Cara Pos Barang dan Jimatkan Harga Pos Laju
Bagaimana cara pos barang dan jimatkan harga Pos Laju ? Sejak ramai yang sudah menjadi peniaga online nie,semakin penuh kaunter pos laju.Terbaik.Semua di hujung jari sahaja, jadi gunakan kan teknologi yang ada untuk menjana pendapatan sampingan anda.Ramai yang suka gunakan pos laju sebab lebih mudah untuk berurusan , lebih banyak cawangan di serata pelusuk negara ( di bandar mahupun luar bandar) dan lebih murah berbanding dengan syarikat kurier yang lain.
Kebanyakkan syarikat kurier lain di Malaysia tak banyak cawangan untuk berurusan.Jika ada pun mungkin jauh dari kawasan anda lagi-lagi jika anda tinggal di luar bandar, Jadi sedikit sebanyak ini akan meningkatkan kos minyak/penghantaran kita, maka keuntungan barang nak kita pos tu jadi sikit dah, memang tak balik modal lah…duit minyak pergi balik jer lagi.. Jadi, dengan ada nya pejabat pos di segenap pelusuk negara kita,pasti nya Pos Malaysia adalah pilihan utama untuk anda.
Buat masa sekarang, harga pos laju pun dah naik sejak Oktober 2016 . Jadi, kos penghantaran untuk korang secara tidak langsung akan meningkat juga. Tapi, saya ada satu cara bagaimana anda boleh jimatkan kos harga pos laju ini terutama apabila anda menghantaran barang menggunakan kotak / barang yang besar / berat.
Tips & Cara Pos Barang dan Jimatkan Harga Pos Laju
Desclaimer : Cara yang saya kongsikan ini sesuai untuk penghantaran pos yang menggunakan kotak / parcel bersaiz besar @ panjang. Untuk parcel biasa, barang yang bawah 1KG , boleh guna kan sampul prabayar ataupun gunakan Easyparcel (untuk rate lebih baik). Langkah-langkah yang saya guna kan adalah :
- Packing Kotak Dengan Baik – Sediakan barang yang anda nak hantar / pos . Pack elok-elok dengan menggunakan kotak yang tidak koyak / kemek, penutup atas dan bawah yang baik, tidak basah dan tiada contengan yang terlalu banyak . Ini contoh, saya ada sediakan kotak yang saya dah siap packing untuk penghantaran order customer saya ke Selangor. Pastikan tape di sekeliling kotak supaya air / habuk tak masuk ke dalam. Lebih kemas dan lebih secure bila pack dengan baik.
2. Beli Borang Pelekat Prabayar – Bawa barang / parcel anda ini ke pejabat pos biasa (biasa nya pejabat pos laju biasa mesti ada perkhidmatan Pos Laju) / cawangan Pos Laju yang berdekatan. Sebaik nya, anda timbang dulu berat kotak tu jika anda ada penimbang di rumah anda. Jika di rumah tiada penimbang , anda boleh minta petugas Pos Laju timbangkan duhulu parcel anda sebab anda perlu beli pelekat prabayar Pos Laju (gambarajah seperti di bawah) mengikut berat timbangan barang tu. Setiap pelekat yang ikut berat mempunya harga berlainan yer.
Berapa harga untuk Pelekat Prabayar tersebut ?? (harga mengikut berat timbangan parcel anda)
a) Pelekat Warna Merah (untuk Zon Penghantaran Dalam Semenanjung / Sabah / Sarawak )
- Maksimum 3KG = RM15.00
- Maksimum 5KG = RM18.00
- Maksimum 10KG = RM22.00
b) Pelekat Warna Biru (untuk Zon Penghantaran Antara Semenanjung ke Sabah/Sarawak atau Antara Sabah & Sarawak @ harga pos laju ke sabah 2022)
- Maksimum 3KG = RM32.00
- Maksimum 5KG = RM50.00
P/S – Tempoh penghantaran barang anda adalah sama dengan Pos Laju biasa. Untuk kawasan Semenanjung dalam 1-3 hari waktu bekerja dan antara Semenajung ke Sabah/Sarawak pula akan sampai dalam 3-4 hari waktu bekerja. Jangan bimbang, anda boleh track parcel ini melalui system tracking. Untuk prabayar ini, tracking number akan bermula dengan huruf EX.
3. Isi & lengkapkan maklumat pada borang tersebut seperti nama anda & alamat anda sebagai pengirim , nama penerima & alamat penerima , item apa yang yang anda hantar, dan sebagainya. Pastikan lengkap untuk memastikan tiada masalah penghantaran barang anda nanti.
