Cara Nak Tahu Powerbank Xiaomi Original atau Tiruan

6 259

Power bank Xiaomi sangat terkenal dan sangat laku laris sehingga 55 Juta unit terjual seluruh dunia setakat ini. Namun, itu adalah lah angka rasmi berdasarkan jualan melalui wakil SAH / laman jualan online Xiaomi. Tetapi bagaimana pula dengan power bank tiruan Xiaomi? Seperti kita tahu,terdapat banyak powerbank Xiaomi yang tiruan bebas di jual secara berleluasa di pasaran dengan harga yang sangat murah.

Apakah Cara Nak Tahu Powerbank Xiaomi Original atau Tiruan ?
  1. Pastikan anda membeli powerbank Xiaomi hanya dari wakil SAH / laman web rasmi Xiaomi Malaysia sahaja. Jangan beli powerbank Xiaomi di dalam talian / kedai yang menawarkan pada harga sangat murah. Ia mungkin adalah taktik untuk memancing anda supaya membeli set power bank Xiaomi yang tiruan.
  2. Jika anda sudah membeli power bank tersebut , sila periksa pada bahagian luar kotak nya. Pastikan ada sticker hologram dari Xiaomi ini. Jika tiada, sila tanya pada penjual yang anda berurusan.
    1. powerbank-xiaomi
  3. Klik pada link ini :- http://www.mi.com/verify/#secur_en
  4. Anda akan di bawa ke laman untuk verify kod security powerbank Xiaomi anda (seperti di bawah). Anda perlukan 20 digit kod security untuk step ini.
    1. Tapi bagaimana nak dapatkan kod security tersebut ?? -> Anda perlu gores pada kotak segi empat di sebelah kiri label. Gores macam anda gores kad top up. Jangan kuat sangat, nanti hilang pulak nombor kod tu.
    2. cara-periksa-power-bank-xiaomi-original
    3. