Cara Order Makanan Dengan Shopee Food
Selain dari Food Panda & Grab Food, anda boleh juga order makanan dengan Shopee Food tau. Shopee Malaysia bukan hanya platform menjual barang online sahaja, tetapi dah melebarkan sayap perniagaan mereka melalui penghantaran makanan. Di sebab kan Shopee Food masih di anggap baru dalam bidang penghantaran makanan, jadi akan banyak kupon / diskaun yang anda boleh dapat buat masa ni.
Ini cara bagaimana saya order makanan dengan Shopee Food beberapa hari lepas.. Not bad lah, lebih kurang je dengan servis penghantaran makanan yang lain, cuma lebih ada kupon diskaun yang lebih best berbanding yang lain.
Bagaimana Order Makanan Dengan Shopee Food Malaysia
Langkah 1 – Buka aplikasi Shopee dan tekan ikon ” Shopee Food ” di bahagian dashboard apps anda. Macam biasa, Shopee akan tulis ayat di apps tersebut dengan ayat yang catchy – 50% OFF , tapi anda pun tahu lah, hanya beberapa menu / ada syarat-syarat tertentu untuk dapat kan 50% OFF tu.
Langkah 2 – Anda klik sahaja pada mana-mana kedai yang anda nak order makanan anda. Di page kedai tersebut, akan ada butang untuk ‘Claim Voucher’ diskaun anda, so sila lah claim kupon diskaun tersebut sebanyak mungkin. Claim je dahulu, nanti baru fikir nak guna kat mana.. haha. 🙂 . Contoh saya ada masuk di kedai ini, jadi tekan je butang claim.
Cara order makanan dengan Shopee Food sama sahaja dengan Food Panda & GrabFood , klik makanan kegemaran anda, masuk dalam ‘Cart’. Sebelum anda checkout dan sebelum buat pembayaran, sila guna pakai voucher yang anda sudah claim ok. Lihat dalam jumlah order saya, saya dah berjaya claim diskaun untuk food discount dan delivery discount.
Jika anda ada Shopee coin , anda juga boleh guna kan coin tersebut untuk dapatkan lebih diskaun dari jumlah pembayaran anda.
Langkah 3 – Ini hanya monitor penghantaran makanan anda. Nampak macam canggih ya. Dari segi kepantasan penghantaran, not bad, lebih kurang sahaja dengan Food Panda & Grab Food. Ia sebenar nya bergantung kepada rider untuk dapat makanan cepat atau lambat.
Ini lah bagaimana anda boleh order dan berjimat bila order makanan dengan Shopee Food Malaysia. Jadi di Malaysia, sudah ada beberapa servis penghantaran makanan , cuma tak semeriah dalam tahun 2019-2020 (zaman Covid) yang pada masa tu, berapa ramai yang menjadi food rider. Ada juga yang buat servis penghantaran sendiri.
Cuma seprti yang anda tahu, harga makanan yang di tempah melalui servis penghantaran seperti Shopee Food adalah lebih mahal berbanding dengan beli sendiri di restoran. Tetapi kelebihan terbesar order makanan di servis penghantaran adalah anda boleh jimatkan masa andai kata restoran tersebut jauh dari kawasan rumah anda.