4. Tampalkan Pada Kotak – Slip prabayar ini bersifat pelekat. Jadi, anda boleh kopek kan lapisan belakang pelekat tersebut dan terus tampalkan pelekat tersebut pada kotak yang anda hendak hantar tadi. Selepas itu, boleh terus serahkan kepada petugas Pos Laju tanpa perlu beratur dah. Salin nombor tracking dari borang pelekat tersebut untuk rujukan anda di masa hadapan.
Tapi , persoalan nya , bagaimana saya kata cara pos barang dan jimatkan harga Pos Laju ini boleh jimatkan harga ? Berapa banyak bolrh jimat ?
OK.. Jom kita buat kira-kira sedikit …
Saya ada barang yang berat sekitar 3.2KG untuk di hantar menggunakan Pos Laju . Ini kiraan nya :-
- Berat Barang / Kotak = 3200gram
- Harga Pos Laju biasa (ikut berat ) = RM26.50 –>> Untuk senarai harga pos laju 2022 boleh check di SINI dengan masukkan berat barang anda.
- Harga Beli Pelekat Prabayar = Pilih borang untuk Maksimum 5KG = RM18.00
- Jadi, berapa yang anda telah jimat dari cara ini :- RM26.50 – RM18.00 = RM8.50
P/S – Harga di atas tidak termasuk caj lain seperti SST oleh Pos Laju Malaysia.
Jadi, dengan cara ini, anda telah jimatkan RM8.50 dari harga biasa … Ok lah kan.. Boleh makan KFC dengan RM8.50 nie..hehehe (ada lagi ke set KFC harga RM8.50 ?)
Ini lah cara pos barang dan jimatkan harga Pos Laju yang saya gunakan dan saya share dengan kawan-kawan saya. Sedikit sebanyak, dapat mengurangkan kos penghantaran Pos Laju kan.. Namun, ia nya masih terhad untuk kotak dan berat sahaja.Untuk barangan yang ringan, mungkin bawah 1 KG , anda masih boleh gunakan harga / rate Pos Laju yang biasa.
bab postage ni.. sys selesa guna easyparcel.. mudah sahaja. pihak kurier dtg collect di rumah.
Betul tu, saya pun suka guna easyparcel. Murah pulak tu ehe
Mcm nak guna easy parcel tu ye..dia pickup barang kita dari rumah ke
Ada 2 cara :
1) Jika cik key in & bayar dalam system sebelum Jam 12 PM, pihak kurier yang cik pilih akan datang ke alamat cik untuk Pick Up item yang cik dah key in nanti. (Sebelum itu, cik perlu confirm kan dengan Pos Laju Office kawasan cik sama ada mereka datang pick up jam berapa )
2) Cik boleh terus drop off (hantar terus) parcel cik ke Pos Laju berhampiran.
Terima kasih.
Kalau saya nak hantar barang dalam kotak. Tapi guna easyparcel boleh ke? So kertas yang dah di print tu tampal pakai gam ke macam mana?
Boleh. Tiada masalah. Jika kotak kecil, hanya perlu masukkan berat timbangan sahaja. Jika kotak yang besar, @panjang, perlu letak ukuran sebenar kotak tersebut.
saya tidak galakan gam, sebab mungkin kertas tersebut akan koyak semasa proses penghantaran atau basah kena air ke.
Jadi, solution nya adalah, semasa penhantaran nnt, boleh mintak 1 helai poket plastik untuk letak kertas yg print tadi dalam plastik tersebut.
Ia lebih selamat serta tak mudah rosak.
Terima kasih.
Boleh sy tau mcm mana nk guna easy parcel? Mmg diorg akan dtg collect kt rumah eh? Kalau berat/ volumetrik kita ukur tu salah mcm mana eh? Ke diorg akan ukur dulu masa dtg tu?
Ikut berat biasa nya.. Limit bawah 1KG.. jika cik pos barang tak besar , should be tak perlu ukur.. hanya timbang berat.. Pastikan tak lebih dari limit 1KG
Jika besar sangat, boleh terus ke pos office berdekatan.
boleh beritahu tak step pakai easy parcel ni. Kita kena sampul sendiri dan tulis alamat sendiri ke macammana?
Sangat mudah dengan easyparcel
1) Daftar akaun dengan Easyparcel. Dapat percuma kredit RM25
2) Masuk kan poskod anda & poskod penerima
3) Pilih kurier yang anda nak guna. Ada lebih 4-5 kurier yang available.
