fbpx

Cara Pos Barang Serendah RM5 Sahaja

4 78

Ini cara pos barang serendah RM5 sahaja untuk satu parcel anda. Jimat banyak bila anda guna cara pos barang yang akan saya kongsi kan ini. Kebiasaan nya, untuk waktu biasa, anda perlu bayar anggaran RM10 / parcel, tetapi dengan cara pos barang di bawah, anda sudah jimat sebanyak RM5. Best ke best ? 

Nota : Cara ini menggunakan Pos Laju sebagai kurier dan berat bungkusan maksima hanya 1KG dan ke bawah sahaja. Jika lebih dari 1KG, anda perlu bayar ikut rate biasa.

 

CARA POS BARANG SERENDAH RM5 SAHAJA UNTUK SATU BUNGKUSAN

Cara Pos Barang Rm 5 Semasa Pkp Pos Laju Send Parcel

Cara nya adalah, anda boleh berjimat banyak dengan menggunakan dan membuat tempahan untuk bungkusan anda dengan Sendparcel by Pos Laju

Bagaimana Pos Laju boleh bagi promosi serendah RM5 untuk satu bungkusan ? 

Ini adalah berdasarkan pengumuman dari kerajaan semasa pakej ransangan ekonomi COVID-19 di bentangkan kepada rakyat.  Inisiatif Pakej prihatin untuk industri perkhidmatan pos dan kurier telah bermula pada 15 April 2020 sehingga 15 Oktober 2020. Pakej ransangan ini untuk mengalakkan ramai usahan tempatan terutama dari industri luar bandar, industri kecil untuk bermula menceburi diri dalam perniagaan dalam talian (online) untuk menambahkan lagi pendapatan semasa pandemik COVID-19 . 

Jadi, ini lah sebab nya bagaimana anda boleh menikmati penjimatan untuk pos barang anda sepanjang tempoh pakej prihatin untuk usahawan ini berlansung . Sebelum saya tunjukkan cara pos barang serendah RM5 ini, anda perlu pastikan dahulu : 

  1. Bungkusan yang anda hendak hantar bukan lah barangan yang merbahaya / mudah pecah / cecair atau barang larangan untuk kurier (sila rujuk item-item larangan di bahagian terma dan syarat website kurier tersebut) 
  2. Pastikan berat bungkusan anda TIDAK MELEBIHI 1 KILOGRAM selepas pembungkusan. Bermaksud, anda perlu bungkus / balut dengan baik serta gunakan bubbel wrap lebih baik untuk pastikan bungkusan anda tahan lasak serta di terima oleh pelanggan dalam keadaan baik / tidak kemek / tidak pecah. Selepas dah siap balut / bungkus, baru lah anda timbang ok.  Sebab ada parcel yang selepas bungkus, berat nya lebih dari timbangan asal. 
  3.  Sebaik nya, guna plastik untuk balut bungkusan anda kerana ia lebih selamat , tidak mudah koyak serta selamat dari terkena percikan air. 

Cara Pos Barang Semasa Pkp Covid 19

Jom kita mulakan cara pos barang serendah RM5 

Cara # 1 – Masuk ke portal rasmi perkhidmatan SendParcel by PosLaju di sini : SEND PARCEL POS LAJU 

Cara # 2 – Klik pada “Sign-Up” untuk membuat pendaftaran baharu . Jika untuk masa akan datang, apabila anda sudah pun mendaftar, anda boleh terus login untuk akses ke dashboard SendParcel anda. 

Cara Pos Barang Dengan Pos Laju Send Parcel

Masuk kan semua maklumat yang di kehendaki dan terus klik register apabila anda sudah selesai masukkan maklumat tersebut. 

 

Cara # 3 – Log In semula selepas selesai pendaftaran dan anda akan masuk ke bahagian dashboard seperti di bawah ini.  Untuk menggunakan Sendparcel ini, ia berkonsepkan ” top up , bayar dan hantar ” . Bermakna, anda perlu top up dahulu akaun send parcel anda sebelum boleh buat tempahan bungkusan anda. 

Cara Pos Barang Dengan Pos Laju Send Parcel Dashboard

Ada beberapa butang yang akan biasa kita gunakan nanti iaitu : 

  1. Butang “Choose Package” untuk anda top up akaun anda . 
  2. Butang ” Create” untuk anda mulakan process tempahan bungkusan anda.
  3. Butang “Cart” untuk anda lihat kembali details bungkusan yang dalam process pembayaran. 

Butang-butang yang lain, saya jarang gunakan. Anda boleh explore apabila anda ada masa terluang. 

