Daftar Anak Darjah 1 Sesi 2018 & 2019 Secara Online

0 698

Untuk anda yang mempunyai anak-anak yang berumur 5-6 tahun pada tahun 2017 ini , Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi kenyataan rasmi 22/Mar/2017 mengumumkan bahawa , permohonan untuk daftar anak darjah 1 sudah telah pun di buka bermula dari 1 Mac ~ 30 April 2017 .

Di bawah adalah kenyataan Rasmi / Pekeliling Dari Kementerian Pendidikan Malaysia :-

Anda boleh terus klik kepada pautan : https://public.moe.gov.my/ untuk terus membuat pendaftaran persekolahan anak-anak anda . Untuk anda yang pertama kali memasuki laman web ini  dan baru hendak daftar anak darjah 1 pada sesi akan datang ,anda perlu mendaftar kan akaun baru anda sebelum boleh akses dan membuat permohonan anda .

Siapa Yang Layak Membuat Pendaftaran Sesi 2018/2019 ?

Mereka yang boleh mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2011, 2012 & awal tahun 2013 .

  • Tarikh Lahir anak iaitu antara 2 Jan 2011 – 1 Jan 2012  : Permohonan untuk sesi 2018
  • Tarikh Lahir anak iaitu antara 2 Jan 2012 – 1 Jan 2013 : Permohonan untuk sesi 2019

 

Setelah anda berjaya menghantar permohonan melalui online ini , langkah seterus nya adalah anda perlu hadir sendiri ke sekolah yang anda pohon untuk menghantar dokumen-dokumen sokongan di bawah : –

Sila bawa bersama salinan asal dan salinan .

  1. Cetakan borang permohonan online
  2. Sijil Lahir / Anak Angkat
  3. Bil Utiliti (Bil Air / Bil Elektrik ) – Sebagai bukti alamat tempat tinggal.
  4. Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga
  5. Surat Nikah / Cerai
  6. Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan) .

Setelah selesai menghantar dokumen sokongan di atas , anda akan di beri keputusan pendaftaran anda antara bulan Julai/Ogos 2017 . Pihak sekolah akan memberikan satu surat tawaran yang anda perlu bawa ke sekolah semasa hari pertama persekolah pada tahun 2018 / 2019 .

Jadi, ia lebih mudah untuk daftar anak darjah 1 sekarang . Anda boleh daftar melalui manual (terus daftar ke sekolah berhampiran kawasan rumah ) atau hanya daftar dari rumah sahaja melalui online 🙂 .

Saya mendokan anak-anak anda yang bakal ke sekolah nanti menjadi anak yang soleh / solehah dan mampu membantu /menjaga anda apabila tiba hari tua anda nanti.

Saya teringat akan pesanan ibu saya semasa mendapat anak yang sulong :-

Kejayaan sebenar mendidik anak-anak adalah apabila anak tersebut boleh mendoakan , berbakti , membantu di saat tua , dan mengimamkan jenazah kita nanti
Leave A Reply

Your email address will not be published.