Di Sebalik Power Bank Tiruan Pineng
Power bank tiruan Pineng sememang nya sudah wujud sekian lama. Namun, ia agak sukar untuk di beza kan antara powerbank tiruan dan powerbank original. Dengan tawaran harga yang sangat murah juga, power bank tiruan Pineng memang menjadi pilihan pengguna yang mencari power bank. Benda murah, siapa tak suka kan .. 🙂
Tapi pernah tak anda terfikir, apa sebenar nya yang ada dalam sebuah power bank tiruan ? Mengapa ia boleh di jual sebegitu murah, sedangkan power bank original pula di jual sehingga 2-3X lebih mahal. Kami rungkai kan melalui pemerhatian kami di bawah.
Di Sebalik Power Bank Tiruan Pineng – Apa Yang Ada Di Dalamnya ?
Mari kita lihat, ada 5 perbezaan antara power bank tiruan Pineng vs set original Pineng power bank :
- PCB Board – Lihat sahaja pada papan litar powerbank tiruan tu, lamsung tiada kualiti. Ia seperti PCB yang hanya untuk hidup dan nyalakan LED untuk power indikator nya sahaja. Tidak lebih dari itu. Berbeza dengan powerbank Pineng original, papan litar nya lebih kompleks dengan pelbagai sambungan dan komponen elektronik nya.
- Wayar Yang Nipis – Lansung tiada kualiti. Ia seperti sambungan yang di buat oleh budak sekolah yang pertama kali buat amali patri PCB Board. Warna wayar yang lebih kusam. Pasti wayar berkualiti rendah.
- Ruang Kosong – Terlalu besar ruang kosong pada dalam power bank tiruan ni. Ini yang membuatkan power bank ini ringan walaupun di kata kan kapasiti 20’000mAh . Lihat lah pada power bank Pineng original tu, bateri nya penuh dan padat memenuhi segenap ruang power bank ini.
- Bateri Hanya Satu ? – Jangan pelik, sebab itu lah anda hanya mampu dapat cas bateri smartphone anda hanya 1 kali sahaja. Lagi lah pelik, anda boleh cas penuh powerbank tersebut dalam tempoh kurang 1 Jam..Sedangkan untuk cas penuh powerbank 20000mah, perlukan sehingga 7~8 Jam untuk penuh. Bateri tiruan juga tiada cop atau spesifikasi pada nya. Jadi, ia pasti nya menggukan bateri jadi jenis gred rendah. Ia amat sensitif dan berisiko tinggi untuk meletup. Untuk powerbank original pula, ia mempunyai 2 lapisan bateri yang penuh.
- Plat Besi – Tahu tak kenapa mereka letakkan plat besi tersebut ? Ia bagi mengaburi anda, supaya powerbank berasa berat sedikit .Jadi anda tidak boleh syak bila pegang power bank tiruan tersebut. Tidak kah bahaya, jika powerbank ini meletup, plat besi itu terkena anda ?
Amat bahaya tau bila menggunakan power bank tiruan seperti ini kerana ia amat berisiko untuk power bank tersebut meletup, terbakar atau lebih parah, melibatkan nyawa anda.
Jadi, nasihat saya, tolong cari power bank yang betul-betul original supaya anda dapat kapasiti bateri yang sebenar , boleh cas bateri smartphone anda berkali-kali serta selamat untuk di bawa ke mana-mana sahaja.
Di mana pulak nak dapatkan powerbank yang original tanpa was-was ?
Boleh check out offer / tawaran terhad di sifupowerbank – trusted seller untuk aksesori smartphone terutama power bank. Anda boleh layarai laman web ini :- https://sifupowerbank.comÂ
Pastikan ORIGINAL, baru anda berani guna yer.. Jangan tertarik dengan harga murah, tetapi anda terkena dengan penjual power bank tiruan . Hati-hati okay.