Send Parcel Top Up PackageAmaun top up pula bermula dari RM50 sehingga lah RM20’000 . Lagi banyak anda top up, lagi banyak bonus yang akan anda dapat. Tapi untuk permulaan, anda boleh mula dengan RM50 dahulu. Ini pun anda dah boleh dapat 10 parcel . Jika guna cara manual / biasa, kos nya mungkin sampai RM90 ~ 100 untuk 10 bungkusan. Sebab tu cara pos barang dengan Send Parcel ini memang berbaloi. 

 

Cara #4 – Dah boleh mula untuk masukkan alamat pelanggan anda di borang . Klik pada butang “Shipment” dan tekan ” create Single Shipment” untuk buat satu order / bungkusan.Atau jika anda ada banyak bungkusan, memang leceh nak isi borang Pos Laju ni satu-satu kan.Jadi, guna kan fungsi ” Create Bulk Shipment ” untuk buat sekali jalan. Jimat masa. Saya tunjukkan cara pos barang RM5 ni dengan fungsi “single shipment’ ya. 

Cara Pos Barang Dengan Pos Laju Send Parcel Dashboard Single

  •  Parcel Details : Pastikan anda pilih “Domestic” untuk penghantaran dalam negara Malaysia. 
  • Send Method : Ada 2 cara untuk bungkusan anda di hantar. “PickUp” bermakna, bungkusan anda akan di ambil sendiri oleh pihak Pos Laju. Wakil mereka akan datang ke alamat anda untuk ambil bungkusan anda. Jadi, memang mudah lah . Anda duduk rumah, Pos Laju datang ambil bungkusan anda. Untuk “Drop Off” pula, ini untuk anda hantar sendiri terus ke pejabat Pos Malaysia yang berhampiran dengan anda. Ini sesuai jika anda perlu hantar bungkusan anda dengan cepat. 
  • Content Type : pilih kategori barang yang anda hendak di hantar. 
  • Type : Jika bungkusan anda adalah barang bukan dokumen, anda pilih parcel. Jika anda nak hantar dokumen sahaja, pilih dokumen. 
  • Weight (KG) : Anda perlu masukkan berat bungkusan yang anda hendak hantar. Sebaik nya, selepas siap packing, baru anda timbang berat bungkusan tersebut untuk elakkan lebihan bayaran yang akan di caj oleh pihak Pos Laju
  • Content Value (RM) : Nyata kan nilai barang yang anda hendak pos. Ini untuk anda declare value jika hendak claim insuran di masa akan datang (jika barang anda hilang semasa penghantaran)
  • Dimension : Jika parcel anda kecil , tidak perlu masukkan nilai ukuran parcel tersebut. Jika besar, ya, anda wajib masukkan sebab pengiraan harga parcel bergantung kepada saiz sesuatu parcel.
  • Content Description : Nyata kan apakah barang yang anda pos. Jika anda pos kasut, tulis sahaja “Kasut sebagai contoh. 

Cara Pos Barang Dengan Pos Laju Send Parcel Dashboard Single 2

  • Di bahagian di atas, anda masukkan details nama dan alamat anda (kiri) serta nama dan alamat pelanggan anda di bahagian kanan. Ada fungsi “Save as Address Book” jika anda hendak gunakan alamat tersebut di masa akan datang tanpa perlu taip kembali. 

Cara Pos Barang Dengan Pos Laju Send Parcel Rm5

Setelah dah masukkan semua details pelanggan anda, sistem Send Parcel Pos Laju akan nyatakan jumlah yang anda perlu bayar dalam sistem mereka. 

Cara Pos Barang Dengan Pos Laju Send Parcel Cart

Setelah anda klik add to cart , anda akan di bawa ke bahagian ” Cart” untuk details semua shipment anda. Jika anda nak ubah details alamat pelanggan , boleh klik pada bahagian ” Action” dan tekan pada “More” . Ada butang untuk ” Change Details” yang anda boleh ubah nama, alamat pelanggan. Mungkin ada kesilapan kan.  Jika anda tak nak teruskan parcel ini, anda boleh “Delete” parcel . Jangan risau, kredit anda tidak akan di tolak. 

Cara Pos Barang Dengan Pos Laju Send Parcel Dashboard Edit DetailsSetelah selesai dan anda sudah check details pelanggan anda semua nya betul, anda perlu klik ” Select All” , kemudian anda klik pada butang ” Checkout” untuk terus ke proses pembayaran bungkusan Pos Laju anda ok. 