4) Masukkan nama & alamat pengirim serta penerima
5) Tekan submit
6) Bayar melalui kredit percuma tadi
7) Selepas selesai,boleh download consignment note & print
8) Guna sampul sendiri. Jika top up RM500 ke atas, akan dapat percuma plastik untuk parcel
8) Last, sent ke pejabat pos /pejabat kurier yang anda pilih di step ke 3
9) Done
🙂
Thanks
En, mcm mna kalau sy nk POS barang guna kotak sndri? Berat brg dalm 5kg mcm tu, anggaran hrga mcm mna??blh guna pelekat 5kg tu ke??
Jika barang cik tidak terlalu besar, yes.boleh guna pelekat tersebut
Cuma jika kotak nya besar (panjang dan lebar), cik perlu ke kaunter Pos dulu untuk mereka check ukuran terlebih dahulu
Sbb untuk item yang besar, mereka gunakan kiraan lain (ikut saiz, bukan berat) .
So, lebih baik cik tanya di kaunter yer untuk kiraan dan jumlah bayaran yang sebenar.
pelekat pos laju ni dy ukur size kotak x
Jika kotak standard tidak terlalu besar , mereka tak ukur . Jika kotak besar , harga berbeza mengikut volumematrix
Nak tye klau nak pos katil mcm mne ye Mahal tk?
Mahal nie..Sebab ia akan ikut volumaterik iaitu Panjang X Lebar X Tinggi
Lagi besar sesuatu barang, lebih mahal cas shipping
Pos Pukal ke Seluruh Semenanjung. RM 2/KG.
wasap.my/60136180665/pospukal
minimum 15KG.
camne kalau biasa peniaga online amek postage rm8,tp kalau sampul paling kurang pun td sy beli utk pos brg rm10.60?pelikla.poslaju kira mcm mne ye?by sampul or kira timbang?
Jika RM10.60 , itu kos sampul Prepaid untuk postage dari Semenanjung ke Sabah Sarawak .
Untuk postage dalam kaw. Semenanjung, harga RM7.25 sahaja.
Itu pun berat bawah 500 gram
Jika ada seller yang amik kos lebi rendah, mungkin mereka dah absorb (tanggung) sedikit kos shipping dalam harga produk.
Terima kasih
Kalau nak pos 1 cable usb..berapa pos laju akan cas?rasanya berat satu kotak cable usb tu tak sampai 500 gram
dari 1-500gram, tetap RM7.25 tak kira apa item pun.. Harga rata..
Pos apa yang boleh hantar kotak saiz 51cmX50cmX54cm berat 3.64kg? sbb kalau pakai poslaju udara cecah 2++ lebih. Thanks.
Tuan boleh cuba pos laju biasa. Borang warna biru. CUma tempoh serahan nya agak lama. Ada yang hampir 2 – 3 minggu baru delivery. Mereka guna laut. Harga lebih murah.
Hi, mcm mana pulak kalau saya dh beli plastic poslaju kat lazada.. saya pakai plastic size s yg beratnya under 500gm.. then saya nk beli pelekat prabayar shj rasanya2 harga pelekat tu berapa ye? And dia akan charge apa2 lagi tak? Charge service?
Tidak sesuai untuk parcel yang ringan.
Setahu saya, sticker ini di jual untuk parcel berat sahaja..Melebihi 3KG..
jika bawah 1 KG, masih baik guna rate shipment biasa pos laju.. 🙂
Terima kasih
Nak tanye . Borang Pos Tu Kite Tampal Macam Mane Ye ? Malu Bertanya Sesat Jalan Hehehe
Ada pelekat di bahagia belakang borang ini..
Jika tak pasti, boleh serahkan pada staff kaunter pos laju untuk bantuan . 🙂
Terima kasih.
Saya nak tanya ada ke kita pos barang dah sampai pelanggan bayar
Yes. Ada option Cash On Delivery ni..
Cuma tak banyak kurier yang buat.. Yang biasa di buat adalah DHL dan Ninja Van.. Kene apply buka akaun dengan mereka dahulu, baru ada option untuk COD.
Hi kalau sy nk pos frame yg berat x lebih 5kg tp ada mcm² saiz. Ada saiz a4 sampai a0. Dia besar tp nipis dan ringan. Frame kan. Itu nk pakai bungkusan mana ek? Kalau bungkus sendiri nk bungkus pakai apa je? Cukup x kalau bubble dan kertas mahjung/minyak? Then nk kena beli pelekat poslaju ke? Utk brg camni, easyparcel boleh pick up x?
saya pos barang ke labuan.. dri KL.. kotak.. ukuran dia 48x26x15 total 51.80 .. sy charge dgn customer rm10 jer.. pos pakai pos laju.. ada cara lain x untuk lebih murah.. and sy tahu pasal domestik..tp kurang faham
Nak tanya..kalau nak pos beg baju besar..around berapa ringgit yer..perlu masuk kotak juga ke..
