Easy Parcel Review Malaysia 2017

Kos penghantaran item perniagaan online saya untuk tempoh Januari ~ September 2017 adalah RM7600.

Nilai ini di lihatlebih tinggi berbanding tahun 2016 kerana di dorong oleh perubahan kos penghantaran oleh syarikat kurier di Malaysia. Untuk penghantaran barang , saya menggunakan 99% perkhidmatan penghantaran oleh Pos Laju Malaysia. Namun ,caj penghantaran untuk 1 item di bawah Pos Laju sudah ada perubahan bermula 15/Oktober/2016 , di mana purata kenaikan caj untuk 1 barang yang di hantar adalah RM0.95 / parcel.

Kita ambil contoh kesan kenaikan caj ini.

OK , dalam 1 bulan, purata parcel yang anda hantar adalah sekitar 100 parcel .

Jadi, kita bandingkan begini untuk lihat berapa perbezaan yang bakal anda keluarkan :

 
1oo Parcel (Area Dalam Semenanjung Sahaja) – Item Berat bawah 500Gram14/Sept ~14/Okt/2016

(Cas/Item = RM6.36 )

15/Okt ~ 15/Nov/2016

(Cas/Item = RM7.31)

Kos Penghantaran100 x RM6.36 = RM636 100 x RM7.31 =RM731

Untuk tempoh 1 bulan ( dari 15/Okt -15/Nov 2016), anda perlu membayar lebih RM95 sebagai kenaikan kos penghantaran anda. Kiraan ini hanya untuk item yang berat bawah 500gram yer..Belum kira jika anda anda item yang berat 700gram / 800gram , kerana harga tidak sama .

Rujuk Artikel : Caj Kenaikan Pos Laju Oktober 2016

Mungkin anda perlu keluarkan lebih untuk tempoh perbelanjaan keluar dalam 1 bulan anda. Sila buat kira-kira anda . Seorang peniaga tak kira sekecil mana pun pernigaan anda , WAJIB buat kira-kira duit keluar masuk.

Jadi, sebagai peniaga yang prihatin dengan setiap sen yang masuk dan lebih-lebih lagi yang keluar dari akaun , pasti nya anda tertanya-tanya dan cari cara bagaimana nak kurangkan kos penghantaran item anda sebaanyak yang mungkin.

At least ,dapat jimat sikit pun jadi lah untuk cover kos-kos pengurusan yang lain . Dapat juga buat bayar duit elektrik atau bil air kan..

 

Jadi, di sini saya recommend anda untuk menggunakan servis parcel management dari EASYPARCEL MALAYSIA.

Easy Parcel Review Malaysia 2017

Easyparcel Malaysia bukan lah syarikat kurier penghantaran seperti GDEX, Skynet mahupun Pos Laju Malaysia. Namun, ia adalah penyedia pengurusan penghantaran melalui beberapa syarikat kurier di Malaysia . Ia memudahkan anda untuk menempah servis penghantaran tanpa perlu call /booking di laman web rasmi setiap kurier-kurier tersebut.

Anda hanya perlu masukkan details nama , alamat pelanggan, berat item dan klik kurier plihan anda , bayar dan SIAP. Semudah itu sahaja dan lebih jimat berbanding caj oleh kurier biasa.

 

Nak tahu berapa banyak anda boleh berjimat dengan Easyparcel ? –> Teruskan pembacaan anda….

Kenapa Anda Perlu Pilih EasyParcel ?

– TEMPAH SERVIS LEBIH CEPAT & MUDAH – Untuk booking servis kurier anda, ia kini lebih mudah.Anda boleh lakukan melalui online tanpa perlu call / email Easyparcel. Hanya beberapa klik, anda sudah menempah servis kurier anda. MUDAH, JIMAT MASA & TIADA KOS LAIN.

-BANYAK PILIHAN SYARIKAT KURIER – Sehingga Oktober 2017, ada 14 syarikat kurier yang boleh anda gunakan mengikut kesesuaian dan kawasan penghantaran. Antara syarikat kurier yang boleh anda gunakan adalah seperti Pos Laju , Skynet , Nationwide Express , ABX Express , DHL dan lain-lain lagi. Kesemua syarikat ini bolehkan menghantara item anda sama ada untuk penghantaran dalam negara ataupun luar negara.

-LEBIH PENJIMATAN – Anda akan lebih jimat dari segi kos penghantaran untuk setiap barangan anda. Jadi, secara keseluruhan , anda boleh menjimatkan kos operasi setiap bulan.

-BOLEH TRACK STATUS BARANG – Untuk setiap barang yang anda hantar melalui Easyparcel , anda boleh terus menjejak status barang anda dengan hanya klik pada nombor tracking pada setiap “order booking” anda tanpa perlu cara lama copy & paste lagi.

