Cara Renew SSM di BSN
Cara Renew SSM di BSN . Semua peniaga di Malaysia di wajibkan untuk mempunyai sijil pendaftaran perniagaan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum memulakan sesuatu perniagaan sama ada perniagaan secara offline (kedai, bengkel, stor dan lain-lain) ataupun online (Facebook, website, Instagram dan lain-lain).
Ini adalah untuk memastikan syarikat yang berdaftar ini adalah syarikat yang menjalankan perniagaan secara sah di sisi undang-undang Malaysia dan secara tidak langsung, ia akan mengurangkan kes-kes penipuan kepada pengguna. Jika anda baca di dada-dada akhbar tempatan , terdapat banyak skim cepat kaya, penipuan pembelian secara online , penipuan pre-order telefon pintar atau pelaburan haram yang meragukan.
Tapi yang pelik nya, walaupun dah di laporkan di media-media seperti surat khabar / berita televisyen, namun masih ramai rakyat kita yang terjebak dengan skim-skim seperti ini. Mungkin mereka terlalu banyak duit sampai tak tau nak guna pada jalan yang mana…dan akhirnya, terpilih jalan hitam ..gelap masa depan..hehehe.. 🙂
OK..berbalik kepada topik asal kita tadi iaitu cara renew SSM di BSN …
Buat anda yang tinggal jauh khas nya dari kawasan pekan kecil /luar bandar , mungkin agak sukar mencari masa dan perlu ambil cuti untuk renew lesen perniagaan SSM anda kan.. dan kebiasaan nya pula , pejabat rasmi SSM ini pulak berada di bandar-bandar besar (rujuk lokasi pejabat SSM seluruh Malaysia di : Lokasi SSM )
Namun, kini tak perlu risau lagi ..Di sebabkan mereka prihatin dengan permasalahan tersebut, Â pihak SSM telah bekerja sama dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memudahkan anda renew lesen SSM anda melalui kaunter bank BSN sahaja.Ia lebih mudah dan menjimatkan masa anda.
CARA RENEW SSM DI BSN SELURUH MALAYSIA
- Cari cawangan Bank Simpanan Nasional yang paling berdekatan dengan rumah / kawasan perniagaan anda. Untuk mengetahui di mana lokasi branch BSN terdekat, anda boleh semak nya di sini:Â BSN Branch Location Malaysia
- Minta borang untuk renew SSM dari kaunter / pegawai pelanggan dan borang ini di berikan secara PERCUMA.
- Borang renew lesen SSM di BSN ini sangat ringkas. Untuk anda yang nak memperbaharui tempoh lesen untuk tahun berikut nya, hanya anda perlu “tick” pada berapa tahun yang anda nak perbaharui sama ada 1 tahun , 2 tahun atau sehingga 5 tahun (bergantung kepada bajet anda). Minimum 1 tahun, tetapi jika anda malas nak pergi balik untuk renew atau takut terlupa , renew sahaja untuk 5 tahun terus 🙂 .
4. Sediakan wang secukup nya. 🙂 . Untuk tahun 2016 , saya renew untuk 1 tahun sahaja dulu. Harga untuk renew sijil / lesen SSM anda untuk tempoh 1 tahun adalah RM63.71 sahaja untuk satu nama syarikat (harga termasuk GST). Sebenarnya ,kos perbaharui SSM untuk tempoh 1 tahun adalah RM60. Lagi RM3.71 adalah GST . Berapa harga untuk perbaharui sijil SSM anda ?
- Perniagaan (nama sendiri) – RM30.00Â setahun
- Perniagaan (nama tred)Â Â Â Â – RM60.00Â setahun
P/S : Nama sendiri merujuk kepada nama perniagaan yang menggunakan nama anda sendiri sebagai nama syarikat. Sementara nama tred adalah nama yang anda pilih bersesuaian dengan konsep perniagaan anda (bukan menggunakan nama sendiri)  seperti Cergas Hebat Enterprise, atau Hensem Gebu Resources. Ikut lah pada kesesuaian perniagaan anda.
