Cara Pindahkan Mesej Chat Whatsapp ke Telegram

0 409

Risau bab isu privacy Whatsapp ? Ini cara bagaimana anda boleh pindahkan mesej chat Whatsapp ke Telegram dengan lebih mudah dan pantas tanpa perlu cari database Whatsapp dalam smartphone anda. Telegram menjadi medium mesej yang semakin banyak di gunakan selepas Whatsapp terpalit dengan issue privacy mereka.

Sejak issue privacy Whatsapp, kini Telegram telah mencecah 500 Juta pengguna aktif di seluruh dunia, di mana dalam tempoh 72 jam dari issue Whatsapp tersebut, Telegram merekod kan penambahan 25 juta pengguna baharu platform mereka. Jadi, secara tidak langsung, pengguna smartphone di lihat semakin matang dengan isu data peribadi mereka.  Adakah anda salah seorang pengguna app Telegram ?

Jadi, bagaimana anda boleh pindahkan mesej chat Whatsapp ke Telegram ? Jom saya tunjukkan kepada anda sekarang.

CARA PINDAHKAN MESEJ CHAT WHATSAPP KE TELEGRAM LEBIH PANTAS & MUDAH

Telegram Play Store
Google Play Store > Telegram

Langkah 1 – Cari mesej chat Whatsapp yang anda nak transfer. Buat masa ini, anda hanya boleh buat step transfer ini melalui smartphone sahaja. Anda belum boleh buat step ini dari aplikasi desktop ok. Selepas itu, tekan butang ‘tiga titik’ di penjuru paling kanan atas & klik ‘More’ . Kemudian, klik pada ‘Export Chat’

Ringkasan : Chat / Mesej Whatsapp > 3 titik penjuru atas kanan > More > Export Chat

nak beli powerbank click more export chat

Langkah 2 – Anda akan di bawa ke page di bawah. Paparan mungkin berbeza mengikut jenama smartphone / sistem operasi phone anda. Klik pada ikon Telegram & anda akan terus di bawa ke Telegram apps anda. Kemudian, klik pada contact list yang anda nak transfer. Namun, untuk step ini, anda perlu ada chat dalam Telegram dengan orang yang anda nak pindahkan mesej.  jiak tiada, anda tidak boleh buat step ini. Atau jika orang yang anda nak transfer tu tiada akaun Telegram, pun tak boleh nak buat step ini. Jadi, anda perlu check dahulu dalam Telegram apps anda sebelum buat langkah-langkah di atas ya.

offical tele azlanAzlan 1

Untuk maklumat / step lebih lanjut, anda boleh dapatkan info official dari Telegram di bawah.

Betul, step nya sangat mudah kan. Tak perlu anda nak korek database Whatsapp dari file smartphone anda , hanya perlu share dan import mesej anda ke Telegram. Sekarang bila berkata tentang isu data peribadi, memang ia sangat perlu di jaga dengan baik kerana, dengan data peribadi anda tu, ia membuka peluang kepada penipuan atau scam. Jadi, sila ambil berat akan data peribadi / pricay anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.