FREE Cara Hilangkan Background Gambar
Korang nak gambar muka korang sahaja ? Ini cara hilangkan background gambar yang percuma dan paling mudah dan paling cepat. Tak perlu langgan apa-apa software atau bayar mana-mana kawan korang yang buat servis edit gambar. Ia nya 100% percuma.
100% PERCUMA CARA HILANGKAN BACKGROUND GAMBAR KESUKAAN ANDA.
Mungkin ada yang dah tahu cara ni, tetapi saya percaya, masih ramai yang belum tahu info berkaitan cara hilangkan background gambar online ini. Anda tak perlu dah susah-susah nak belajar skill edit gambar seperti Photoshop , anda hanya perlu terus upload gambar yang anda suka , dan website ini akan bantu anda untuk hilangkan latar belakang / background dengan pantas. Paling best, ia adalah PERCUMA.
Jadi, bagaimana nak remove kan background gambar tersebut ?
- Masuk ke laman web https://www.remove.bg/
- Klik pada butang “Upload” dan pilih gambar yang anda nak buat. Contoh nya, saya nak hilangkan background warna hijau dalam gambar kucing ini.
3. Setelah selesai upload, anda akan terus di bawa ke bahagian gambar yang telah selesa di upload tadi. Hanya perlu tekan tab “Remove Background” , dan anda sudah dapat hasil yang anda mahukan. Senang kan?
Seterus nya, tekan butang Download, dan anda boleh terus guna gambar tersebut di mana-mana sahaja. Namun, untuk download secara percuma, anda hanya boleh dapat resolusi gambar yang rendah (dalam 500 x500 pixel sahaja) . Jadi, gambar akan sedikit kabur / pecah jika di zoom.
Anda boleh download gambar dalam resolusi High Definition (HD), namun perlukan kredit untuk setiap gambar HD anda. Berapa harga untuk 1 kredit jika anda perlu kan gambar HD ?Ini adalah harga yang anda perlu bayar dalam USD.
Kebiasaan nya, saya gunakan gambar tanpa latar belakang apabila hendak buat poster untuk jualan saya. Tetapi saya boleh buat gambar untuk post di Instagram & Facebook sahaja kerana ia tidak memerlukan gambar pada resolusi yang tinggi. Dan cadangan saya, jika anda memang akan selalu hendak guna gambar beresolusi tinggi, lebih baik anda belajar cara edit gambar dengan Photoshop. Ia lebih berbaloi dan boleh gunakan skill editing (cara hilangkan background gambar) anda untuk buat servis di masa akan datang.