Cara Senang Semak Poslaju Rate 2020
Ini Poslaju Rate Untuk Tahun2020 yang boleh anda rujuk sebelum hantar parcel anda ke Pos Laju. Cara semak Poslaju Rate 2020 ni sangat mudah dan cepat. Jika anda tidak pasti berapa harga pos laju yang anda patut bayar nanti, lebih baik untuk check / semak rate pos laju terlebih supaya anda boleh standby duit postage .
CARA SEMAK POS LAJU RATE UNTUK TAHUN 2020
Langkah 1 – Masuk ke sini : https://track.pos.com.my/postal-services/quick-access/?calculate-postage
Langkah 2 – Masuk kan details item yang anda hendak hantar.Pastikan poskod dan berat yang anda masukkan adalah tepat untuk pengiraan yang tepat.
- Pilih butang Pos Laju untuk menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Ini untuk penghantaran barang. Jika dokumen biasa, anda boleh gunakan mail sahaja.
- Negeri yang anda menetap.
- Negeri yang anda hendak hantar bungkusan tersebut
- Masukkan berat bungkusan anda dalam unit kilogram (KG) . Jika berat item anda dalam 650gram, masukkan 0.65 dalam ruangan tersebut.
- Masukkan poskod alamat pelanggan anda.
- Setelah selesai dan detail yang betul, tekan butang submit. Anda akan di berikan jumlah bayaran anggaran yang akan anda bayar di kaunter nanti.
Ini contoh anggaran bayaran yang perlu anda bayar berdasarkan details yang anda masukkan tadi :
Namun, cara ini boleh di gunakan untuk parcel yang kecil / atau tidak terlalu besar. Ini kerana, mana-mana kurier di dunia ini akan menggunakan pengiraan secara volumetrik untuk parcel yang bersaiz besar , panjang atau lebar . Ini masalah yang selalu terjadi bila anda hantar parcel yang ringan , tetapi tiba-tiba perlu bayar kos penghantaran yang lebih tinggi dari yang anda jangka . Jadi, sila pastikan anda menggunakan cara pengiraan yang betul .
Cadangan saya untuk dapatkan poslaju rate yang lebih tepat :
- Parcel saiz kecil dari segi panjang, lebar dan tebal parcel, anda boleh gunakan terus pengiraan menggunakan berat (gram / kg ) – Ini lebih murah.
- Walaupun berat parcel anda lebih ringan, tetapi parcel tersebut agak panjang, lebar dan tebal, anda wajib gunakan pengiraan berasaskan ukuran (volumatrik) – Anda perlu bayar lebih mahal dari biasa. Contoh, anda jual cadar / tilam toto / bantal hotel / bubble wrap / mainan budak-budak besar seperti gelongsor dan lain-lain.
Anda di nasihatkan untuk check dahulu PosLaju Rate yang terkini sebelum membuat penghantaran bungkusan anda kerana, ia akan berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi negera / kenaikan harga postage sedunia dan pelbagai faktor lain.