fbpx

Cara Pos Barang dan Jimatkan Harga Pos Laju

78 19,128

Cara Pos Barang dan Jimatkan Harga Pos Laju  . Sejak ramai peniaga online nie,semakin penuh kaunter pos laju. hehe.. Ramai yang suka gunakan pos laju sebab lebih mudah untuk berurusan , lebih banyak cawangan dan lebih murah berbanding dengan syarikat kurier yang lain .

Kebanyakkan kurier di Malaysia tak banyak cawangan untuk berurusan..bayangkan jika anda korang tinggal di area pekan / luar bandar , nak ke bandar dah lah jauh , pulak tu jika untung barang nak kita pos tu sikit jer, memang tak balik modal lah…duit minyak pergi balik jer lagi.. Jadi, dengan ada nya pejabat pos di segenap pelusuk negara kita,pasti nya Pos Malaysia adalah pilihan utama untuk korang..

Sekarang, harga pos laju pun dah naik sejak Oktober 2016 . Jadi, kos penghantaran untuk korang secara tidak langsung akan meningkat juga. Tapi, saya ada 1 cara bagaimana anda boleh jimatkan kos harga pos laju ini terutama apabila anda menghantaran barang menggunakan kotak .

Tips & Cara Pos Barang dan Jimatkan Harga Pos Laju

(Khas untuk penghantaran menggunakan kotak)

  1. Packing Kotak Dengan Baik  – Sediakan barang yang anda nak pos . Siapkan elok-elok dengan menggunakan kotak yang tidak koyak, penutup atas dan bawah yang baik, tidak basah dan tiada contengan yang terlalu banyak . Contoh nya, saya ada sediakan kotak yang saya dah siap packing untuk penghantaran ke Selangor.

2. Beli Borang Pelekat Prabayar – Bawa barang anda ini ke Pos Laju yang berdekatan. Sebaik nya, korang timbang dulu berat kotak tu. Jika kat rumah tiada penimbang , korang mintak petugas Pos Laju timbangkan dulu sebab korang perlu beli pelekat prabayar Pos Laju (gambarajah seperti di bawah) mengikut berat timbangan barang tu.

Berapa harga untuk Pelekat Prabayar ini ?? (harga mengikut berat timbangan yer.. ) .

a) Pelekat Warna Merah (untuk Zon Penghantaran Dalam Semenanjung / Sabah / Sarawak )

  • Maksimum 3KG = RM15.00
  • Maksimum 5KG = RM18.00
  • Maksimum 10KG = RM22.00

b) Pelekat Warna Biru (untuk Zon Penghantaran Antara Semenanjung ke Sabah/Sarawak  atau Antara Sabah & Sarawak

  • Maksimum 3KG = RM32.00
  • Maksimum 5KG = RM50.00

P/S – Tempoh penghantaran barang anda adalah sama dengan Pos Laju biasa. Untuk kawasan Semenanjung dalam 1-2 hari waktu bekerja dan antara Semenajung ke Sabah/Sarawak dalam 2-3 hari waktu bekerja.

 

3.  Isi & lengkapkan maklumat pada borang tersebut seperti nama & alamat pengirim , nama & alamat penerima , item apa yang yang anda hantar, dan sebagainya. Pastikan lengkap untuk memastikan tiada masalah penghantaran barang anda nanti.

4. Tampalkan Pada Kotak – Terus tampalkan pelekat tersebut pada kotak yang anda hendak hantar tadi.  Selepas itu, terus serahkan kepada petugas Pos Laju dan siap 🙂 . Salin nombor tracking dari borang pelekat tersebut untuk rujukan anda di masa hadapan.

Tapi , bagaimana saya kata cara ini boleh jimatkan harga penghantaran pos laju kan ??

OK.. Jom kita buat kira-kira sedikit …

Saya ada barang yang berat sekitar 3.2KG untuk di hantar menggunakan Pos Laju . Saya buat kiraan :-

Berat Barang / Kotak = 3200gram

Harga Pos Laju biasa (ikut berat ) = RM26.50 –>> Check rate Pos Laju di SINI dengan masukkan berat barang anda.