Ini perlu rujuk pada petugas kaunter.. Ia ikut berat / besar beg tersebut.. Harga berbeza ikut berat/saiz.
Jika lebih dari 10 kg boleh diterima ke?
Ini perlu rujuk pada petugas kaunter. Mungkin ada special pelekat..
Jika timbangan biasa, tiada masalah untuk penghantaran. Lagi berat, lagi mahal.
Kalau saya nak pos facial mask ,brp harga ye. BRG die kn ringan je. Kalau guna sampul sendiri ,boleh ke?
Biasa ringan bawah 500gram, anggaran RM6.90 tak silap.. Guan sampul sendiri pun boleh.
Salam.. Nak tnya.. Klau sy ad beli plastik pos laju di shopee dan mendapat resit N/A percuma.. Bila sy nk hntr ke pos laju adakah saya masih dikenakan cas?
Salam.. Nk tnya klau sy ad bli plastik pos di shopee.. Dan mndapat resit N/A.. Apabila sy hntr ke pjabat pos laju, adakah saya masih dikenakan cas penghantaran?
Jika jenis prepaid plastick pos tiada masalah. Boleh terus drop off dan tiada bayaran di kena kan.
CUma jika plastik biasa, anda masih perlu timbang dan akan di kena kan bayaran ikut berat.
Klau pkai easy parcel x yh beli pelekat prabayar tu dh kn?trus pergi letak je kn?
Yes. Betul tuan.Boleh terus letak dan inform pada petugas kaunter supaya dia alert . 🙂
Tahu tak macam mana nak pos helmet guna pos laju. Kotak dah ada then kotak tu boleh tak nak balut guna pembalut hadiah ? Condition helmet tu macam mana ye, kena bagi tahu yang tu fragile ke macam mana ?
Untuk pos helmet, saya rekemen awak masukkan dalam kotak dan bagi ia fit dengan letakkan surat khabar atau foam atau bubble wrap supaya ia tak goyang masa penghantaran..
Guna kotak lebih selamat.
Jika dah balut baik2, tak perlu frigile .. atau boleh check dengan petugas kaunter jika sticker firgile di perlukan
Terima kasih,
Azlan
Saya nak pos barang ke sabah. Barang agak banyak . Ade cara utk pos lebih murah ke? Barang dalam 30 kg
Cik guna kan “pos domestik” -borang biru, dan guna kan penghantaran melalui “Laut”
Ia lebih murah, tetapi ambil masa lama untuk sampai . Borang pos domestik boleh minta terus ke petugas pos office,,
Jika tidak urgent, guna kan laut .Jika nak guna cepat, guna udara , tapi cas mmahal sikit.
Terima kasih,
Azlan
saya skrg sedang tunggu parcel saya sampai dr langkawi.. mcmana nak tahu klu parcel dr langkawi tu skrg stuck sdh seminggu .. mcm risau jg saya jadinya.
Cik perlu semak tracking number nya untuk dapatkan maklumat lebih lanjut
Jika masih tiada solution, cik boleh contact / email terus dengan pihak Pos Laju customer service.
Thanks.
Sy nak tnya..kalau sy nk pos tilam baby ke sarawak n xnk msukkan kotak..sbb masuk kotak xjmpa kotak besar. boleh ke sy balut dgn plastik je n seal dgn selotip..agak2 poslaju terima x??
Yes.Tak silap boleh.. Janji di balut dengan kemas dan tight . CUma kos nya akan tinggi sebab, ia ikut ukuran fizikal tilam, bukan berat dah .
Thanks
Klu sy nk pos bks2 plastik dlm kuantiti 1200..agk2 cmne nk pos ye..klu kotak,msti kna gna byk..klu pkai pos domestik bleh ke
Jika tidak terlalu besar bekas plastik tu, pack kan dalam 1 kotak dan pos guan Domestik..Lebih murah cik .
.
Cuma jika packaging terlalu besar, perlu check dulu dengan petugas pos , adakah mereka terima.. Atau mungkin perlu gunakan kurier / cara penghantaran lain.
.
Sy nak pos barang. Dari kl ke sarawak. Cemana cara nak jimatkan kos yee? Amd agak² berapa harga tuu?
Guna pos biasa / domestik – Laluan Laut .. Murah, tapi lambat sampai . Jika tak urgent boleh guna cara itu.
JIka barang nak cepat sampai, perlu guna pos laju, dan lebih mahal sikit .
Salam bos..
Macam mane kalau nak pos aksesori kereta (spoiler & fog lamp) ??
Dari segi bungkusan , ape yang boleh saya guna selain kotak??
Spoiler tu pihak poslaju kira berat @ ukuran panjang??
First time jual barang guna pos ni , memang betol2 zero..
Waalaikumsalam.
