fbpx

Harga Pos Laju 2016 Naik Lagi ?

10 27

Memang betul apa yang anda baca. Ini bukan cobaann.. Secara rasmi, rate harga pos laju 2016 untuk beberapa produk mereka akan di naik kan bemula dari 15/Oktober/2016 . Bersedia lah anda untuk semak semula harga serta kos penghantaran anda jika anda adalah seorang peniaga yang menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia.

pos-laju-naik-harga-2016

Macam saya, setakat ini, saya bergantung 100% dengan Pos Laju Malaysia sebagai kurier utama untuk penghantaran order dari blog jualan saya. Alhamdulillah, setakat ini 99% berpuas hati dengan perkhigmatan mereka (walaupun saya selalu baca komplen-komplen yang murni di page-page mereka ..huhuhu 🙂 ) .

Di sini, saya sempat snap kan jadual harga lama dengan harga baru di Pejabat Pos Laju Pasir Gudang pada 14/Oktober/2016. Dari jadual ini, perubahan harga berlaku pada produk plastik Prabayar Merah (Semenanjung) dan Prabayar Biru (Sabah/Sarawak) iaitu dengan kenaikkan harga sebanyak RM0.95 untuk setiap helai plastik prabayar Pos Laju Malaysia.

pos-laju-naik-harga-jadual-harga-oktober-2016-azlanyussof-jpg

Jadi, anda peniaga online atau offline yang menggunakan Pos Laju Malaysia, sila semak sekali lagi kos servis penghantaran di dalam senarai harga anda supaya tidak memberi impak dari keseluruhan hasil jualan anda.

Antara beberapa penyedia kurier di Malaysia yang menawarkan harga lebih kompetetif adalah :-

  1. Easy Parcel – Antara laman penyedia perkhidmatan kurier yang berkembang pesat di Malaysia. Terdapat banyak syarikat kurier yang mengambil bahagian dengan Easy Parcel ini .Antara nya Skynet, DHL, MatDespatch dan lain-lain. Menarik nya, anda boleh compare harga penghantaran untuk setiap syarikat kurier untuk lebih penjimatan.
  2. DeliveryLah – Buat anda di kawasan Pulau Pinang, servis penghantaran on same day /on demand ini amat menarik kerana mereka boleh menghantar barangan anda terus kepada pelanggan anda dalam hari yang sama.Namun, ia masih terhad di kawasan Pulau Pinang sahaja.

Saya juga akan review semula setiap kos dan impak harga pos laju yang terbaharu ini kepada keseluruhan akaun syarikat.

Bak kata kawan saya ” walaupun naik RM0.95, kata kan 1 bulan 500 parcel, bermakna korang perlu tambah RM475 kos penghantaran berbanding bulan sebelum naik … banyak tue.. ” .Jadi, ambil langkah awal untuk memastikan kesihatan akaun perniagaan anda.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

10 Comments
  1. sabree hussin says

    Kalau selama ni kita caj pada pelanggan untuk bayar kos penghantaran, mungkin tak rasa apa sangat. Tapi kalau kita selalu absorb kos penghantaran tu, memang akan terasa jugak la kenaikkan harga tu.

    1. MdAzlan says

      Macam saya memang caj pada pelanggan, cuma perlu ikut harga semasa untuk cover keseluruhan impak pada akaun 🙂

  2. akubiomed says

    Kos semakin naik? Apa kesan kepada kita? dan apa yang patut kita lakukan? Tidak boleh harap orang lain akan mengubah yang mendatang kalau bukan diri sendiri.

    1. MdAzlan says

      Yes.Betul tuan. Kita perlu ubah mentaliti diri sendiri terus maju.

  3. Afif Rayyan says

    sekarang nie customer saya banyak yang merungut kata harga barang makin mahal.. tapi diorang tak tahu, banyak kos barang dan pengeposan sudah meningkat.. sabar jela

    1. MdAzlan says

      Yes.Saya setuju. Saya juga alamai perkara yang sama .
      Dengan ekonomi sekarang, ramai lebih risau kan harga berbanding kualiti.

  4. reezluv says

    tiap tahun naiknya..nanti naik lagi ni

    1. MdAzlan says

      hehe.. memang suka menaik ..menurun mmg tak..

  5. Iskandar @ JomJalan says

    Iklan pencatutan, kpdnkk kat tv pagi petang siang malam. Tapi barang naik juga.

    Saya yg buat pasal holiday ni pun fed up sbb harga tiket utk tempat2 menarik kat Malaysia naik melampau tiap2 tahun. Zoo pun kalau dulu orang suka masuk, sekarang berpeluh nak masuk kalau anak ramai.

    Tempat mcm Sunway Lagoon tu mmg out of question la utk family, Harga tiket utk family pun dah boleh book tidur kat Mandarin Oriental, KLCC.

    1. MdAzlan says

      Setuju tuan 🙂 ..hehe.
      Sama macam nak ke Legoland, hanya mampu berdiri di luar dan ambil gambar dari luar..hehe..

Leave A Reply

Your email address will not be published.