-KURIER DATANG AMBIL BARANG – Salah satu kelebihan Easyparcel adalah , pihak kurier yang anda buat tempahan anda terus datang ke premis (rumah / pejabat ) untuk ambil barang yang anda hendak hantar tanpa anda perlu pergi ke pejabat urusan mereka . Di sini, anda telah dapat jimatkan kos seperti duit minyak , tol dan parking .

-PERLINDUNGAN INSURAN – Semua barangan yang bakal di hantar yang bernilai kurang RM50 , akan di lindungi dengan insuran oleh pihak Easyparcel . Jadi, barang anda akan selamat . Untuk barangan yang bernilai lebih RM50 , anda perlu ambil perlindungan tambahan.

-SUPPORT TEAM TERBAIK –  Anda tidak perlu risau kerana, pihak Easyparcel akan membantu selesaikan masalah anda dengan seberapa segera . Mereka boleh di hubungi melalui email / messanger melalui Facebook.

-BORANG PENGHANTARAN TERSEDIA – Jika cara biasa, anda perlu pergi ke syarikat penghantaran dan perlu isi borang kan. Tetapi, dengan Easyparcel , anda hanya perlu masuk kan details pelanggan anda , dan selepas selesai , borang penghantaran anda sudah sedia. Hanya print & lakukan pembungkusan

-HUBUNGKAN DENGAN WEBSITE ANDA – Jika anda mempunyai website yang menyokong e-commerce , ia nya akan lebih mudah di mana, setiap tempahan di website anda akan terus di hubungkan dengan Easyparcel & borang tempahan anda telah tersedia tanpa anda perlu key in buat kali ke-2 . Mudah kan?

 

BETUL KER BOLEH JIMAT GUNA EASYPARCEL ?

Ini adalah dashboard Easyparcel saya. Lihat total barang yang berjaya di hantar & berapa banyak penjimatan yang dapat dapat sepanjang menggunakan Easyparcel . Saya mula menggunakan Easyparcel pada 11/Julai/2017 (Baru 3 bulan penggunaan ketika artikel ini di tulis)

Saya telah jimat sebanyak RM1374.20 sepanjang 3 Bulan yang lepas ..

Jadi, berbaloi bukan menggunakan Easyparcel  ? Nak jimat seperti ini ? Daftar sekarang di SINI .

Tetapi, anda mesti tertanya-tanya , bagaimana boleh jimat & berapa kos penghantaran untuk 1 barang menggunakan Easyparcel ?

 

Jom buat kira-kira .

Untuk Easyparcel,  caj penghantaran untuk 1 parcel adalah : RM6.00 (bawah 1KG) 

Case Study Easyparcel

  • Jumlah Parcel : 1
  • Berat Parcel : 0.85kg
  • Tempat Hantar : Pasir Gudang (Poskod : 81750)
  • Tempat Terima : Shah Alam (Poskod : 40000)
  • Kurier Pilihan : Pos Laju Malaysia

Untuk permulaan, kita lihat rate untuk Pos Laju untuk item yang kita hantar di atas. Untuk kira berapa rate caj penghantaran menggunakan Pos Laju , anda boleh check di SINI.

  1. Pilih “Calculate Postage “
  2. Pilih “Pos Laju” untuk penghantaran kurier ini.
  3. Masukkan berat parcel anda. Boleh gunakan timbang di rumah . Jika tiada , anda buat anggaran sahaja.
  4. Pilih zon penghantaran -Untuk hantar dari Pasir ke Shah Alam, pilih penghantaran “within Peninsular Malaysia”
  5. Tekan submit untuk dapatkan caj penghantaran parcel anda.

Jadi, anda perlu bayar Pos Laju RM9.80 untuk parcel ke Shah Alam .

Sekarang, kita lihat berapa kos penghantaran menggunakan Pos Laju, tetapi kita booking dari Easyparcel.my

Parcel yang sama tadi, bila booking guna Easyparcel , rate anda hanya lah RM6.00 sahaja tanpa kos tersembunyi seperti tax atau apa2 surcharge lain.

Jadi, perbezaan antara Pos Laju & Easyparcel adalah sebanyak RM9.80 – RM6.00 =  RM3.80 

Jika kita ada 100 parcel sebulan yang purata berat bawah 1 KG , anda akan dapat jimat sehingga RM380 dengan hanya menggunakan Easy Parcel ini .

 

Berbaloi-baloi bukan dengan menggunakan perkhidmatan online booking Easy Parcel Malaysia ? LEBIH MUDAH, LEBIH CEPAT & LEBIH PENJIMATAN WANG ANDA. 

Pendaftaran adalah PERCUMA & anda bakal mendapat RM25 kredit PERCUMA selepas berjaya mendaftar akaun Easy Parcel anda . Jom Daftar Easy Parcel Malaysia di SINI .

 

Easy Parcel Review Malaysia 2017 ini adalah berdasarkan pengalaman kami bersama Easyparcel Malaysia .

Leave a Reply

CommentLuv badge