Boleh terus balut sahaja tanpa perlu kotak.. Kalau lebih baik, balut dengan bubble wrap untuk lebih selamat.
Kurier akan ikut ukuran panjang x lebar untuk item yang di hantar itu besar / panjang walaupun brang tersebut ringan.
TQ
Salam. Nk tanya. Saya nak pos topi guna perkhidmatan pos laju. Kalau saya guna kn kotak(untuk elakkan topi patah), pihak pos laju Akan kira mcm mana ye. Topi tu ringan je sebab 1 pcs to guna kotak. Dia ukur berat atau berapa besar kotak tu? Dan berapa anggaran harga service yg saya perlu bayar Tu? Terima kasih.
Waalaikumsalam. Yes, Baik gunakan kotak yang keras , bukan kotak lama yang dah lembik . Sebab takut masa proses pengahntaran, ia akan di himpit oleh item lain yang lebih berat .
Lagi selamat, dalam kotak tu, letak sekali bubble wrap . So, ia akn protect lebih baik.
Kalau kotak besar ia akan ikut ukuran panjang x lebar , jika kotak kecik, ia akan ikut berat sahaja.
Terima kasih
Azlan
Hai…. nak tanya. Kalau nak pos frame gambar yg dah siap sekali berkaca. Macam mana ye? Kalau balut guna bubble wrap simpan dlm kotak akan selamat ka? Saya takut pecah. Adakah kos penghantaran secara volumetrik juga?
Yes, Betul.. Perlu balut dengan tebal . Sebaik nya dengan bubble wrap .
dan masukkan dalam kotak supaya bula bertindih, kotak tak kemek . Serta sila beritahu staff kurier yang item ini mudah pecah..Nanti mereka akan letak sticker frigile .
Kos penghantaran jika kotak besar / panjang, akan di kira secara volumematrix .
Jika kecik, akan kira berat.
TQ
saya ada terlihat ada bag plastik macam tulis 50kg.. harga untuk bag tersebut berapa ya???
Maaf cik. Saya kurang pasti dengan 50kg tersebut. 🙂
Terima Kasih.
Assalam bang, boleh x saya nak belajar guna easyparcel dengan abang?
Senang saje tuan. Guide ada dalam website Easyparcel sendiri.. Tutorial lengkap di serta kan.. Lepas buat 1-2 x, akan faham dah.
Terima kasih
Hai nak tanya. Kalau saya nak pos kek coklat mcm mana ya ? Boleh guna easy parcel ke ? Atau
Hai, makanan tidak di galakkan untuk pos sebab di khuatiri akan rosak kan makanan tersebut.
Terima kasih.
Salam , saya bertanya macam mana nak kira bacaan volumematrix untuk barang seprti selipar ..
waalaikumsalam.
Selipar tak perlu valumetrix jika nak hantar 1-2 pasang.. Hanya perlu timbang.
Cuma jika banyak dalam kotak besar, baru ikut kiraan volumetrik
Terima kasih
Hai.. saya nak jimatkan kos post.. sekiranya saya guna kotak.. macam mane ea kalau saya tak nak brang tu di ukur..just timbang ? Yg pelekat prabayar tu macam mane pula ? Boleh terangkan ?
Hai..JIka barang kecik dan boleh di compress, cuba untuk pack dalam kotak yang sekecil mungkin
Salam en mdazlan,
saya nak pos madu. ada madu berat 60ml- 150ml (botol kaca) dan 1kg (botol plastik). Jika saya nak pos, boleh ke cuma pakai bublewrap sahaja tebal2 dan terus pos atau perlu gunakan kotak?
Waalaikumsalam
Ikut pengalaman saya, yes..Perlu di balut dengan bubble warp setebal mungkin serta di masukkan dalam kotak.
Kerana, fizikal kotak lebih kuat untuk menahan daya dari barang lain dan buatkan botol lebih selamat.
Terima kasih.
hye, kalau nak pos kotak 35 x 30 x 25cm poslaju akan kira mcm mana ya?
Cara kira adalah seperti berikut :
( 35 x 30 x 25 ) / 6000 = 4.375 . Jadi, Pos akan ambil 4.375KG sebagai pengiraan untuk tentukan kos sebenar penghantaran.
Walaupun berat barang tersebut ringan.
Ia berbeza yer.
Terima kasih
Salam, adakah maksudnya bila beli pelekat ni Kita dah tak perlu bayar Kos shipping / delivery lagi?
Waalaikumsalam
Yes. Sama seperti top up. Kira bayar dahulu.
Selepas gunakan, tiada lagi pembayaran perlu di buat,
Contohnya, sy pos 10kg Hanya perlu bayar rm22 Sahaja Tanpa Ada Kos lain Dan boleh Terus dipos?