Harga Beli Pelekat Prabayar = Pilih borang untuk Maksimum 5KG = RM18.00

Jadi, berapa yang anda telah jimat dari cara ini :- RM26.50 – RM18.00 = RM8.50 

P/S – Harga di atas tidak termasuk caj GST oleh Pos Laju.

Jadi, dengan cara ini, anda telah jimatkan RM8.50  dari harga biasa … Ok lah kan.. Boleh makan KFC dengan RM8.50 nie..hehehe (ada ke set KFC harga RM8.50 ??.. )

Ini lah Cara Pos Barang dan Jimatkan Harga Pos Laju  yang saya gunakan dan saya share dengan kawan-kawan saya. Sedikit sebanyak, dapat mengurangakan kos penghantaran Pos Laju kan..  Namun, ia nya masih terhad untuk kotak dan berat sahaja.Untuk barangan yang ringan, mungkin bawah 1 KG , anda masih boleh gunakan harga / rate Pos Laju yang biasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

78 Comments
  1. Mus says

    bab postage ni.. sys selesa guna easyparcel.. mudah sahaja. pihak kurier dtg collect di rumah.

    1. Pos malaysia says

      Betul tu, saya pun suka guna easyparcel. Murah pulak tu ehe

      1. Yat says

        Mcm nak guna easy parcel tu ye..dia pickup barang kita dari rumah ke

        1. MdAzlan says

          Ada 2 cara :

          1) Jika cik key in & bayar dalam system sebelum Jam 12 PM, pihak kurier yang cik pilih akan datang ke alamat cik untuk Pick Up item yang cik dah key in nanti. (Sebelum itu, cik perlu confirm kan dengan Pos Laju Office kawasan cik sama ada mereka datang pick up jam berapa )

          2) Cik boleh terus drop off (hantar terus) parcel cik ke Pos Laju berhampiran.

          Terima kasih.

    2. Haruka says

      Boleh sy tau mcm mana nk guna easy parcel? Mmg diorg akan dtg collect kt rumah eh? Kalau berat/ volumetrik kita ukur tu salah mcm mana eh? Ke diorg akan ukur dulu masa dtg tu?

      1. MdAzlan says

        Ikut berat biasa nya.. Limit bawah 1KG.. jika cik pos barang tak besar , should be tak perlu ukur.. hanya timbang berat.. Pastikan tak lebih dari limit 1KG

        Jika besar sangat, boleh terus ke pos office berdekatan.

        1. Hana says

          boleh beritahu tak step pakai easy parcel ni. Kita kena sampul sendiri dan tulis alamat sendiri ke macammana?

          1. MdAzlan says

            Sangat mudah dengan easyparcel

            1) Daftar akaun dengan Easyparcel. Dapat percuma kredit RM25
            2) Masuk kan poskod anda & poskod penerima
            3) Pilih kurier yang anda nak guna. Ada lebih 4-5 kurier yang available.
            4) Masukkan nama & alamat pengirim serta penerima
            5) Tekan submit
            6) Bayar melalui kredit percuma tadi
            7) Selepas selesai,boleh download consignment note & print
            8) Guna sampul sendiri. Jika top up RM500 ke atas, akan dapat percuma plastik untuk parcel
            8) Last, sent ke pejabat pos /pejabat kurier yang anda pilih di step ke 3
            9) Done

            🙂

            Thanks

  2. eryy says

    pelekat pos laju ni dy ukur size kotak x

    1. MdAzlan says

      Jika kotak standard tidak terlalu besar , mereka tak ukur . Jika kotak besar , harga berbeza mengikut volumematrix

  3. Deana Alisya says

    Nak tye klau nak pos katil mcm mne ye Mahal tk?

    1. MdAzlan says

      Mahal nie..Sebab ia akan ikut volumaterik iaitu Panjang X Lebar X Tinggi

      Lagi besar sesuatu barang, lebih mahal cas shipping

  4. Mohd Ashraf says

    Pos Pukal ke Seluruh Semenanjung. RM 2/KG.

    wasap.my/60136180665/pospukal

    minimum 15KG.

