Cara Tukar Kad Maybank Debit ATM Dah Expired

0 236

Kad Maybank nak expired ? Saya kongsikan cara tukar kad Maybank anda tu dengan cara yang paling senang tanpa perlu ambil cuti untuk ke bank atau cari mesin kiosk yang jauh ke bandar besar sana. Jadi, dengan cara renew kad ATM/debit Maybank melalui online lebih mudah dan boleh di percayai.

Saya sendiri telah menggunakan cara ni dan berjaya dapatkad baru serta sudah di aktifkan. Jadi, jangan risau berkaitan keselamatan penghantaran kerana ia di hantar melalui kurier serta hanya anda sahaja boleh mengaktifkan kad baharu anda tu nanti. Saya akan tunjukan dengan lebih details di bawah.

 

Cara Tukar Kad Maybank Debit Yang Akan atau Sudah Expired Secara Online Tanpa Perlu Baratur di Kaunter Bank

 

Anda perlu menggunakan browser sama ada Google Chrome / Edge atau apa sahaja browser kerana fungsi renew kad Maybank expired ini tiada di sertakan dalam apps Maybank2U / MAE (buat masa sekarang ketika artikel ini di tulis – Aug2022)

 

Langkah 1 – Login ke akaun Maybank anda dan klik pada bahagian/ tab “Card”. Di sini akan di paparkan kad debit anda. Klik pada bahagian ‘…’ dan klik pada tab ‘Replace, Activate & Block ‘.

replace active new card maybank debit

 

Langkah 2 – Selepas  anda klik pada tab ‘replace ,activate & block” , anda akan di bawa ke bahagian Setting ini. Klik pada ‘Manage Debit Cards’ , pergi ke tab/ bahagian ‘Debit card’ dan klik pada 3 titik di bahagian kanan ‘…’ , kemudian klik pada butang ” Replace Card ‘.

setting m2u for card debit

4

 

Langkah 3 – Isi kan semua maklumat yang di kehendaki dan semak semula alamat yamng anda masukkan supaya tidak salah alamat dan betul-betul sampai. Selepas selesai, tekan butang ‘Replace Card’ dan selesai. Anda hanya perlu tunggu sehingga kad anda sampai di alamat anda.

tukar kad maybank secara online

 

Selesai. Saya dah dapat kad baharu Maybank saya dalam masa 6 hari waktu bekerja. Kad ini di hantar melalui Pos Laju. Cara aktifkan kad juga sangat mudah. Boleh di buat melalui website Maybank2U atau jika anda ada di luar , boleh aktif kan di mana-mana ATM Maybank berdekatan. Kenapa anda perlu tukar kad Maybank anda segera sebelum tamat tempoh expired ?

  1. Supaya anda boleh terus gunakan kad ATM anda untuk pengeluaran duit.
  2. Tidak mengganggu urusan pembayaran anda.

More info : https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/cards/debit/debit-card-renewal.page?

Leave A Reply

Your email address will not be published.