Cara Pindahkan Nombor Phone ke Smartphone Baru

0 4,943

Anda beli phone baru ? Ini cara pindahkan nombor phone dari phone lama ke smartphone anda yang baru. Tak kan kita nak save nombor phone kawan-kawan kita satu-satu secara manual kan, buat nya ada beratus nombor, mau seharian jugak kita hanya hadap skrin telefon tu hanya untuk save kan nombor mereka. Buang masa . Jadi, untuk lebih mudah dan cepat serta percuma, saya ada cara cepatkan transfer tersebut. 

Cuma untuk cara ini, hanya terhad untuk pengguna smartphone Android sahaja kerana cara ini perlu gunakan akaun Google anda. Bila anda dah sync antara akaun Google yang sama, jadi lebih mudah. Hanya perlu log in akaun Google asal di telefon baru anda, dan sistem phone baru anda akan search apa jua data yang anda dah back up. Ok, jom saya tunjuk kan cara nya 

 

Bagaimana Pindahkan Nombor Phone ke Telefon Baharu Dengan Cepat & Mudah

 

Untuk telefon lama anda : 

Step #1 – Masukkan Setting > Google > Back Up > Tekan Google Data Account data . Di Google Data ini lah anda perlu sync dahulu contact phone anda kepada yang latest. Mungkin anda baru simpan nombor telefon kawan / kenalan baru anda. Jadi, fungsi Sync (synchronize) adalah sebagai refresh / upload kan data dengan data yang baru. 

 

sync contact google latest

Step # 2 – Tekan pada butang 2 titik di atas skrin phone anda dan klik ‘Sync Now’ . Selepas selesai, pastikan tarikh dan masa sync tersebut adalah palign terbaharu. Ada kes yang sync tak berfungsi dengan betul, jadi tarikh nya masih 2-3 hari lepas punya.

 

Untuk snyc / pindahkan nombor phone ke telefon baru anda pula :- 

 

Di phone baru anda juga sama 2 step di atas iaitu anda perlu snyc kan Contact dalam Google account anda . Cuma pastikan Google akaun di phone baru anda mesti sama dengan akaun di phone lama anda, Jadi, baru lah proses sync ini akan berjaya. Jika anda sign ini dengan akaun Google lain di phone baru anda, memang tak boleh nak terima data dari akaun yang lain.

Step #1 – Selepas selesai first setup untuk telefon baru anda, ulang proses sync contact di akaun Google anda seperti di atas.

Step #2 – Setelah selesai, masuk ke Contact > Tekan 2 titik bucu atas skrin phone , pilih ‘Contact Setting’ > Pilih “Display Contact” > Pilih contact dari akaun Google anda (email) 

pindahkan nombor phone ke telefon baru

display contact 

Ok. Selesai dah. Ini cara paling mudah kerana anda tak perlu save kat mana-mana files contact anda. Ada cara lain yang biasa nya perlu save kan files dalam bentuk .vcf , tetapi leceh nak copy & paste kan files tersebut kat PC atau dalam Cloud servis seperti Google Drive. Jadi, cara snyc contact ini bagi saya cara paling mudah dan cepat. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.