  5. aulia says

    camne kalau biasa peniaga online amek postage rm8,tp kalau sampul paling kurang pun td sy beli utk pos brg rm10.60?pelikla.poslaju kira mcm mne ye?by sampul or kira timbang?

    1. MdAzlan says

      Jika RM10.60 , itu kos sampul Prepaid untuk postage dari Semenanjung ke Sabah Sarawak .
      Untuk postage dalam kaw. Semenanjung, harga RM7.25 sahaja.

      Itu pun berat bawah 500 gram

      Jika ada seller yang amik kos lebi rendah, mungkin mereka dah absorb (tanggung) sedikit kos shipping dalam harga produk.

      Terima kasih

  6. Ahmad says

    Kalau nak pos 1 cable usb..berapa pos laju akan cas?rasanya berat satu kotak cable usb tu tak sampai 500 gram

    1. MdAzlan says

      dari 1-500gram, tetap RM7.25 tak kira apa item pun.. Harga rata..

  7. Neil says

    Pos apa yang boleh hantar kotak saiz 51cmX50cmX54cm berat 3.64kg? sbb kalau pakai poslaju udara cecah 2++ lebih. Thanks.

    1. MdAzlan says

      Tuan boleh cuba pos laju biasa. Borang warna biru. CUma tempoh serahan nya agak lama. Ada yang hampir 2 – 3 minggu baru delivery. Mereka guna laut. Harga lebih murah.

  8. Eirda says

    Hi, mcm mana pulak kalau saya dh beli plastic poslaju kat lazada.. saya pakai plastic size s yg beratnya under 500gm.. then saya nk beli pelekat prabayar shj rasanya2 harga pelekat tu berapa ye? And dia akan charge apa2 lagi tak? Charge service?

    1. MdAzlan says

      Tidak sesuai untuk parcel yang ringan.

      Setahu saya, sticker ini di jual untuk parcel berat sahaja..Melebihi 3KG..

      jika bawah 1 KG, masih baik guna rate shipment biasa pos laju.. 🙂

      Terima kasih

  9. Asmainey says

    Nak tanye . Borang Pos Tu Kite Tampal Macam Mane Ye ? Malu Bertanya Sesat Jalan Hehehe

    1. MdAzlan says

      Ada pelekat di bahagia belakang borang ini..

      Jika tak pasti, boleh serahkan pada staff kaunter pos laju untuk bantuan . 🙂

      Terima kasih.

  10. Ris says

    Hi kalau sy nk pos frame yg berat x lebih 5kg tp ada mcm² saiz. Ada saiz a4 sampai a0. Dia besar tp nipis dan ringan. Frame kan. Itu nk pakai bungkusan mana ek? Kalau bungkus sendiri nk bungkus pakai apa je? Cukup x kalau bubble dan kertas mahjung/minyak? Then nk kena beli pelekat poslaju ke? Utk brg camni, easyparcel boleh pick up x?

  11. NURUL FATIHAH BINTI MD YUSOF says

    saya pos barang ke labuan.. dri KL.. kotak.. ukuran dia 48x26x15 total 51.80 .. sy charge dgn customer rm10 jer.. pos pakai pos laju.. ada cara lain x untuk lebih murah.. and sy tahu pasal domestik..tp kurang faham

  12. Azie says

    Nak tanya..kalau nak pos beg baju besar..around berapa ringgit yer..perlu masuk kotak juga ke..

    1. MdAzlan says

      Ini perlu rujuk pada petugas kaunter.. Ia ikut berat / besar beg tersebut.. Harga berbeza ikut berat/saiz.

  13. Sam says

    Jika lebih dari 10 kg boleh diterima ke?

    1. MdAzlan says

      Ini perlu rujuk pada petugas kaunter. Mungkin ada special pelekat..

      Jika timbangan biasa, tiada masalah untuk penghantaran. Lagi berat, lagi mahal.

