Duit Kertas Rosak ? Apa Perlu Saya Buat ?

10 9,964

Memang masalah bila duit kertas rosak ? Pernah jadi masalah tu sebelum ni ? Apa yang patut anda buat bila dapat duit yang renyuk teruk, koyak, di conteng atau uzur  ? Ini pengalaman saya menghadapi masalah ini. Saya kongsikan di bawah.

 

Pada 29-June-2016 lepas, saya sekeluarga pergi ke sebuah pasaraya di Johor. Nak beli barang-barang dapur, biasalah, baru dapat  gaji, kena lah top up barang keperluan di rumah. Saya pergi keluarkan duit di sebuah mesin ATM dalam pasaraya tersebut. Zaman ni mana ada cashless/paywave lagi. Semua masih pakai cash atau kad kredit.

 

Nak di jadikan kisah, punya lah semangat beratur..sampai lah giliran saya untuk keluarkan duit..

 

Dan pada hari tersebut, mungkin Allah nak uji saya… tekan-tekan ..then duit pun keluarlah dengan gembira nya..hehe.. tapi……… rasa macam nak pitam pulak.. yang keluar tue banyak duit kertas rosak..adoiiii…dah lah itu jer bajet nak bayar duit kereta, beli barang dapur , pampers anak-anak…. dan bila dapat duit kertas rosak tu, memang totally dah tak boleh guna… nak nangis woo…bukan sikit,masa kira tu hampir RM1200 yang rosak… waaaaaaaaa….. 🙁

 

Ada duit yang bar kod rosak, barkod nya hilang..renyuk teruk macam kena lenyek kereta..ada yang koyak2.. memang jika anda sebagai pekedai pun, jika pelanggan bagi duit kertas rosak macam tu, mesti anda takkan ambil kan… nak guna pun tak boleh…nak bank in dalam cash deposit machine (CDM) lagi lah tak boleh… buntu sebuntu buntu nya..

Dengan buntu nya, saya cuba call customer servis bank tersebut..

 

No answer..mungkin mereka tengah sibuk.. (biasa macam tu, bukan main payah nak angkat / jawab call, kalau kita lewat bayar ansuran dia ,bukan main cepat call tak menyempat suruh bayar )

 

Then , tak boleh tunggu lagi… pikir punya pikir, ok..kita pergi ke cawangan bank tersebut yang berdekatan ..Nak kene tau gak,macam mana nak settle masalah duit kertas rosak ni kan .. Takkan nak biarkan.

 

INI CARA BAGAIMANA NAK SETTLE MASALAH DUIT KERTAS ROSAK 

 

Bila jumpa pengawai bank tu, explain baik-baik dan sopan santun ( yer lah..bukan salah die..tak perlu marah kot ) .. dan die dengan senyuman yang manis, berkata ” Encik boleh terus pergi ke Bank Negara Cawangan Johor Bahru untuk tukar duit-duit kertas rosak ni “….. Fuhhh..Lega bila dapat solution macam tu..

 

S o, apalagi..bukak Waze cari Bank Negara Malaysia Johor Bahru.. Selama ni ingat yang Bank Negara ada kat KL jer…hihihih..Masa tu baru tau ada cawangan mereka di JB..hehehe..Selepas hampir 30 minit drive, sampai lah ke BNM JB..

tukar duit kertas rosak di bank negaraProsedur tukaran duit kertas rosak tu sangat mudah..semudah 1 2 3 .. Masuk ke Bank Negara tu,then akan ada 1 kaunter khas tukaran duit rosak.. Tak perlu isi borang, cuma perlu serahkan duit-duit yang rosak kepada pegawai bank di kaunter tersebut, dan dia akan memeriksa tahap kerosakkan duit anda tu..sebab ada beberapa keping yang masih boleh di gunakan…

 

Selepas dia selesai periksa semua duit anda yang rosak tu, dia akan ganti kan duit anda kepada duit kertas yang baru…wahhhhhh..dah settle..Alhamdulillah…Senang jer.. Then, saya pun drive balik ke rumah dengan hati yang berbunga mekar di taman..

 

Kesimpulan nya, jika anda terima duit kertas rosak dari ATM khususnya, apa yang anda perlu buat adalah :-

  • 1) Jangan cuak sangat sampai pitam..Just Relaks..
  • 2) Cari cawangan Bank Negara Malaysia yang berdekatan dengan anda. Jika anda berada di luar kawasan /luar bandar,mungkin perlu korban kan sedikit masa untuk drive jauh ke caw.Bank Negara di negeri anda.
  • 3) Terus ke kaunter khas tukaran duit rosak di sana
  • 4) Pegawai Bank akan periksa duit anda sekali lagi.
  • 5) Beliau akan gantikan duit yang rosak yang duit kertas yang baru
  • 6) Selesai masalah dengan gembira nya.
10 Comments
  1. Hayasaya says

    Terima kasih atas panduan.Tak lagi saya panik lagi ni.

    1. MdAzlan says

      Sama-sama . Harap dapat membantu

  2. syafiq says

    saya pon kena dekat ATM johorport pasri gudang. tapi sekeping rm50 je yang koyak. duitnya masih simpan boleh la tukar nanti, Tq

    1. MdAzlan says

      Yes, betul tuan.. Kadang duit dalam tu ada yang kemek dan koyak..kita pulak kena susah pi tukar..hehe

      Pergi ke Bank Negara kat JB yer..

      Thanks

  3. Zull says

    Duit asing yang koyak ble tukar tak

    1. MdAzlan says

      Tak boleh. Setahu saya untuk duit MYR sahaja.

  4. Sh.mariani Binte wan dolet says

    Bagaimana dengan duit yg kena minyak ikan pula dpt x pkai

    1. MdAzlan says

      Jika dah terlalu teruk, tukar sahaj dengan yang baru di bank negara
      Jika sikit sahaja, masih boleh guna.. namun bergantung kepada pekedai, ada pekedai yang tak nak terima

  5. Fad says

    Salam bang…sy baru2 ni dapat kes sama macam abg yg pelik sy sorg plak tu dlm ramai2 ade 12 kpg rm50 semua sama sbijik mcm pic abg tuh..sy tak tau nak bt pe,pegi bank dorg suh g bank negara sy plak da ngamuk kuar hbs sumpah seranah da.sakit ati pny psl

    1. MdAzlan says

      Wasalam. Yup.. Memang ada jadi, dan nasib kita tak berapa baik masa tu. hehe..sabor bang
      masalah lagi payah, kat Malaysia ni, ada berapa biji je Bank Negara.. Buat nya jauh , mmg kes naya ..

      Bertabah lah. 🙂
      Bank memang takan ganti, sebab yang masukkan duit dalam mesin tu company security.
      Jadi, hanya bank negara yang boleh settle..Itu saje option yang ada..

Leave A Reply

Your email address will not be published.