Etika Makan Dan Minum Gaya Rasulullah SAW
Seharian kita pasti akan makan dan minum. Dan jika kita renung semula, adakah cara pemakanan kita telah mengikut garis panduan sunnah oleh Rasulullah SAW ? Bagaimana etika Rasulullah SAW ketika makan dan minum dalam kehidupan seharian baginda ?
Mengikuti sunnah Rasulullah SAW sangat penting bagi setiap muslim. Nabi SAW bersabda :-
Sumber gambar : Google Image.
Jadi, bagaimana etika Rasulullah SAW ketika makan dan minum ?
A) Membaca Basmallah.
- Sebelum anda memulakan makan dan minum anda, anda mesti memulakan dengan membaca basmallah. Apabila anda terlupa untuj membaca doa pada permulaan makan dan minum, hendaklah membaca ” Dengan nama Allah dari awal hingga di akhir (aku makan). ” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi)
B) Makan Menggunakan Tangan Kanan
- Daripada Ibnu Umar r.a , Nabi SAW bersabda , ” Apabila kamu ingin makan, maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila kamu ingin minum, maka minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya , syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.” (HR Muslim)
C) Mengambil Makanan Yang Berhampiran Terlebih Dahulu.
- Sunnah-sunnah ini terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW : ” Wahai anak! Sebutlah nama Allah,makanlah dengan tangan kananmu , dan makanlah makanan yang berada berhampiran denganmu . ” (HR Bukhari & Muslim)
D) Mengambil Suapan Yang Terjatuh, Menyapunya dan Memakannya Semula.
- Rasulullah SAW bersabda :- ” Apabila makanan yang di suap terjatuh, maka hendaklah kamu ambil semula dan buangkan kotoran yang ada pada nya, kemudian hendaklah kamu makan ” (HR Muslim)
E) Makan Dengan Tiga Jari
- Dari Ka’ab bin Malik r.a , “Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari.. (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah ) ” (HR Muslim)
F) Duduk Ketika Makan
- Baginda SAW duduk ketika makan seperti duduk tahiyat.Baginda SAW duduk di atas kedua lutut dan belakang kakinya, atau baginda SAW menegakkan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri.Cara ini adlaah yang paling baik sebagaimana di sebutkan oleh Ibnu Hajar.
Ini adalah antara kupasan tentang adab makan dan minum oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid :-
Sumber video : Youtube -> Channel Cocombee (Sila subscribe channel ini.Recommended channel).
Oleh itu,kita sebagai umat Rasulullah SAW adalah amat di galakkan untuk mengikuti dan mengamalkan setiap sunnah Nabi SAW kerana ia sudah semestinya mempunyai hikmah nya yang tersendiri bukan sahaja pada kesihatan, malah kepada kerohanian kita juga.
Mari kita sama amalkan dan terus beristiqomah dalam setiap amalan seharian kita. 🙂