5. Serahkan borang yang telah anda isi ke kaunter dan pegawai bank akan settle kan untuk anda. Sekejap sahaja proses untuk renew. Selepas itu, sila berniaga dengan gembira dan senang hati yer 🙂
HANYA BOLEH RENEW SSM DI BSN SAHAJA KE ? ATAU ADA ALTERNATIF LAIN ?
Cara alternatif lain untuk renew lesen SSM anda adalah :-
- Anda boleh renew lesen SSM anda melalui Bank Rakyat (cawangan terpilih – tidak semua ada ) jika tiada Bank Simpana Nasional berhampiran dengan anda. Rujuk :- Bank Rakyat SSM Renew
- Bagi anda yang memang malas nak beratur, pergi ke bank/pejabat SSM, nak tunggu no giliran di panggil , atau dah tak sempat dah nak ke bandar, Â anda boleh renew lesen SSM anda melalui online sahaja di laman web rasmi SSM di :-Â http://ezbiz.ssm.com.my/
Ouh ya, ada berita baik jika anda seorang pelajar yang ingin mendaftar pernigaan anda. Yer lah..sekarang berniaga melalui online saje kan..modalkan internet dan laptop, student pun boleh jana pendapatan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pinjaman / duit mak ayah. Mulai 1-Jan-2017 , kerajaan menyediakan geran RM10Juta untuk galakkan pelajar universiti berniaga.
Dan juga, anda layak untuk mendapat manfaat dari geran ini apabila anda kini boleh mendaftar kan perniagaan anda secara PERCUMA melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) . Maklumat lanjut , sila rujuk :-Â Berita Harian : SSM Daftar PercumaÂ
Jadi, ambillah peluang ini untuk anda belajar berniaga dan sedikit sebanyak dapat membantu anda menampung kos pengajian anda tanpa mengharapkan duit mak ayah anda. Belajar berdikari yer 🙂 ..Ramai student yang dah berjaya , yang penting….APA TINDAKAN ANDA..  Tak start, tak dapat apa-apa lah..
Cara Renew SSM di BSN amat mudahkan ? Kebiasaan nya, BSN ada banyak di kawasan luar bandar. Jadi, Selamat berniaga semua.
assallamualaikum en azlan,
aadakah memerlukan sijil ssm yg asal semasa revewal dibuat.
terima kasih tuan, perkongsian info yang amat bermanfaat sepenuhnya kepada peniaga2 baru yang nak renew ssm ni. Agak pening juga pada mulanya.
Dah lama2 nanti biasalah tu. 🙂
Kalau lesen dh mati lame.. Kne denda ke mase renew ssm?
Jika dah mati lebih setahun, perlu buat SSM yang baharu.
Jika terlewat dari tarikh tamat bawah 1 tahun , ada denda perlu di bayar.. Rujuk di laman web rasmi SSM.. ada yang kongsikan berapa harga denda.
Lagi lama mati,lama tinggi denda nya.
Selalunya kalau ada kad oku macam saya renew SSM kat pejabat SSM free,klau renew kat bsn sama juga ka?
Yes. Boleh encik
Assalmualaikum Tuan Azlan ,terimakasih atas pencerahan info tersebut…
Waalaikumsalam.Sama-sama
Saya dari 2017 xrenew masih boleh renew balik ke? Ke kena daftar ssm baru
Cik perlu buat daftar baharu. Maksima 1 Tahun sahaja dari tarikh tamat lesen.
Boleh terus dapat sijil ssm tak? Atau kena pergi ssm utk dapat sijil
BSN akan print out terus sijil yang baharu. Tak perlu ke SSM . Terima kasih
Terima kasih info
Sama2 🙂 . TQ kerana singgah di blog saya ni
Mcm mne klau renew by owner kita ni error. Sbb sy try byk kali asyik error je😅
Jika nak renew online di SSM Biz , cik perlu daftar dulu dengan SSM untuk verfication.
Semasa musim pandemik ni,mereka boleh buat verification melalui online sahaja tanpa perlu ke pejabat SSM seperti sebelum ini.
Terima kasih