Cara Withdraw Keluarkan Duit Dari ShopeePay

11 22,103

Ada duit lebih ShopeePay wallet anda? Ini cara bagaimana untuk anda withdraw atau keluarkan duit dari ShopeePay anda ke akaun bank anda. Sangat mudah, cuma perlu tunggu dalam 1-3 hari waktu bekerja untuk duit tu masuk ke akaun bank anda dengan segera.

Namun jangan risau, biasa nya ikut pengalaman yang saya dah berjaya withdraw sebelum ni, dalam 1 hari waktu bekerja dah settle / duit dah masuk dalam akaun bank saya.Ada pernah sekali tu ambil masa 2 hari waktu bekerja dah masuk duit nya, tapi itu lah paling lama setakat ni. Yang lain, averagely 1 hari dah boleh dpaat duit anda. Tetapi jika akaun anda ada masalah / nombor akaun salah, itu memang akan ambil masa yang lebih lama berbanding biasa.

 

Jom saya tunjukkan cara nya.

Cara Withdraw Keluarkan Duit Dari ShopeePay Wallet

 

Langkah 1 – Tekan butang / icon ShopeePay di dashboard Shopee apps anda. Yang ada lambang wallet warna oren tu.

cara keluarkan duit shopeepay wallet 2021

 

Langkah 2 – Untuk keluarkan duit lebih anda tu, tekan icon ” Withdrawal ” dan kemudian, pilih bank akaun anda. Pastikan nombor akaun anda tu betul dan tepat okay. Jangan letak nombor akaun orang lain pulak :-). Nanti susah nak settle kan duit yang dah masuk ke akaun orang lain. naya tuu..

withdraw shopeepay azlan yussof 2021 1

 

Langkah 3 –  Pilih berapa amaun duit yang anda nak keluarkan dari wallet anda tu. Jika nak keluarkan semua sekali tanpa ada baki 1 sen pun, sila tick pada option ” Withdraw Current Balance (RMx.xx) . Kalau anda tak nak keluarkan semua, just masukkan berapa sahaja amaun yang anda nak keluarkan.  Lepas tu, tekan butang “Next”

withdraw shopeepay azlan yussof 2021 3.1

 

 

Langkah 4 – Di bahagian withdrawal ni, check semula amaun yang anda nak keluarkan, serta bank pilihan anda. Bila semua ok, terus tekan butang oren “Confirm”. Lepas tekan nanti, sah kan identiti anda sama ada dengan finger print authentication atau dengan ShopeePay Pin anda.

keluar duit shopee pay wallet 2021shopee pay malaysia

 

Langkah 5 – Selesai sudah. Ini lah details pengeluaran anda.Kebiasaan nya dalam 1-3 hari waktu bekerja okay. Just check akaun anda dalam 1-2 hari lagi. Jika ada masalah / sistem problem, sila contact customer service Shopee yer.

azlan shopee pay

Jika withdraw anda berjaya , anda boleh semak pada transaction details (contoh transaksi pengeluaran saya yang telah settle) . Ada di paparkan tarikh serta masa pengeluaran di selesaikan oleh pihak Shopee. Jadi, boleh lah anda check akaun bank anda untuk sah kan yang duit sudah masuk dalam akaun anda.

azlanyussof success shopee pay

 

Dah. Ini lah 5 langkah sahaja untuk anda keluarkan duit dari ShopeePay wallet anda. Mudah, senang & pantas. Namun, apa perlu buat jika duit yang withdraw tak muncul dalam akaun bank anda selepas 2-3 hari waktu bekerja ? Anda perlu hubungi Customer Service Shopee untuk mereka semak status pengeluaran anda dengan lebih details. Jika ada kesilapan pada nombor akaun ataupun bank reject process transfer duit anda, duit anda akan di masukkan semula ke dalam akaun ShopeePay anda.

Anda boleh keluarkan duit dari ShopeePay anda untuk tujuan :

  1. Jika anda ada kes return & refund, kebiasaan nya Shopee akan pulangkan duit anda ke dalam akaun ShopeePay. Jadi, boleh withdraw bila amaun refund sudah masuk.
  2. Anda terlebih top up duit ke dalam e-wallet Shopeepay anda
  3. Customer / kawan anda ada transfer duit ke akaun Shopeepay anda.

 

Apa-apa pun perlu semak dengan pihak Shopee untuk sebarang masalah berkaitan cara keluarkan duit spaylater anda yer. Ikut kan kebiasaan, duit akan masuk ke bank anda dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja.

 

11 Comments
  1. Nia says

    Kenpa acc bnk saya auto se default 😭😭

    1. MdAzlan says

      Maaf, tak faham apa itu “auto se default ” ?

      Thanks

  2. Fit says

    Kenapa account bank saya under review?

    1. MdAzlan says

      Mungkin Shopee tengah verify akaun cik dengan pihak bank.
      Jika masih under review selepas 3 hari waktu bekerja, cik perlu contact shopee customer service untuk maklumat lebih lanjut.

      Terima Kasih 🙂

  3. Shuhada says

    Macam mana boleh jadi rm170 sedangkan di withdraw rm1.14??

    1. MdAzlan says

      Hi cik

      Yang w/d RM1.14 tu hanya contoh step cara untuk w/d.. Saya tak keluarkan RM1.14 tu sebab sikit sangat.

      Yg RM170 tu saya tunjukkan transaksi yang dah berjaya saya keluarkan. Saya nak tunjukkan apa Shopee tunjukkan dalam apps bila kita dah berjaya keluarkan duit dr Shopeepay.

      Terima kasih singgah blog saya

  4. Najmi says

    Assalam kenapa acc bank sya under review shoppe paparkan

    1. MdAzlan says

      Wasalam. Kebiasaan nya utk process pengesahan akaun, memerlukan dalam masa beberapa hari waktu bekerja.
      Tetapi jika terlalu lama, boleh contact Shopee customer service untuk semakan lanjut apa issue yang berlaku.

      TQ singgah sini 🙂

  5. Lagunu Bin Lamuda says

    Nak trensp macam

  6. Fa says

    Salam..saya tersalah type nama n under review..so transaction berjaya ke X ..or MCM nm NK cancel balik..

    1. MdAzlan says

      Wasalam.
      Tak silap saya, janji no akaun tu betul.

      Thanks

Leave A Reply

Your email address will not be published.