  14. Husna says

    Kalau saya nak pos facial mask ,brp harga ye. BRG die kn ringan je. Kalau guna sampul sendiri ,boleh ke?

    1. MdAzlan says

      Biasa ringan bawah 500gram, anggaran RM6.90 tak silap.. Guan sampul sendiri pun boleh.

  15. Qamarina Dayana says

    Salam.. Nak tnya.. Klau sy ad beli plastik pos laju di shopee dan mendapat resit N/A percuma.. Bila sy nk hntr ke pos laju adakah saya masih dikenakan cas?

  16. Qamarina Dayana says

    Salam.. Nk tnya klau sy ad bli plastik pos di shopee.. Dan mndapat resit N/A.. Apabila sy hntr ke pjabat pos laju, adakah saya masih dikenakan cas penghantaran?

    1. MdAzlan says

      Jika jenis prepaid plastick pos tiada masalah. Boleh terus drop off dan tiada bayaran di kena kan.
      CUma jika plastik biasa, anda masih perlu timbang dan akan di kena kan bayaran ikut berat.

  17. Haziq says

    Klau pkai easy parcel x yh beli pelekat prabayar tu dh kn?trus pergi letak je kn?

    1. MdAzlan says

      Yes. Betul tuan.Boleh terus letak dan inform pada petugas kaunter supaya dia alert . 🙂

  18. Athierah says

    Tahu tak macam mana nak pos helmet guna pos laju. Kotak dah ada then kotak tu boleh tak nak balut guna pembalut hadiah ? Condition helmet tu macam mana ye, kena bagi tahu yang tu fragile ke macam mana ?

    1. MdAzlan says

      Untuk pos helmet, saya rekemen awak masukkan dalam kotak dan bagi ia fit dengan letakkan surat khabar atau foam atau bubble wrap supaya ia tak goyang masa penghantaran..

      Guna kotak lebih selamat.
      Jika dah balut baik2, tak perlu frigile .. atau boleh check dengan petugas kaunter jika sticker firgile di perlukan

      Terima kasih,
      Azlan

  19. shakila says

    Saya nak pos barang ke sabah. Barang agak banyak . Ade cara utk pos lebih murah ke? Barang dalam 30 kg

    1. MdAzlan says

      Cik guna kan “pos domestik” -borang biru, dan guna kan penghantaran melalui “Laut”
      Ia lebih murah, tetapi ambil masa lama untuk sampai . Borang pos domestik boleh minta terus ke petugas pos office,,

      Jika tidak urgent, guna kan laut .Jika nak guna cepat, guna udara , tapi cas mmahal sikit.

      Terima kasih,
      Azlan

  20. febli malina ramli says

    Sy nak tnya..kalau sy nk pos tilam baby ke sarawak n xnk msukkan kotak..sbb masuk kotak xjmpa kotak besar. boleh ke sy balut dgn plastik je n seal dgn selotip..agak2 poslaju terima x??

    1. MdAzlan says

      Yes.Tak silap boleh.. Janji di balut dengan kemas dan tight . CUma kos nya akan tinggi sebab, ia ikut ukuran fizikal tilam, bukan berat dah .

      Thanks

  21. Hadibah says

    Klu sy nk pos bks2 plastik dlm kuantiti 1200..agk2 cmne nk pos ye..klu kotak,msti kna gna byk..klu pkai pos domestik bleh ke

    1. MdAzlan says

      Jika tidak terlalu besar bekas plastik tu, pack kan dalam 1 kotak dan pos guan Domestik..Lebih murah cik .
      .

      Cuma jika packaging terlalu besar, perlu check dulu dengan petugas pos , adakah mereka terima.. Atau mungkin perlu gunakan kurier / cara penghantaran lain.
      .

  22. Nur ashikah says

    Sy nak pos barang. Dari kl ke sarawak. Cemana cara nak jimatkan kos yee? Amd agak² berapa harga tuu?

