Cara Top Up Touch n Go melalui CIMB Clicks
Ada lagi satu lagi cara top up touch n go yang lebih cepat iaitu terus melalui CIMB Clicks. Jika sebelum ni, untuk tambah nilai anda perlu buat beberapa step sebelum nilai top up anda tu berjaya masuk ke akaun touch n go anda (refer di sini : Reload Kad TnG NFC ) , jadi dengan cara terbaharu ni, lagi mudah lah anda untuk top up baki kad TnG anda.
Seperti yang saya saran kan sebelum ini, sila tukar kad lama Touch n Go anda kepada kad TnG yang menyokong NFC kerana ia sangat memudahkan anda untuk tambah nilai baki kad touch n go anda tanpa ada perlu tercari-cari kedai serbaneka atau petrol station lagi. Saya faham, memang leceh kan kalau pakai kad yang lama tu. Untuk cara top up Touch n Go secara online, anda perlu guna kan kad TnG yang baharu ok. Kad lama tak boleh top up online yer.
Jadi, jom saya tunjukkan anda bagaimana nak tambah nilai kad TnG anda secara online sahaja.
Cara Top Up Touch n Go melalui CIMB Clicks
- Buka aplikasi Touch n Go e-wallet di smartphone anda.
- Di bahagian dashboard, klik pada butang ‘Reload’ di penjuru atas kiri.
- Scroll ke bawah dashboard apps TnG anda, anda akan jumpa lambang DuitNow. Jadi, copy nombor DuitNow tersebut. Lebih mudah anda save di mana-mana aplikasi notes di smartphone anda.
- Buka aplikasi CIMB Clicks anda dan klik di bahagian Transfer.
- Di page Transfer Money, masukkan nombor DuitNow yang anda dah copy dari aplikasi ewallet Touch n Go anda tadi di bahagian ” Recipient Account no/ DuitNow ID ” .
- Untuk Transfe Type, pilih option ” To Other Bank or E-Wallet”
- Untuk tab ‘Bank Name’ , pilih ‘Touch n Go eWallet ‘
- Kemudian, masukkan amaun wang yang anda nak reload kan kad touch n go anda. Setelah semak semua info & betul, anda boleh klik butang ‘ Transfer Money ‘ untuk melengkapkan transaksi anda.
- Duit yang anda top up akan terus di masukan ke dalam akaun e-wallet anda. Jadi, cara top up touch n go anda sama seperti biasa, semasa pembayaran untuk reload kad anda, pilih pembayaran dari e-wallet Touc n Go anda. Settle.
