan sesuatu dokumen sokongan seperti cek. IBG ini sangat membantu untuk :

  • memudahkan urusan pembayaran / pemindahan duit terutama pada kawasan luar bandar,
  • menjimatkan masa tanpa perlu ke bank & buang masa beratur.
  • Tidak perlu isi apa-apa borang lagi. Jimat kertas. Save environment.
  • Boleh transfer ke mana-mana bank yang di perlukan tanpa perlu ke cawangan bank tersebut.
  • Boleh buat transaksi pada harga cuti, hujung minggu atau cuti umum.

Jadi, IBG transfer sangat memudahkan urusan kita seharian bukan ? Ini lah kelebihan yang ada. Namun, salah satu kelemahan IBG Transfer adalah, ia akan mengambil sedikit masa (dalam tempoh jam & hari bekerja sahaja) mengikut waktu pemindahan yang anda lakukan, Jadi, di bawah ini saya serta kan untuk jadual IBG Transfer berapa hari anda akan dapat duit anda nanti.

Transfer Day Transfer Time Tempoh Duit Akan Masuk Akaun  Bank Penerima Transaksi Gagal / Masalah ? 
IBG Instant Transfer Bank Akan Refund Semula Pada
Isnin – Jumaat (Hari Bekerja Sahaja) Sebelum Jam 5 Pagi Pada 11:00 Pagi Terus Masuk Ke Akaun Bank Penerima. Pada 05:00 Petang
05:01 – 08:00 Pagi Pada 02:00 Petang Pada 08:20 Malam
08:01 – 11:00 Pagi Pada 05:00 Petang Pada 11:00 Malam
11:01  Pagi – 02:00 Petang Pada 08:20 Malam Pada 11:00 Pagi Hari Bekerja Seterusnya
02: 00 – 05:00 Petang Pada 11:00 Malam
Selepas Jam 5 Petang Pada 11:00 Pagi Hari Bekerja Seterusnya Pada 05:00 Petang Hari Bekerja Seterusnya
Sabtu, Ahad & Cuti Umum Sepanjang Masa Pada 11:00 Pagi Hari Bekerja Seterusnya

 

Jadi, anda sekarang sudah tahu kan tempoh duit anda akan masuk ke akaun anda. Ia akan mengambil masa untuk pemindahan wang melalui IBG. Jika anda tak nak tunggu lama / nak guna duit / buat pembayaran secepat mungkin, anda boleh gunakan kaedah “Instant Transfer”. Kaedah ini lebih baik kerana , duit yang anda transfer akan terus masuk ke akaun penerima pada masa yang sama anda lengkapkan transaksi perbankan anda.

Jika dulu, anda perlu membayar RM0.50 untuk setiap kali instant transfer die buat, manakala RM0.10 untuk IBG Transfer. Sebab itu, ramai yang memilih untuk menggunakan IBG Transfer untuk pindagkan wang mereka atas faktor kos proses yang lebih murah.

Namun, berita baik nya, untuk waktu sekarang ini, tiada cas di kena kan pada setiap transaksi anda sama ada anda lakukan dengan IBG tranfser atau Instant Transfer. Jika nak cepat, guna kan instant transfer. Memang akan terus masuk ke akaun walaupun berlainan bank. Jadi, anda perlu plan bila kah waktu yang patut anda transfer duit anda tu okay. 🙂  Jumpa lagi. Jika kawan-kawan anda tanya soalan, ” Bro,  IBG Transfer berapa hari akan masuk akaun ya ? ” – Anda kongsi kan artikel ini pada dia ok. hehe

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

2 Comments
  1. hung mang says

    saya dah transfer 3 hari lapas tapi sampai sekarang duit belum masuk lagi.

    1. MdAzlan says

      Jika transfer waktu cuti / weekend, akan masuk hari bekerja seterus nya.
      Namun, jika masih tidak masuk juga, perlu contact pihak bank. Mungkin ada masalah transaksi semasa pemindahan wang tersebut.

      Thanks

Leave A Reply

Your email address will not be published.