    1. MdAzlan says

      Guna pos biasa / domestik – Laluan Laut .. Murah, tapi lambat sampai . Jika tak urgent boleh guna cara itu.
      JIka barang nak cepat sampai, perlu guna pos laju, dan lebih mahal sikit .

  23. Kecik Klang says

    Salam bos..
    Macam mane kalau nak pos aksesori kereta (spoiler & fog lamp) ??
    Dari segi bungkusan , ape yang boleh saya guna selain kotak??
    Spoiler tu pihak poslaju kira berat @ ukuran panjang??

    First time jual barang guna pos ni , memang betol2 zero..

    1. MdAzlan says

      Waalaikumsalam.

      Boleh terus balut sahaja tanpa perlu kotak.. Kalau lebih baik, balut dengan bubble wrap untuk lebih selamat.
      Kurier akan ikut ukuran panjang x lebar untuk item yang di hantar itu besar / panjang walaupun brang tersebut ringan.

      TQ

  24. Izyan hafiz says

    Salam. Nk tanya. Saya nak pos topi guna perkhidmatan pos laju. Kalau saya guna kn kotak(untuk elakkan topi patah), pihak pos laju Akan kira mcm mana ye. Topi tu ringan je sebab 1 pcs to guna kotak. Dia ukur berat atau berapa besar kotak tu? Dan berapa anggaran harga service yg saya perlu bayar Tu? Terima kasih.

    1. MdAzlan says

      Waalaikumsalam. Yes, Baik gunakan kotak yang keras , bukan kotak lama yang dah lembik . Sebab takut masa proses pengahntaran, ia akan di himpit oleh item lain yang lebih berat .

      Lagi selamat, dalam kotak tu, letak sekali bubble wrap . So, ia akn protect lebih baik.

      Kalau kotak besar ia akan ikut ukuran panjang x lebar , jika kotak kecik, ia akan ikut berat sahaja.

      Terima kasih
      Azlan

  25. Brenda says

    Hai…. nak tanya. Kalau nak pos frame gambar yg dah siap sekali berkaca. Macam mana ye? Kalau balut guna bubble wrap simpan dlm kotak akan selamat ka? Saya takut pecah. Adakah kos penghantaran secara volumetrik juga?

    1. MdAzlan says

      Yes, Betul.. Perlu balut dengan tebal . Sebaik nya dengan bubble wrap .
      dan masukkan dalam kotak supaya bula bertindih, kotak tak kemek . Serta sila beritahu staff kurier yang item ini mudah pecah..Nanti mereka akan letak sticker frigile .

      Kos penghantaran jika kotak besar / panjang, akan di kira secara volumematrix .
      Jika kecik, akan kira berat.

      TQ

  26. murni says

    saya ada terlihat ada bag plastik macam tulis 50kg.. harga untuk bag tersebut berapa ya???

    1. MdAzlan says

      Maaf cik. Saya kurang pasti dengan 50kg tersebut. 🙂

      Terima Kasih.

  27. Mohamad afiq says

    Assalam bang, boleh x saya nak belajar guna easyparcel dengan abang?

    1. MdAzlan says

      Senang saje tuan. Guide ada dalam website Easyparcel sendiri.. Tutorial lengkap di serta kan.. Lepas buat 1-2 x, akan faham dah.

      Terima kasih

  28. Hadirah says

    Hai nak tanya. Kalau saya nak pos kek coklat mcm mana ya ? Boleh guna easy parcel ke ? Atau

    1. MdAzlan says

      Hai, makanan tidak di galakkan untuk pos sebab di khuatiri akan rosak kan makanan tersebut.

      Terima kasih.

  29. Sharifah says

    Salam , saya bertanya macam mana nak kira bacaan volumematrix untuk barang seprti selipar ..

    1. MdAzlan says

      waalaikumsalam.

      Selipar tak perlu valumetrix jika nak hantar 1-2 pasang.. Hanya perlu timbang.
      Cuma jika banyak dalam kotak besar, baru ikut kiraan volumetrik

      Terima kasih

  30. Wani says

    Hai.. saya nak jimatkan kos post.. sekiranya saya guna kotak.. macam mane ea kalau saya tak nak brang tu di ukur..just timbang ? Yg pelekat prabayar tu macam mane pula ? Boleh terangkan ?

