Cari Kerja di Singapura ? Ini Cara Yang Betul

5 19,477

Kerja di Singapura menjadi pilihan paling utama buat pencari kerja di Malaysia terutama bagi penduduk di kawsan sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai dan sekitar nya. Sebab utama kenapa ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan sanggup tempuh jem , keluar awal pagi & pulang lewat malam setiap hari adalah  sebab gaji. Ya, sebab tukaran matawang yang tinggi, kata kan anda di beri jadi SGD 700 , bila di tukar ke mata wang Malaysia (MYR) , anda akan dapat anggaran kasar RM2100.

 

Bayang kan anda hanya kerja biasa sahaja seperti pembantu restoran di Singapura, tetapi gaji 3 kali ganda dari apa yang anda dapat di Malaysia. Best ke best ? Teruja kan ? Tapi releks dulu. Nak kerja di Singapura pun ada peraturan yang perlu anda patuhi serta perlu guna saluran yang betul supaya anda tak masuk kerja secara haram/di ambil tindakan undang-undang di sana nanti. 

 

Masih ragu-ragu ? Okay, mari saya tunjukkan kenapa ramai yang kata best nya kerja di Singapura : 

Katakan anda mencari kerja sebagai operator di kilang , ini adalah salah satu contoh jawatan / kerja kosong di Singapura. 

Lihat sahaja gaji asas (basic) untuk Machine Operator di syarikat ini. Belum masuk elaun, bonus , kerja lebih masa (OT) dan lain-lain. Kita ambil basic sahaja iaitu SGD1800 . Secara mudah, tukaran wang SGD – MYR adalah RM3.20 secara purata. Jadi, SGD1800 x 3.20 = RM5760.. Nah.. Basic gaji anda kerja di Singapura untuk jawatan machine operator adalah RM5400 . Ikut job responsibility seperti yang di nyata kan, saya anggarkan lebih kurang setaraf dengan jawatan technician di Malaysia ( Betul kan jika saya silap ) .

 

Jadi, jika anda kerja sebagai juruteknik di Malaysia, untuk mencapai gaji asas sebanyak RM5400 , agak-agak bila yang anda akan boleh capai ? Mustahil, tetapi mungkin ada yang berjaya. Namun, pada umur berapa untuk capai tahap tersebut ? Mungkin umur anda dah mencapai umur 40-an baru boleh dapat basic gaji setinggi itu di Malaysia. 

 

Saya ada seorang kawan yang tinggal berdekatan rumah saya yang kerja di Singapura sebagai Pest Control. Beliau kongsikan gaji asas beliau dalam SGD900 lebih kurang, dan jika beliau buat kerja lebih masa banyak, anggaran boleh capai sehingga RM4000 sebulan . Woowww.. Woow.. Tak tahu nak cakap, tetapi memang sangat berbaloi untuk kerja di Singapura.

 

Jadi, bagaimana anda boleh apply kerja kosong di Singapura ? Tak sabar dah ni nak merasa gaji Singapore Dollar. Sayang sangat sarankan anda untuk terus refer panduan di bawah ni . Yang bagi panduan ini pula bukan calang-calang orang tau, sebab beliau ada pengalaman luas dalam menguruskan pengambilan pekerja untuk bekerja di syarikat di Singapura. Baca details dengan klik di bawah: 

 

Ini sebab kenapa anda perlu berhijrah ke tempat yang lebih baik:

3 SEBAB KENAPA ANDA PERLU KERJA DI SINGAPURA SELAIN MENDAPAT GAJI YANG LUMAYAN

 

  1. GAJI BULANAN ANDA AKAN NAIK SENDIRI.

Tahu tak yang sebenarnya, jumlah gaji hujung bulan anda boleh lagi tinggi dari anggaran awal walaupun gaji basic anda tak naik . Aikk.. Macam mana tu ? Sebab kadar tukaran matawang asing .  Anda refer chart di bawah , kadar tukaran matawang asing SGD – MYR untuk 5 tahun.

sgd to myr 2022
Sumber : Currency exchange from xe.com (July 2022)
 

Contoh anda masuk kerja pada March 2021 dengan gaji basic SGD1000. Jadi, pada hujung bulan Mar 2021 , anda akan memperoleh gaji sebanyak anggaran RM3070 ( kiraan dengan nilai semasa Mar 1SGD = RM3.07)  . Kata kan pula pada July 2022 , gaji anda masih kekal SGD 1000 , tetapi di sebabkan tukaran matawang asing ketika itu bersamaan 1 SGD = RM3.23 , anda sudah memperoleh gaji sebanyak RM3230 untuk bulan July 2022. Ini bermakna , anda ada lebihan duit sebanyak RM160 / bulan jika di bandingkan dengan gaji anda pada Mar 2021. Menarik bukan gaji kerja di singapura 2022

Saya nak tanya anda , bila last anda dapat kenaikan gaji sebanyak RM160 dari majikan anda sendiri ? hehe.. saya pun tak pernah rasa lagi kenaikan gaji sebanyak itu.. Paling kuat dapat naik RM50/ tahun.  Kena tunggu setahun untuk dapat kenaikkan gaji.  Jadi, anda untung kan bila bekerja di negara orang. 