 

Cara #5 – Cara cos barang lebih mudah sekarang sebab, selepas anda buat pembayaran, sistem SendParcel akan terus beri fail dokumen yang anda perlu print dan tampal / masukkan dalam plastik poket bungkusan anda.  Anda akan di beri format A4 yang mempunyai dua bahagian. Satu bahagian untuk anda lekat/ tampal di permukaan parcel anda dan lagi satu bahagian anda perlu serahkan kepada staff Pos Malaysia di kaunter / van pick up. 

Apa item yang anda perlu anda bila anda nak guna kan cara pos barang online macam ni ? 

  1.  Barang yang anda hendak pos. Di sebab kan terhad untuk bawah 1 KG sahaja, maka item tersebut biasa nya kecil sahaja
  2. Bubble Wrap – untuk balut item anda supaya tidak mudah kemek / pecah.Lagi tebal lagi bagus dan selamat.
  3. Plastik pembungkus – Ini anda boleh cari dalam online seperti di Shopee. Taip sahaja ” Plastic Courier with Pocket ” 
  4. Pocket CN Pouch – Ini untuk anda masukkan kertas yang anda sudah print tadi dan tampal ke atas bungkusan anda. Pouch ini juga anda boleh cari dalam Shopee. 

Ini contoh parcel saya yang sudah siap di bungkus dan sedia untuk penghantaran ke Pos Laju.

 

Selesai tugas kita hantar parcel kepada pelanggan kita. 

Cara Pos Barang Dengan Pos Laju Send Parcel HistoryAndai kata anda nak semak semula status penghantaran bungkusan anda, anda boleh terus klik ke bahagian “Shipment” – “Shipment History” . Di sini akan di paparkan status parcel yang anda sudah hantar ke pos office . Untuk “In Transit” bermaksud, parcel anda masih dalam process penghantaran , dan jika sudah bertukar ke “Delivered”, bermakna bungkusan anda sudah selamat sampai ke tangan pelanggan anda. 

Cara Pos Barang Dengan Pos Laju Send Parcel Status Pos

Mudahkan cara pos barang guna SendParcel by Pos Laju ? Online kan sahaja cara pos barang anda untuk tahun 2020 ni. Kita beralih arah kepada perniagaan digital . Jika dahulu, banyak kerja untuk pos sesuatu barang, terpaksa guna cara pos barang manual seperti isi borang, perlu beratur atau perlu keluar ke pejabat pos yang jauh dari rumah. Dengan SendParcel ini, anda siapkan bungkusan anda, dan buat tempahan online, pihak Pos Laju akan datang ambil bungkusan anda tanpa anda perlu keluar dari rumah. 

Saya harap dengan pekongsian berkaitan cara pos barang pada harga rendah ini dapat membantu menjimatkan kos operasi peniagaan anda. Namun, perlu di ingatkan,untuk Pos Laju Malaysia, promosi harga RM5 / 1KG ini terhad sehingga 31/Oktober/2020 sahaja. Selepas tamat tempoh promosi ini, anda akan di caj mengikut harga biasa di SendParcel. Namun jangan risau, harga di SendParcel masih rendah berbanding anda bayar di kaunter. 

Jadi, anda akan pilih cara pos barang manual atau online untuk business online anda ? 🙂 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

4 Comments
  1. irfan says

    Salam encik, saya ada dua soalan mengenai keperluan untuk pos barang guna sendparcel ini.

    Soalan 1 : bukan ke plastic courier with pocket dengan pocket cn pouch sama ke?

    Soalan 2 : bukan ke dah cukup dengan adanya flyers poslaju ke?

    1. MdAzlan says

      Wasalam

      1- Tak sama. Plastick with pocket lebih mudah guna. PN Pouch pula lebih untuk guna pada item yang lebih besar / untuk di tampal pada kotak. Pos juga guna pouch CN untuk item yang bersaiz besar.
      2 – Yes. Memadai pos laju flyers. CUma ada flyers yang di jual dengan lebih murah dari flyers pos.. So, jika org niaga, lebih baik ambil flyers yang lebih murah.

  2. irfan says

    Salam encik, saya ada satu soalan lagi,…..yg RM5 ni utk caj postage je kan x termasuk sekali dengan flyers ke? maksudnye flyers tu kena beli asing dan siap2 sblm pos ke? maaf saya baru dalam dunia bisnes ni hehe

    1. MdAzlan says

      Wasalam. Yes. Benar.
      Kos untuk postage sahaja. Tidak termasuk kos packaging . Itu perlu di beli secara berasingan sebelum tuan buat tempahan pos.

      Semoga maju jaya tuan. 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.