    1. MdAzlan says

      Hai..JIka barang kecik dan boleh di compress, cuba untuk pack dalam kotak yang sekecil mungkin

  31. ela says

    Salam en mdazlan,

    saya nak pos madu. ada madu berat 60ml- 150ml (botol kaca) dan 1kg (botol plastik). Jika saya nak pos, boleh ke cuma pakai bublewrap sahaja tebal2 dan terus pos atau perlu gunakan kotak?

    1. MdAzlan says

      Waalaikumsalam

      Ikut pengalaman saya, yes..Perlu di balut dengan bubble warp setebal mungkin serta di masukkan dalam kotak.
      Kerana, fizikal kotak lebih kuat untuk menahan daya dari barang lain dan buatkan botol lebih selamat.

      Terima kasih.

  32. meo says

    hye, kalau nak pos kotak 35 x 30 x 25cm poslaju akan kira mcm mana ya?

    1. MdAzlan says

      Cara kira adalah seperti berikut :

      ( 35 x 30 x 25 ) / 6000 = 4.375 . Jadi, Pos akan ambil 4.375KG sebagai pengiraan untuk tentukan kos sebenar penghantaran.
      Walaupun berat barang tersebut ringan.

      Ia berbeza yer.

      Terima kasih

  33. Sue says

    Salam, adakah maksudnya bila beli pelekat ni Kita dah tak perlu bayar Kos shipping / delivery lagi?

    1. MdAzlan says

      Waalaikumsalam

      Yes. Sama seperti top up. Kira bayar dahulu.
      Selepas gunakan, tiada lagi pembayaran perlu di buat,

  34. Sue says

    Contohnya, sy pos 10kg Hanya perlu bayar rm22 Sahaja Tanpa Ada Kos lain Dan boleh Terus dipos?

    1. MdAzlan says

      Yes betul.Untuk dapatkan pelekat yang betul, saya galakkan anda timbang item tersebut dahulu, teh baru beli pelekat yang ikut berat.

      Then , tak perlu bayar lagi semasa penghantaran.

  35. Nur atikah Mohd halim says

    Boleh saya tahu kalau nak pos makanan mcm biskut boleh ke”
    Mcm mana cara nya?

    1. MdAzlan says

      Assalamualaikum cik

      Sepatut nya, makanan tak di galakkan untuk postage, namun jika nak hantar juga, ia adalah tanggungjawab pihak penghantar sendiri.
      Masalah biasa adalah, biskut tadi pecah

      Terima kasih

      1. Sue says

        Assalamualaikum..saya nk pos brg2 masak seperti periuk.nasi, kuali, pinggan kaca correll pastu pampers anak dlm 6beg yg.belum bukak tu, pastu roti Gardenia & bawang dlm 1kg ke Labuan.. camane yek .saya.nk htr.sana dgn murah?

        1. MdAzlan says

          Waalaikumsalam.

          Saya cadangkan cik guna pos domestik dan gunakan laluan laut untuk penghantaran.
          Lebih murah, tetapi ambil masa agak lama untuk sampai.Anggaran 1-2 minggu

          Terima kasih

  36. apy says

    salam, Bang nak tanya kalau nk pos Gitar mcm mne erk? cara pengiraan pos dan nk packing tu.. sy nk pos sekali ngn Hiking beg ke serawak from Semenanjung

    1. MdAzlan says

      masukkan dalam kotak besar.
      Tapi cas mungkin lebih mahal sebab mengikut saiz kotak nanti

  37. Baizura says

    Nk tanya klo pos cerek guna kotak sendri anggaran kos pos brpa ye..

    1. MdAzlan says

      Depends pada berat,sebab cerek tak besar.. Jika dalam 1KG pun, lebih kuranh RM10 macam tu je.

Leave A Reply

Your email address will not be published.