Yes betul.Untuk dapatkan pelekat yang betul, saya galakkan anda timbang item tersebut dahulu, teh baru beli pelekat yang ikut berat.
Then , tak perlu bayar lagi semasa penghantaran.
Boleh saya tahu kalau nak pos makanan mcm biskut boleh ke”
Mcm mana cara nya?
Assalamualaikum cik
Sepatut nya, makanan tak di galakkan untuk postage, namun jika nak hantar juga, ia adalah tanggungjawab pihak penghantar sendiri.
Masalah biasa adalah, biskut tadi pecah
Terima kasih
Assalamualaikum..saya nk pos brg2 masak seperti periuk.nasi, kuali, pinggan kaca correll pastu pampers anak dlm 6beg yg.belum bukak tu, pastu roti Gardenia & bawang dlm 1kg ke Labuan.. camane yek .saya.nk htr.sana dgn murah?
Waalaikumsalam.
Saya cadangkan cik guna pos domestik dan gunakan laluan laut untuk penghantaran.
Lebih murah, tetapi ambil masa agak lama untuk sampai.Anggaran 1-2 minggu
Terima kasih
salam, Bang nak tanya kalau nk pos Gitar mcm mne erk? cara pengiraan pos dan nk packing tu.. sy nk pos sekali ngn Hiking beg ke serawak from Semenanjung
masukkan dalam kotak besar.
Tapi cas mungkin lebih mahal sebab mengikut saiz kotak nanti
Nk tanya klo pos cerek guna kotak sendri anggaran kos pos brpa ye..
Depends pada berat,sebab cerek tak besar.. Jika dalam 1KG pun, lebih kuranh RM10 macam tu je.
Salam bang, kalau nak pos barang tak melebihi berah 10kg contoh 9.5kg maknanya harga pelekat yg diperlukan ialah rm22 bagi pelekat 10kg…tapi adakah harga bergantung pada besar kotak juga? Contoh barang berat 9.5kg tapi kotak besar…adakah ada caj tambahan disebabkan kotak atau harga maintain sama rm22?
Depends pada saiz kotak.
Ada kiraan ikut saiz. Dia akan cas ikut mana yang lebih tinggi.
Macam mana nak pos guitar ?
Packing dalam kotak besar.. better balut gitar tuan dengan bubble wrap. Then ship . Cuma harga shipping mungkin tinggi kerana Pos akan ikut saiz kotak (panjang x lebar x tebal) .
Hi salam nak tanya ..saya nak post barang saya dari sabah ke semenanjung iaitu selangor saya pakai kotak sendiri and then di kotak saya tulis full detail tentang penerima tersebut iaitu alamat nama dan no telefon di kotak tersebut..Tapi still boleh terima post kah tu sebab bnyak tulisan dia tu?
Wasalam , boleh sebagai back up untuk posmen hantar.
Cuma encik masih perlu tuliskan alamat tersebut pada borang POS kerana di situ akan ada barcode untuk mereka update status barang
so, pastikan alamat di kotak dan alamat di borang pos adalah 100% SAMA.
Jangan ada 2 alamat yang berbeza. Nanti Pos akan reject / ada masalah semasa penghantaran.
Terima kasih.
hi nak tnya, tau tak berapa rate poslaju melalui laut? utk kotak dalam 10kg
Melalui laut lebih murah, tapi ambil masa yang agak lama..Sesuai untuk parcel yang besar , untuk jimat kos.
salam,nak tanya,kalau pos dalam semenanjung
guna borang biru tu boleh ke? berat dalam 5kg,ke borang biru tu untuk pos sabah/sarawak sahaja?tq
Boleh guna untuk dalam Semenanjung juga. Lebih murah, tetapi lambat berbanding Pos Laju. Namun jangan risau, setakat saya guna kan tu, semua barang sampai kepada customer saya. 🙂
Assalamualaikum,biasanya kalau kotak besar sikit dalam berat 3kg berapa ye harga?besar kotak untuk guitar
Itu kena ikut saiz kotak.. panjang x lebar x tinggi.. lagi panjang kotak, lagi mahal..
Salam, saya nak Tanya Kalau saya nak pos baju yg kurang 1kg dengan guna saya punya plastik macammana Ya? Borang tu just terus ambik dkat pjabat pos Ya? Lepastu proses nk timbang tu macammana?? Lambat tak nk sampai ke pembeli kalau saya guna Cara ni? Sorry banyak sgt tanya x tahu nk tanya sapa 😂😂😅
Yes. Boleh.Tiada masalah. Bungkus elok2 dan kemas . Lepas tu ambil borang di kaunter Pos . Isi, mereka akan timbangkan. dan and abuat bayaran selepas timbang. Normally, sama sahaja tompoh penghantaran.
