Cara Semakan Pengeluaran Khas KWSP 2022

0 462

Ini cara semakan pengeluaran khas KWSP yang anda mohon bermula 1-April-2022 lepas. Ini juga adalah pengeluaran terakhir dari simpanan akaun 1 KWSP anda yang boleh di keluarkan selepas kerajaan membenarkan pengeluaran demi membantu kelangsungan hidup rakyat Malaysia akibat kesan dari COVID-19 serta banjir di seluruh negara sekitar bulan Jan-Feb yang lepas.

 

Jadi, bagi anda yang terkesan dengan pandemik dan memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan seharian anda, ini lah peluang yang anda boleh gunakan untuk mengeluarkan simpanan KWSP anda, cuma perlu di ingat, ini adalah simpanan hari tua anda, jadi perlu pertimbangan yang baik supaya pengeluaran ini tidak memberi kesan besar selepas anda bersara dari bidang pekerjaan kelak. Mungkin ada yang akan marah dengan kenyataan saya ni, tetapi itu lah yang perlu di pertimbangkan. Jika betul-betul perlu, sila ambil kesempatan keemasan ini, dan jika tidak ada keperluan mendesak atau nak keluarkan duit tersebut untuk membeli kehendak seperti Iphone 13 Pro Max, di harap pertimbangan kan sewajar nya yer untuk keluarkan.

 

Ok, kita sambung dengan topik utama kita.

Cara Semakan Pengeluaran Khas KWSP Akaun 1 RM10’000 Secara One Off Pada Tahun 2022

epf 10k 16 mar 2022

 

Secara ringkas nya, ini antara syarat untuk pengeluaran khas ini :

  1. Kelayakan memohon – Ahli KWSP yang berumur 55 Tahun ke bawah & mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurang nya RM150 dalam akaun KWSP.
  2. Berapa amaun boleh keluarkan ? – Maksimum RM10’000 secara one-off.
  3. Bila tempoh pengeluaran ? – Bermula 1 ~ 30/April/2022 sahaja. Anda tidak boleh cancel kan permohonan selepas anda submit application anda.
  4. Cara nak mohon ? – Permohonan hanya boleh di buat secara online sahaja iaitu di :- https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ 
  5. Bila duit akan di masukkan dalam akaun ? – Bayaran akan di buat bermula 20- April 2022

Untuk lebih lanjut, sila rujuk pada pautan ini : FAQ KSWP 10K

 

Cara Semakan Pengeluaran Khas KWSP – Lulus atau Tidak ? 

cara semakan pengeluaran khas kwsp epf rm10k 2022

Anda boleh menyemak status permohonan pengeluaran anda bermula dari 9/April/2022 di portal / laman khas pengeluaran KSWP iaitu di :- https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/check-status

Masukkan no kad pengenalan serta nombor telefon anda untuk meneruskan semakan. Jika lulus, tahniah dan gunakan duit hasil titik peluh anda tersebut untuk keperluan diri dan keluarga.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.