.

2. GAJI BESAR TANPA PERLU TINGGAL DI SANA

Ya, anda tak perlu pun tinggal di Singapura, beli rumah atau terus menetap di sana kerana kos hidup di sana sangat tinggi.  Penyelesaian nya, anda boleh sewa rumah sekitar Johor Bahru atau Pasir Gudang, Johor dan berulang alik ke tempat kerja sama ada menaiki kereta / motosikal. Dengan gaji anda yang tinggi, pasti nya ia lebih dari mencukupi. Tiada masalah untuk 

Kebanyakkan kenalan saya yang bekerja di Singapura menaiki motosikal ke tempat kerja mereka, kerana bagi mereka, kos menunggang motorsikal  lebih jimat berbanding membawa kereta ke sana. Bayang kan anda berulang alik dengan motosikal, pasti nya kos minyak serta lain-lain lebih rendah berbanding dengan pengangkutan lain. Lebih jimat, lebih banyak boleh simpan gaji anda.

.

3. MAKAN LEBIH JIMAT

Ini yang di kongsi oleh rakan saya berkenaan pemakanan di sana. Di sebabkan makanan di Singapura mesti lah di jual pada harga SGD kan, maka harga makanan jika di tukar ke duit Malaysia boleh di katakan mahal. Jadi, cara yang mereka yang berulang alik ini adalah , dengan makan terlebih dahulu di Malaysia dengan kenyang nya, dan tapau satu lagi makanan untuk di bawa masuk sebagai bekal makan waktu rehat.

Di sini lebih jimat kan.Tak perlu anda beli makanan di sana lagi. Biar gaji dollar, tapi makan dalam RM . hehe

.

Jadi, itu lah sedikit sebanyak kenapa ramai yang sanggup kerja di Singapura walaupun terpaksa keluar pagi-pagi gelap dan balik pun selepas waktu gelap kerana, mereka akan hilang segala stress / penat selepas tukar duit gaji dari Singapura Dollar ke Malaysia Ringgit. Kerja biasa-biasa, tetapi gaji luar biasa.

Untuk anda yang mencari-cari untuk dapatkan kerja kosong di Singapura, boleh terus klik ke laman di bawah ini untuk maklumat lanjut mengenai bagaiman cari kerja di Singapura . Kerja di singapura fresh graduate pun juga berbaloi lagi-lagi masa anda bujang sebab boleh kumpul duit sebanyak mungkin. Nanti dah kahwin, boleh lah cari kerja di Malaysia pulak untuk lebih dekat dengan family. 

5 Comments
  1. Munirah Mersit says

    Assalamualaikum tuan Azlan,sy ada 1 persoalan..sy hrp tuan sudi meluangkan masa utk mbaca e-mail & menjawab soalan sy..knp ye suami sy yg pernah keja d Singapura sblm ni dia nk apply masuk tk dpt..bossnya 2 kali sdh apply permit kerja tp tak dpt..oh ya utk pengetahuan tuan suami sy ada balik ke Malaysia bln 3 2020 & semasa di Malaysia covid19 kes teruk & Malaysia terus pkp..suami sy terkandas di Malaysia..bila pintu sempadan dibuka suami sy cuba bhubung dgn bossnya utk masuk Singapura balik & masa suami sy di Malaysia permit kerja nya tamat tempoh..& suami sy ada inform hal ni dekat bossnya & bossnya ckp dlm tempoh pandemic ni permit yg tamat tempoh akn auto renew..soalan sy knp suami sy tk dpt apply permit kerja skrg ni..???adakah blacklist @ ada masalah lain..??tq tuan

  2. Cha says

    Assalamualaikum..sy nak tanye prosedur warganegara Indonesia untuk bekerja di Singapore..sekarang duduk di Johor..

    1. MdAzlan says

      waalaikumsalam.
      Maaf buat masa ini saya tiada jawapan untuk cik., saya perlu masa untuk dapatkan info berkaitan soalan cik.

      Terima kasih.

  3. Zarine says

    Assalamualaikum…sy nk tanya kerja welder atau kilang proses ayam di Singapore tuk warganegar Indonesia ada tak encik?
    hubungi sy semula 012-1021174

  4. farish says

    macam mana ye prosedur utk mendapatkan pekerjaan di singapura jika walk in interview.. adakah ia berbaloi?

Leave A Reply

Your email address will not be published.