Salam, sekiranya saya ingin pos botol kaca (makanan), berat 600gram per botol.. jumlah anggaran berat 600g – 3kg, pos atau parcel apa yg sesuai sy gunakan..botol tersebut telah sy wrap dgn buble wrap.
wasalam, pertama kali, kaca antara barang laranga untuk di pos atas sebab mudah pecah, namun cik boleh pos dengan packing yang betul dan menggunakan kotak yang keras supaya tidak penyek semasa dalam proses delivery.
Jika bawah 3kg, pos laju prepaid label lebih murah..
hii easyparcel tu boleh je klau buat dlm phone sbb dia kt google kan?pastu kalau dia collect kt rumah pon free kan.cuma bayar utk pos brg je la kan?.tpi kalau kita xde bukk akaun easyparcel.ada yg kata kne bayar service utk pickup.boleh sye tau dia caj utk setiap parcel atau sekali arung je
Untuk guna pick up under Easyparcel, mesti daftar dan buat order shipment melalui website Easyparcel sahaja. Cik tak boleh terus call kurier untuk pick up.
Yes. tiada cas pick up.. Free pick up.
Hi, nak tanya. Kalau saya nak post barang yang berat nya kurang dari 1kg, boleh ke kalau saya guna bubble packaging sendiri? kalau boleh, harga postage akan jadi lebih murah juga?
yes. cik, boleh.
Harga sama sebab ia ikut berat.Pihak kurier tidak ambil kira kos packaging kita, .mereka hanya berpandukan berat parcel tersebut untuk mengira kos shipment. Kos packaging adalah tanggunjawab kita.
hi kalau saya nk post barang ringan je nk post area semenanjung jgk..nk jimatkan kos , kalau sya guna parcel sendiri still dikenankan bayaran atau tidak? lepastu bayaran dia murah lagi atau mahal balik?
hi, kos postage ikut pada berat item tersebut.Bergantung kpada berat, jika item lebih ringan, guna kan bgukusan sendiri, jika berat, boleh gunakan optional yang kurier cadangkan.
barang yg sya nk post tu seluar biasa ..selalunya kalau balut sendiri ke lagi murah and poslaju timbang or better guna parcel poslaju je? sorry sya tak faham sgt charge parcel dikenakan termasuk parcel atau berat shj?tahu tak harga rate timbang?
Baik. Kurier ada minimum weight yang akan di cas. Utk Pos Laju, bawah 500gram , mereka akan cas dalam anggaran RM7 lebih macam tu. Jadi, jika barang cik tu berat 270 gram, Pos Laju tetap akan cas RM7 tadi sebab itu nilai minimum untuk kos pengantaran.
Jika berat atas 500 gram, then baru akan ada tambahan cas mengikut + 100gram
Jadi, walaupun cik guna paarcel sendiri, balut sendiri, harga nya tetap sama.
hi kalau berat barang saya 270gm..kalau nk murah better balut sendiri and beli borang dkt poslaju je ke atau beli terus parcel poslaju? tahu tak harga yg poslaju charge kalau berat 270gm
Harga minimum adalah RM7 ++ untuk berat max 500gram.
Jadi, jika cik tak nak balut sendiri (sbebab ada kos tambahan), saya cadangakn cik guna plastik prabayar Pos Laju saiz S (berat max 500gram) yang berhanrga RM7 ++, dan ship terus.Ini lebih mudah.
Plastik prabayar tersebut ada bubble wrap di dalam nya. Lebih selamat dan secure.
hi sya dah dftr easy parcel..tapi kenapa tak dpt pn rm25 utk new user?
Hi cik, mungkin progrm tersebut sudah di tamatkan. Maaf atas outdated info. Pihak kami akan update kan semula. Terima kasih 🙂
Hi nak tanya, saya guna easy parcel and pilih drop off. So nanti saya nak drop off. Ada kena bayar apa2 ke time nak ambik borang kat pos laju tu? Ke terus ambik borang and bagi dia? Ada kena tambah apa2 bayaran tak kalau berat terlebih?
Hi,
tiada bayaran apa2 di kenakan pada tuan.
Jika berat berlebihan, nanti Pos Laju akan key in dalam system dan lebihan cas akan di tolak dari kredit yang ada dalam akaun Easyparcel tuan.
Di Pos Laju, untuk sent parcel di bawah program Easyparcel, tuan perlu isi borang kontrak PL9 (berwarna pink pekat) dan serahkan di kaunter. Tak perlu bayar apa2 sebab pembayaran tuan dah buat dengab Easyparcel, so, Easy parcel akan bayar kepada Pos Laju.
