Cara Transfer Duit CIMB ke ASB Tanpa Ke Bank
Sebelum ni saya ada tunjukkan cara transfer duit CIMB ke Tabung Haji, jadi untuk kali ini, saya nak share pula bagaimana anda boleh masukkan duit simpanan anda ke akaun ASB pada bila-bila masa tanpa perlu pargi ke bank/pejabat pos. Saya memang setiap bulan akan masukkan sekurang-kurang nya 5% dari jumlah gaji saya sebagai simpanan ke ASB. Inshallah, awal tahun depan dapatkan sedikit duit bonus / dividen dari ASB. Jadi nampak lah duit yang kita simpan tu berkembang, berbanding beli barang yang bukan keperluan yang tidak memberikan apa-apa faedah kepada kehidupan seharian kita.
Seperti yang kita tahu, kebanyakkan rakyat Malaysia tiada simpanan yang mencukupi untuk menampung keperluan bulanan mereka jika ada kes kecemasan, di berhentikan kerja serta merta ataupun kos-kos berkaitan kesihatan keluarga. Jadi, saya secara peribadi nya menyeru semua pembaca blog saya ini untuk mula buat simpanan kecemasan dengan segera. Kurangkan hutang dan ganda kan simpanan untuk jaminan masa depan anda & keluarga.
Okay, kita sambung semula cara transfer duit CIMB ke akaun ASB anda 🙂
Cara Transfer Duit CIMB ke ASB Anda Tanpa Perlu Ke Bank / Pejabat Pos
Langkah 1 – Login ke akaun CIMB anda . Cara transfer duit CIMB ke ASB ini hanya boleh buat di website official CIMB Clicks sahaja ok, masih belum support untuk di buat di aplikasi. Di bahagian Menu tab kiri screen anda, pilih “Apply & Invest”. Kemudian klik pada ASNB Subscribe.
Bila ada pop up untuk tax residency (CRS & FACTA) Declaration – anda klik pada butang ‘Yes’ dan kemudian tekan ‘Submit’. Ini hanya untuk declare yang anda bukan warga luar negara dan tak perlu bayar tax. Jangan bimbang.
Langkah 2 – Di bahagian ASNB – Subscription ini, pilih ‘Yes’ pada bahagian Declaration , dan tekan butang ‘Next’. Ouh yaa, untuk anda yang pertama kali nak transfer duit CIMB ke ASB , anda perlu setup/link dahulu akaun ASB anda di bahagian setting akaun CIMB anda. Jika dah ada, boleh terus pilih nama akaun ASB anda.
Langkah 3 – Di bahagian kedua ASNB-Subscription ini, pilih akaun CIMB anda yang nak di transfer, masukkan amaun jumlah wang yang anda nak pindahkan ke akaun ASB anda. Kemudian, pilih ‘Yes’ di bahagian Declaration dan seterus nya, klik Submit untuk teruskan transaksi anda.Di bahagian ‘My Details’ tu adalah nombor phone yang berdaftar dengan ASB. Ini sama macam cara keluarkan duit dari ASB secara manual yang mana anda perlu tulis nombor phone anda pada borang tersebut.
Langkah 4 – Ini bahagian pengesahan dari CIMB . Sila semak semua info yang berkaitan, dan jika semua sudah ok, boleh terus klik ‘Confirm’ untuk teruskan transaksi . Dengan ini, selesai sudah bagaimana cara transfer duit CIMB anda ke ASB tanpa perlu beratur di pejabat pos atau kaunter bank.
Info : Anda akan di caj sebanyak RM1 yer dari akaun CIMB anda sebagai yuran processing. Jadi jika nak jimat, anda boleh transfer sekali jalan duit anda dalam satu masa.
Berapa lama tempoh duit tersebut akan masuk ke akaun ASB anda ?
- Duit yang anda transfer tersebut akan masuk ke akaun ASB anda dalam tempoh 1 hari waktu bekerja. Bermakna, jika anda transfer pada hari Selasa, duit tersebut akan keluar dalam akaun ASB anda pada hari Rabu. Jika anda buat transaksi pada hari Jumaat, anda boleh check akaun ASB anda pada hari Isnin depan.
Tak susah pun kan cara transfer duit CIMB ke akaun ASB anda kan. Tak perlu buang masa untuk ambil cuti untuk ke bank / pejabat pos untuk masukkan duit ASB anda. Boleh di buat pemindahan ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Jadi, anda dah boleh mulakan simpanan anda di ASB kerana, bila anda buat simpanan di ASB (baca : Hukum Simpanan ASB), agak sukar / leceh nak keluarkan duit anda tersebut, berbanding dengan simpan di akaun bank biasa, lagi-lagi yang ada menggunakan kad. Senang nak keluarkan di mana-mana mesin ATM kan 🙂 . Jom simpan duit untuk persediaan masa kecemasan anda & keluarga.
Terima kasih kongsi imfo
Sama-sama . 🙂