Cara Upload Gambar di Instagram Guna Laptop
Senang jer cara upload gambar di instagram guna laptop . Serius, anda follow step saya di bawah, dan anda boleh terus upload gambar / video di instagram guna laptop. Cuma untuk tutorial ini, saya menggunakan Google Chrome sebagai browser kegunaan utama harian saya.
Tanpa buang masa, saya tunjukkan cara- cara upload gambar di instagram guna laptop / desktop. Anda juga boleh guna kan cara yang sama untuk upload video ke Instagram anda.
Cara Upload Gambar di Instagram Guna Laptop / Desktop
Anda akan dapat hasil seperti di bawah . Lihat pada butang + yang saya highlight kan, itu lah ikon yang sama dengan ikon untuk upload gambar di smartphone anda kan. Jika anda masuk log in biasa melalui website, anda tak akan dapat ikon + tu.
Sebelum – Guna Cara Biasa. Hanya boleh view sahaja.
Selepas – Boleh edit , upload video / gambar terus. Sama paparan seperti di smartphone
OK, follow step di bawah satu persatu ya.. Ikut turutan.
- Masuk ke lama web https://www.instagram.com dan login ke akaun Instagram anda.
- Klik pada ” tiga titik ” pada browser anda > Klik “More Tools” > Klik pada ” Developer Tools “
3. Klik pada butang ” gambar tablet/phone” seperti di bawah. Abaikan kod-kod yang di paparkan di bawah tu. Jangan sesekali usik kod tersebut. Nanti menyebabkan browser anda keluar error pulak.
4. Anda perlu klik butang “refresh” browser anda supaya paparan instagram anda bertukar ke mod developer untuk anda upload gambar / video ke akaun Instagram anda.
5. Selepas anda refresh browser anda, ia akan terpapar seperti di bawah. Jika ada ikon (+), tahniah, anda telah berjaya dalam cara upload gambar di instagram guna laptop / desktop . Mudah kan ?
Jadi, anda dah boleh mula kan upload gambar / video ke akaun Instagram anda. Fungsi sama seperti di smartphone anda. Ouh yaa..JIka anda tak suka tengok kod-kod pada browser anda tadi, anda hanya klik pangkah (x) di bahagian kod tersebut. Di bahagian kanan tengah. Jangan klik X pada browser pulak, nanti habis semua padam.
Kenapa ramai cari cara upload gambar di instagram guna laptop / pc / desktop ini ?
Sebab, ia memudahkan anda untuk create content ( gambar / banner / video / stories ) melalui aplikasi di PC anda atau dari online software dan terus uplod ke IG anda tanpa perlu nak transfer / bluetooth file tersebut dari PC ke smartphone terlebih dahulu. Buang masa kan.. Ada cara senang, buat apa nak susah-susah. Jimat masa dan paling penting, jimat memori smartphone anda.
P/S – Anda nak belajar laju kan sales anda melalui Instagram ? Recommended panduan di bawah ni. Terbukti sales saya naik selepas buat iklan di Instagram.
Jadi, saya harap, ini dapat membantu anda untuk lebih produktif dalam Instagram anda. Anda boleh share cara upload gambar di instagram guna laptop pada rakan-rakan anda ok. Jumpa lagi di akrtike lain.
Salam,
saya dah refresh tapi ikon (+) still tak keluar juga…masa awal2 saya guna boleh.
Bila lama cuba guna..ikin (+) tak muncul. Bagaimana nk dapat ikon tersebut. Terima Kasih
Waslaam cik.Saya ada try pagi ni pada browser Chrome, so far saya dapat lagi ikon + untuk tambah gambar. atau cik cuba clear chache browser, lepas tu cuba lagi sekali ikut step yang saya share. PAstikan dalam mode developer , dan tekan ikon kotak di sebela tab “elements” . Try semula.