Terima kasih 🙂
Salam, tuan. Kalau guna easyparcel barang tu kene bungkuskan siap² ke sebelum diorang dtg pickup? Habistu awb tu kite sendiri ke yg buatkan? Baru nak berjinak² belajar bab ni. Semua x pandai ..
Wasalam, yes, betul, Item mesti dah siap bungkus, dan consignment note yang easyparcel mesti dah siap tampal di atas parcel.
Semua kita sedia kan, pihak kurier hanya akan pick up / collect sahaja.
Terima kasih.
hai saya ada soalan jika saya hantar barang menggunakan kotak saya sendiri dan beli sticker pra bayar. adakah harga mengikut saiz kotak ataupun sticker sahaja
Hi, harga probayar dah tetap mengikut berap maksimum nya.
Namun, saya sarankan cik bawa ke kaunter Pos Laju dahulu untuk confirm kan sebab, jika kotak terlalu besar, tetapi berat kotak tu masih ringan, mereka akan cas mengikut saiz kotak ya.Jadi, utk lebih baik, dapatkan nasihat dari petugas kaunter tersebut.
Terima kasih.
Hi encik nak tanya, kalau saya nak post barang( botol) berat dalam 1.5 kg, better guna pelekat prabayar atau kotak prabayar?
Salam cik, jika berat dalam 1.5KG, lebih baik guna kotak prabayar..
Untuk pelekat, saya sarankan jika berat atas 3K-5KG..Ini lebih berbaloi.
As slm,makcik nak hantar katil hospital.bolih lipa ke pasir putih.mcm mana nak pos datang pickup
Waalaikumsalam. Saiz sangat besar dan tidak sesuai guna pos laju.
Better guna cara lain seperti sewa lori atau upah orang untuk hantar.
Assalam en..nak tanye,sy nak pos kain sarung batik ke sabah,dlm 19 helai?mcne ye pengiraan..rasa2 sampai x 10kg?mohon pencerahan
Wassalam cik.
Cik perlu bungkus dahulu,masukkan dalam kotak lebih baik .
Tak silap, tak sampai 10KG, kain ringan je kan. Dah siap bungkus, cik baru timbang.
Encik maaf sy nk tnya, sy byr postage mnggunakan sendparcel tpi bila sy drop off parcel di kaunter sy perlu mmbayar harga postage yg biasa iaitu rm7-rm8. Sy tk faham knp sy perlu byr 2 kali sdgkn sy dh byr postage rm5 menggunakan sendparcel. Maaf brtnya sy bru first time post barang
Tak perlu bayar sepatut nya.
Petugas kaunter tu perlu key in parcel tu under contract account under Send Parcel.
Lagi pun kita dah bayar di web sendparcel.Cuma di kaunter, perlu mintak borang pos PL-9 (warna pink). Isi borang tu, tulis nombor akaun yang ada di slip sendparcel, dan serah pada kaunter.
Mungkin juga staff tu baru kerja kot.
Salam kalau pos barang online guna sendparcel poslaju x isi borang pink PL-9 boleh x
Wasalam, tak silap saya, jika send parcel tak perlu isi lagi PL-9..sebb di AWB nya sudah ada info berkaitan PL-9.
CUma cik confirm kan dulu dengan petugas kaunter di tempat cik utk maklumat lebih tepat.
TQ
Salam , saya nak pos sebijik tv , kotak dh ada jadi apa lagi perlu ada sebelum boleh di pos .. maaf saya tak pernah pos benda besar mcm tv ni
Waalaikumsalam boss.. ok.. untuk keselamatn maksima,pastikan balut TV tu dengan bubble wrap..then ada letak span dalam kotak.
Boss juga kena bgtau pos tu yang ini adalah TV..kena declare
macam mana kalau kite tulis dalam website 5 kg tapi sebenarnya bila dia check lebih dari 5kg? kena return/ apa ya
Nanti masa di kaunter, staff akan timbang / ukur sekali lagi.
Kalau lebih, kene top up berapa yang tambahan tadi.
hai saya guna easyparcel….then saya state kat website tu 0.5 kg … dan drop off mcm biasa kat kaunter…saya tak prasan yang sebenarnya berat brg saya tu dalam 2 -3 kot… tpi masa drop off kat kaunter ..kaunter terima je mcm biasa and saya pun tak dpt call dri poslaju…bila track parcel dia tulis ” item dah out ” …. so mcm mana yer ? …. brg tu akan hold dulu ke bila smpai hq ?
Biasa kalau dah out tu, makna nya item sudah di process dan dalam proses penghantaran.
Cik boleh semak tracking nya dari masa ke semasa.