Cara Pantas dan Percuma Tingkatkan Likes Pada Facebook Page

3 702

Cara Pantas dan Percuma Tingkatkan Likes Pada Facebook Page . Khas untuk anda yang mempunyai Facebook Page yang menjalankan aktiviti perniagaan, sosial sharing, komuniti atau apa sahaja bidang anda, sudah semestinya anda idamkan likers yang beribu-ribu setiap hari ataupun impian anda untuk melihat likers anda mencapai amaun 150,000 likes pada page anda kan.. Sekali update post di page anda, maka berduyun-duyun lah mesej PM / Whatsapp yang masuk yang mahukan produk atau perkhidmatan anda.

Sumber gambar : eblogfa.com

Ouh.. apa yang saya cerita tu hanya lah cerita 4 tahun lepas ..mungkin ada yang betul-betul dah buat sekarang, tetapi saya percaya , tak ramai yang dapat situasi macam tu lagi.. Realiti nya, jika dulu ..dalam 4-5tahun lepas, zaman-zaman Facebook mula bertapak di Malaysia dan kurang nya peniaga online ini, situasi di atas pasti terjadi dan anda dapat rasai sendiri. Masa tu, boleh kata, kos rendah, tapi sales sangat tinggi.. ROI (return on investment) boleh dapat 5X .. Serius .. Itu cerita dulu-dulu lah ..

Dulu, walaupun anda ada 5000 likers sahaja pada page anda, itu pun sudah cukup memberi pulangan lumayan untuk anda..itu cerita 3-4 tahun lepas tau ..hehehe.. untuk tahun 2017 lain cerita nya… kos makin meningkat dan reach pada likers anda semakin menurun dan menurun ..

Maksud nya, jika dulu anda ada  5000 fans, sekali anda pos di page, dalam 1000 orang akan nampak post anda .. tetapi sekarang , saat ni, jika anda post pada 5000 fans, mungkin hanya 100 orang sahaja yang reach..atau mungkin kurang lagi.. apa nak buat, Facebook bukan kita punya..hehe..tempat orang kan.. Suka hati dia lah nak adjust macam mana system mereka supaya orang macam anda spend lebih lagi dan lagi..  🙂

Alamak, dah jauh membebel nie.. Sorry..

Berbalik semula ke tujuan asal kita …

Cara Pantas dan Percuma Tingkatkan Likes Pada Facebook Page

Cara ini lebih berkesan kerana bakal likers /fans anda nanti adalah orang yang betul-betul berminat dengan produk mahupun perkhidmatan anda. Cara ini mungkin agak simple dan bukan lah skill-skill otai FB , namun, sedikit sebanyak mampu membantu anda dari segi kurangkan kos mendapatkan likes yang kian meningkat sekarang.

Sesuai untuk :- Mereka yang menjalankan perniagaan melalui Facebook Page. Dan lebih baik kesan nya jika anda menggunakan iklan berbayar Facebook Ads pada pages ini.

 

Step 1 :- Masuk ke Facebook Page anda . Cari post iklan anda yang mempunyai banyak Like.  Contoh seperti di bawah. Iklan ini ada 1200 likes . Bermakna, ada 1200 orang yang menyukai / berminat / pernah tengok iklan ini di Facebook.

Kebiasaan nya, mereka-mereka ini adalah potential porspek yang baik untuk anda kerana mereka ada menunjukkan minat pada iklan produk / perkhidmatan anda.

 

Step 2 :- Klik pada bilangan likes tersebut. Jika ikut gambar di atas, anda perlu klik terus pada angka 1.2K tu.  Selepas itu, ia akan keluar senarai orang yang telah likes pada iklan anda tu seperti di bawah.

Pada paparan ini, Facebook sendiri ada nyatakan pada bahagian atas box ini iaitu “Invite To Like ______ (nama page anda) ” . Jadi,mereka yang belum jadi fans / likers anda ini lah yang perlu anda panggil (“invite”)  untuk menjadi sebahagian fans pada page anda.  Dan semestinya, ia nya adalah PERCUMA tanpa sebarang kos.

 

Step 3 :- Klik pada butang “Invite” untuk Facebook menghantar invitation kepada akaun prospek untuk menjemput mereka menjadi fans kepada page anda. Jika prospek tersebut tekan “Accept” , maka beliau akan menjadi salah seorang fans anda dan bilangan likers anda akan meningkat. Mudah kan?

 

Dengan 3 langkah Cara Pantas dan Percuma Tingkatkan Likes Pada Facebook Page di atas, anda akan dapati yang bilangan likers / fans pada Facebook page anda akan meningkat lebih tinggi berbanding biasa dan ia juga dapat menjimatkan kos iklan “like” anda.

Ambil contoh jika sebelum ini , kos iklan likes anda pada RM0.20/likes, jadi anda perlukan RM2.00 untuk 10 orang fans. Dengan 3 step di atas, anda hanya perlu tekan Invite sahaja , dan anda mampu menjimatkan RM2.00 untuk 10 fans anda yang baru. 🙂 . Walaupun nampak kos nya kecil, tetapi sedikit sebanyak anda boleh jimat kan sedikit duit anda dalam tempoh 1 bulan. atau 1 tahun.

10 fans sehari :- kos RM0.20/likes@ fans = RM2.00

1 minggu : 7 hari X RM2.00 = RM14

1 Bulan : 30 hari x RM2.00 = RM60

1 Tahun : 12 bulan x RM60 = RM720

Itu baru bajet dengan 10 fans / like sehari. Bayangkan orang yang spend RM20 / RM30 /RM50 sehari untuk dapatkan Like sahaja, agak-agak berapa kos yang mereka perlu keluarkan dalam tempoh 1 tahun ?

Ok..jumpa lagi..

Terima kasih kerana membaca dari awal hingga akhir 🙂 . Selamat menjimatkan duit anda di saat ekonomi yang agak suram sekarang ini.. Ada cara nak jimat ,lebih baik guna kan 🙂

3 Comments
  1. imnajmi says

    Terima kasih atas perkongsian ini.. yang penting free hehe.. rasanya memang algorithm FB nak limit berapa orang saja reach…. selalunya.. pada pengalaman saya.. hanya 30% saja reach. Contoh jika ada likers 1000, hanya 300 reach bila share sesuatu post, dan hanya 3% yang actually click post kita… secara normal la… tapi bila bab headline mengancam ka, atau click bait, maybe nilai lagi tinggi

    1. MdAzlan says

      Sama-sama tuan. Yes. Reach semakin menurun dan amat ketara berbanding awal2 kemunculan FB .

      Ini juga salah satu cara mereka untuk bagi kita spend lebih untuk iklan berbayar agak nya.hehe.

  2. Mus says

    tidak pernah terfikir cara ini.. terima kasih atas perkongsian

Leave A Reply

Your email address will not be published.