fbpx

Harga Pos Laju 2019 Lagi Murah

0 27

Harga Pos Laju 2019 dah semakin murah terutama untuk parcel yang berat maksima 3KG. Berita baik kan bila harga pos laju dan turun. Jadi, anda para peniaga online, akan ada lebihan baki wang untuk rolling modal bisnes anda nanti.

Saya dapat notis dari Pos Laju seperti di bawah yang update harga pos laju untuk parcel yang berat sehingga maksima 3KG lebih rendah dengan diskaun mengikut kawasan serahan : 

Harga Pos Laju 2019 Lebih Murah

 

Harga Pos Laju Terkini 2019 Untuk Berat Sehingga 3KG/ Parcel 

  1. Maksima 2KG untuk penghantaran dalam negeri yang sama (semua negeri)  : RM15.80 (Lama) ke RM10.15 ( rate baru Pos Laju 2019) . Jimat RM5.65 / parcel.
  2. Maksima 3KG untuk penghantaran antara negeri di Semenanjung sahaja : RM24.90 (Lama) ke RM16.50 ( rate baru Pos Laju 2019 ) . Jimat RM8.40 / parcel.
  3. Maksima 5KG untuk penghantaran dalam kawasan Lembah Klang sahaja : RM35.95 (Lama) ke RM13.35 ( rate baru Pos Laju 2019 ). Jimat RM22.60 / parcel. 
  4. Maksima 3KG untuk penghantaran antara Semenanjung ke Sabah/Sarawak : RM48.35 (Lama) ke RM31.80 ( rate baru Pos Laju 2019 ) . Jimat RM16.55 / parcel

 

Jadi, ini adalah berita baik yang dapat membantu anda untuk jimat kan kos penghantaran setiap bulan. Jika anda nak dapatkan anggaran kasar berapa kos pos laju yang anda akan bayar bila di kaunter pos laju nanti, saya cadangkan anda untuk dapatkan anggaran melalui link di bawah : 

https://www.pos.com.my/postal-services/quick-access/?calculate-postage

Masukkan details yang di minta. Negeri yang hendak di hantar, poskod, berat parcel dan bila sudah lengkap, tekan butang Submit. Jadi, website tersebut akan paparkan berapa kos yang anda perlu bayar semasa serahkan parcel anda tadi ke staff pos laju yang bertugas.

 

Dalam artikel sebelum ini juga, saya ada bagi cara lain untuk anda boleh jimatkan harga pos laju bagi parcel yang berat sehingga 5KG. Baca di sini : https://azlanyussof.com/cara-pos-barang-dan-jimatkan-harga-pos-laju/

Jadi, semoga update terbaharu saya ini dapat membantu anda untuk lebih berjimat semasa menggunakan perkhidamatan Pos Laju. Setakat ini, harga pos laju ini masih kekal, namun mungkin akan berubah dari masa ke semasa mengikut permintaan pasaran kurier di Malaysia. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.