Cara Pos Barang Guna J&T Express Paling Mudah

0 1,983

Ini cara pos barang guna j&t express yang saya selalu guna dan paling cepat sebab saya dah standby semua nya awal-awal. Jadi, bila dah di kaunter J&T, saya terus bagi parcel & bayar. Senang tau, tak perlu nak tunggu akak kaunter key in semua.

Bagaimana cara nya ? OK. saya guna apps J&T Malaysia untuk booking parcel yang saya nak hantar. Cuma sebelum tu, pastikan barang anda sudah di bungkus dengan elok, sebaik nya masukkan dalam kotak atau plastik supaya brang anda tu tidak rosak semasa proses penghantaran. Kita tidak boleh harapkan pihak kurier jaga barang kita dengan begitu baik, tetapi kita sebagai penghantar perlu protect barang kita untuk minima kan kerosakan semasa proses penghantaran.

Cara pos barang guna J&T Express dengan mengguna kan apps J&T Malaysia

 

Ini contoh barang yang saya nak pos ke customer saya. Antara ciri-ciri barang/bungkusan/ parcel yang mesra kurier adalah seperti :

  1. contoh hantar barang pos azlan yussof 2021Mesti di bungkus dengan baik menggunakan plastik / kotak (lebih baik jika ada) , dan di tape pada parcel tersebut. Jangan biarkan ada ruang terbuka supaya tidak masuk air atau habuk nanti. Tak kisah anda nak guna apa kotak pun, janji kotak tu elok dan tidak lah kotak yang dah nak hancur. 🙂 . Jika brang anda kecik, boleh gunakan plastik pembungkus.
  2. Item di dalam nya mestikan fit dengan bungkusan untuk elakkan item yang di pos tu bergoyang/ bergoncang dalam kotak bungkusan tadi. Boleh balut brang anda tu dengan bubble warp ataupun selitkan dengan surat khabar . Janji barang tu tidak bergoncang semasa proses penghantaran.

Okay, jika item anda sudah tersedia , dah bungkus elok-elok serta dah ada details untuk penghantaran, jom saya tunjukkan step seterus nya.

Langkah/ Cara Pos Barang guna J&T Express melalui apps mereka

 

Step #1 – Download aplikasi J&T Express Malaysia dari Google Play atau Apps Store anda. Percuma sahaja.  Bentuk ikon apps ini sama sahaja untuk Android atau Iphone.

j&t apps di apps store appleStep #2 – Macam biasa, untuk pengguna baharu, sila sign up/daftar akaun terlebih dahulu yer. Setelah siap daftar, sila login dan ini lah dashboard anda nanti. Ada banyak fungsi dalam update terbaharu ini, seperti boleh terus check status tracking number J&T anda. Jika anda ada beli barang dari Shopee, boleh masukkan nombor tracking tersebut dalam apps ni dan apps akan beri kan latest status order anda.  Anda juga boleh check berapa shipping rate untuk item yang anda nak pos tu. Boleh claim jika anda barang hilang atau rosak, dan banyak lagi. nanti kita explore dan update di artikel yang lain okay.

dashboard j&t apps malaysiaStep #3 : Untuk pos barang dengan J&T apps ni, anda tekan butang ” Single Order ” untuk anda hantar 1 barang. Untuk bulk order tu, jika anda banyak barang untuk di hantar. Untuk kali ini, saya share cara pos satu barang sahaja dahulu.

Di bahagian ” Sender ” , anda perlu isikan maklumat anda sebagai penghantar. Mesti masukkan nama, alamat dan semua perlu di isi dengan tepat yer.  Kemudian tekan “Next”

sender pos barangDi bahagian “Recipient ” adalah maklumat mengenai pelanggan anda. Masukkan nama , alamat dan sebagai nya dengan tepat supaya ia sampai pada penerima yang betul serta elakkan sebarang masalah semasa penghantaran kelak.

penerimaDi bahagian ” Item “, ada 2 option, anda boleh pilih sama ada :

  • Drop Off : anda perlu ke office J&T berhampiran untuk hantar sendiri barang anda,
  • Pick Up :  pihak J&T akan hantar orang untuk ambil barang anda di alamat “Sender” anda. Namun, cara ini bergantung kepada branch J&T yer. Apa-apa pun, anda boleh call dahulu cawangan J&T berhampiran anda untuk confirmkan servis pick up ini.

payment option j&tMasukkan item apa yang anda nak ship tu, mesti declare barang apa seperi kasut ke, pensel box, charger dan lain-lain. Untuk insurance, adakah anda perlu kan insurance jika barang anda hilang/ rosak semasa penghantaran? jika ya, sila tick option ni. Anda akan di kena kan cas tambahan 1% untuk kos insurance.  Jika tak nak, off kan option ini. Details lain seperti servis, category, berat semua anda isi lah yer.

Ini paling penting iaitu “Payment Method” . Siapa yang akan bayar kos shipping barang yang anda nak pos tersebut. Jangan silap kat sini.

  • Paid By Me – Untuk option ini, anda yang akan bayar kos shipping barang anda tu. Terus buat bayaran di kaunter J&T.
  • Paid By Receiver –  Pilih option ini jika anda nak pelanggan / receiver barang anda tu yang bayar kos shipping . Konsep ini seperti COD (Cash on delivery), yang mana, pelanggan akan bayar kos shipping kepada J&T semasa terima barang. Anda tidak perlu keluarkan duit untuk bayar semasa hantar barang anda.

Tetapi, sila bincang dengan pelanggan / penerima anda tu supaya , mereka tidak terkejut bila kena bayar pulak kos shipping . Mereka berhak untuk reject barang anda tu, dan pihak J&T akan return semula kepada anda, dan anda perlu bayar kos shipping semula. Jadi, sila dapatkan persetujuan dengan penerima okay. Jangan kerana kita nak jimat kos, tetapi aniaya orang lain. Nanti jadi masalah pada kita jugak. Jika pelanggan dah bayar kos shipping semasa beli barang dengan anda, jangan pula pilih option Paid By Reciever ini ok, itu dah kira double charge pulak. Kes naya tau.

Di bahagian ” Order ” , anda perlu check semua maklumat yang anda isi tadi. Pastikan alamat betul, berat barang dan sebagai nya. Di bahagian ini, ada di nyata kan berapa kos shipping barang anda ini, macam barang saya ni, saya akan di cas sebanyak RM8 sahaja .

Last sekali, tekan butang “Submit” , nanti akan Pop Up ” proceed “, tekan OK.

Step #4 – Klik pada butang “Status” di tab bawah apps tu dan klik pada tab ” Sent “. Di sini anda akan nampak order yang anda buat tadi. Klik pada order tersebut, dan anda akan dapat paparan seperti ini. Jadi, anda perlu tunjukkan Bar Code ini di kaunter J&T Express untuk mereka scan dan anda buat bayaran . Selesai. itu sahaja. Mudahkan cara pos barang guna J&T Express apps ni ?  

cara guna j&t apps hantar barang posSetakat ini, saya pos barang dengan J&T, memang semua item sampai dengan cepat dan lagi satu kelebihan J&T adalah, mereka beroperasi 365 hari , tiada cuti dan sabtu ahad pun mereka buat penghantaran.  Memang memudahkan , cuma kebelakangan ini banyak issue berkaitan barang J&T yang rosak atau hilang, serta beberapa issue dalaman mereka. Di harap, pihak J&T dapat memperbaiki masalah-masalah ini dari masa ke semasa.

Anda bagaimana ? Ada pengalaman yang baik / tak baik gunakan perkhidmatan J&T ? Boleh kongsi kan dalam ruangan komen di bawah .

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.