Cara Tukar Alamat IC / Kad Pengenalan / MyKad

0 1,516

Dah tinggal lama dari tempat kelahiran asal anda? Boleh dah tukar alamat IC anda tu ikut alamat yang anda menetap sekarang. Macam saya , asal dari Negeri Sembilan, dan sekarang menetap di Johor atas faktor bekerja tetap di sini. Senang je nak tukar alamat IC / kad pengenalan / MyKad anda sebab tak perlu banyak dokumen yang pelik-pelik serta cepat tempoh proses oleh JPN. Saya tunjukkan cara bagaimana anda boleh tukar alamat pada kad pengenalan anda dengan mudah dan cepat.

Cara Mudah dan Cepat Tukar Alamat IC / Kad Pengenalan / MyKad

Jangan risau, saya dah buat proses tukar alamat IC ni di Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) di UTC berhampiran kediaman saya. Dalam 1 -2 jam (ikut waktu anda berusan tu ramai orang ke tak) dah siap dapat IC baru dengan alamat yang baru. Ada beberapa info di bawah yang anda perlu sedia kan sebelum anda hadir ke JPN:

  1. Syarat Permohonan
    1. Anda perlu lah hadir sendiri ke pejabat/kaunter JPN yang berhampiran.Namun, atas faktor Covid sekarang, anda perlu buat temujanji online ( JPB MyJanjiTemu ) terlebih dahulu di SINI
    2. Anda mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di Malaysia sahaja. Tidak boleh tukar alamat luar negara. Alamat tetap tersebut juga mesti lah alamat kediaman. Alamat pejabat, tempat bekerja,organisasi atau alamat peti surat (P.O.Box) adalah tidak di benar kan.
    3. Jika anda berumur bawah dari 18 tahun, anda perlu hadir bersama-sama dengan ibu, bapa atau penjaga.

 

2. Dokumen yang anda perlu sedia kan & bawa semasa permohonan.

  1. Kad pengenalan (Asal)
  2. Dokumen sokongan – Bil elektik / Bil Air / Bil Pembentungan / Bil Utiliti / Cukai Tanah / Cukai Taksiran / Borang Taksiran Cukai Pendapatan / Perjanjian Jual Beli Rumah / Dokumen Sokongan dari Penghulu/Ketuan kampung/Tuai Kampung/ADUN/ Ahli Parlimen/Majikan/Angkatan Tentera Malaysia (ATM) . Dokumen ini mesti lah yang ASAL dan sila buat satu salinan untuk di serahkan kepada staff JPN di kaunter.

 

3. Bayaran untuk penukaran kad

  1. Untuk Warganegara – Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baharu : RM10.00
  2. Bukan Warganegara – Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baharu : RM40.00

 

dokumen tukar alamat ic mykad kad pengenalan JPN 2023

Berapa lama proses tukar alamat IC ni ? – Saya selesai urusan saya dalam masa 1 Jam sahaja. Memang cepat. Petugas kaunter JPN sangat cekap buat kerja. Jadi, proses nya lancar dalam tempoh 1 jam. Namun, proses ini bergantung kepada masa yang anda datang ke JPN tersebut, time ramai orang, memang ambil masa lama. Kalau tak ramai, memang kebiasaan nya sekejap saje. Paling confirm, 1 hari dah siap.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh terus layari laman rasmi JPN di sini : Gantian Alamat Pada Kad Pengenalan

Leave A Reply

Your email address will not be published.