Foodpanda atau GrabFood Mana Lebih Baik ?

0 250

Antara Foodpanda atau GrabFood mana yang lebih berbaloi antara kedua-dua nya ? Ada yang kata lebih suka beli di FoodPanda ada yang suka order di GrabFood , depends mana yang memberi keselesaan kepada korang. Kebanyakan kedai makanan ada di antara kedua-dua platform ini, cuma kadang ada kedai yang esklusif untuk satu platform sahaja.

Jadi, saya buat sedikit perbandingan antara ke dua-dua platform tersebut dari segi harga. Kalau dari segi servis rider , saya tak boleh nak komen kerana ia bergantung kepada semasa, cuaca , jarak atau sebagainya yang ada tempat ok, ada tempat yang mugkin terlalu sibuk, ada yang lambat. Depends pada tempat korang, jadi korang perlu tahu platform mana yang ok.

Harga Makanan Di Foodpanda atau GrabFood Mana Lebih Baik ? 

Perbandingan 1 : Order sebiji burger.

order burger foodpanda atau grabfood

  • Harga ini di screen shot pada 4-Sept-2021.
  • Untuk harga burger itu sendiri, seller ini memberi kan harga yang sama di kedua-dua platform. Tiada kurang atau terlebih.
  • Untuk harga delivery, Grabfood menang kerana memberikan harga delivery+fee yang lebih murah berbanding Foodpanda. Foodpanda cas lebih RM2.99 berbanding Grabfood

 

Perbandingan 2 : Order set Fast Food – Mcdonalds .

– Order details Food Panda : RM51.17 selepas apply voucher RM8. (RM59.18 jika tiada voucher )

order mcd di fp

 

– Order details Grab Food : RM56.24 tanpa ada voucher

order mcd di grab food

 

Untuk perbandingan Foodpanda atau GrabFood ke-2 ini, Foodpanda menang (jika apply voucher). Untuk harga makanan itu sendiri, harga di Foodpanda lebih rendah sedikit berbanding dengan GrabFood namun fees Foodpanda agak tinggi. Perbezaan harga jugak agak ketara untuk kedua-dua nya bila dah apply voucher di Foodpanda. Namun, jika vocher dah habis di gunakan , harga total di Foodpanda lebih tinggi (Nilai sebenar : RM59.18) berbanding Grabfood. Jadi, jika tiada voucher di gunakan di Foodpanda, bermakna Grabfood masih menang.

 

Kesimpulan nya, korang boleh banding kan antara kedua-dua platform ini mana yang lebih baik , kerana ia bergantung kepada lokasi dan keselesaan korang. Ada korang yang lebih suka order di Foodpanda dan sebalik nya. Ada juga yang perlu order di Grabfood sebab, kedai makanan yang korang berhajat nak beli tu tiada dalam Foodpanda. Tepuk poket, tanya selera korang 🙂 .

 

Apa kata-kata korang selepas melihat dua perbandingan ini ? Platform mana kah yang betul-betul menang ? Jom kongsikan pandangan / pengalaman korang di ruangan komen di bawah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.