Harga Rasmi Apple iPhone X 8 8 Plus Malaysia

0 483

Smartphone yang menjadi dambaan seluruh manusia di dunia ” – kata kawan saya Farid sejak beberapa bulan lalu selepas beliau membaca artikel mengenai Apple iPhone X .
Saya bukan lah peminat mana-mana jenama smartphone.Janji smartphone yang ada mampu menampung kerja yang saya buat & paling penting tidak tersangkut-sangkut , saya akan guna sampai fon ini tak boleh ON dah..hehe 🙂
 
So, masa yang di tunggu -tunggu telah tiba buat peminat Apple di Malaysia di mana iPhone 8 , 8 Plus & iPhone X bakal memasuki pasaran Malaysia secara rasmi dalam penghujung tahun 2017 .
Yang confirm, iPhone 8 & 8 Plus boleh di beli di Malaysia bermula 20 Oktober 2017
Manakala iPhone X ,masih belum dapat di pastikan tarikh rasmi buat masa ini.
 

Berapa Harga Rasmi Apple iPhone X 8 8 Plus Malaysia ?

Apple iPhone 8 

 

Harga Rasmi iPhone 8 Malaysia yang bakal di jual bermula 20/Oktober/2017 adalah RM3’649 (Storan : 64GB) dan RM4’399 (Storan : 256 GB) 
Secara ringkas , Apple iPhone 8 hadir dengan skrin bersaiz 4.7 -inci di lengkapi dengan paparan yang menyokong Retina HD. iPhone 8 mempunyai satu kamera yang menggunakan sensor 12-Megapixel beserta sistem OIS (Penstabilan Imej Optikal).
iPhone 8 juga menyokong fungsi wireless charging serta tahan debu dan air.
 

Apple iPhone 8 Plus


Harga Rasmi iPhone 8 Plus Malaysia yang bakal di jual bermula 20/Oktober/2017 adalah RM4’149 (Storan : 64GB) dan RM4’899 (Storan : 256 GB) 
Secara ringkas , Apple iPhone 8 Plus pula hadir dengan skrin bersaiz 5.5 -inci di lengkapi dengan paparan yang menyokong Retina HD. iPhone 8 Plus menyokong dwi-kamera yang menggunakan gabungan sensor 12-Megapixel ( apature f/1.8 dan f/2.8) beserta sistem OIS (Penstabilan Imej Optikal).
iPhone 8 Plus juga seperti iPhone 8 menyokong fungsi wireless charging serta tahan debu dan air yang memberikan lebih nilai pada wang anda.
 

Apple iPhone X 


Harga Rasmi iPhone X Malaysia yang bakal di jual penghujung tahun / awal 2019 adalah RM5’149 (Storan : 64GB) dan RM5’899 (Storan : 256 GB) .
iPhone X (atau iPhone Ten) adalah rekaan terbaharu dan paling unik berbanding model-model generasi iPhone sebelum ini. Salah satu keunikan iPhone X adalah penggunaan skrin penuh (5.8-inci) dengan bezel yang sangat nipis. Buat pertama kali, iPhone menggunakan panel OLED sebagai skrin utama peranti ini.
Antara ciri-ciri lain adalah tiada lagi butang ‘home’ seperti model sebelum ini , tapi di ganti dengan sistem Face-ID yang menyahkunci screen lock dengan mengimbas wajah anda.
Dari segi kamera belakang, iPhone menggunakan dwi-kamera 12-megapixel (menegak) yang di kata kan mempunyai kualiti gambar terbaik berbanding jenama lain .
 
Harga Rasmi Apple iPhone X 8 8 Plus Malaysia ini boleh di rujuk di laman web rasmi Apple Malaysia. Apabila set rasmi sudah masuk ke pasaran Malaysia, anda boleh juga merujuk laman web reseller Apple seperti Machine @ Mac City .
 

Leave A Reply

Your email address will not be published.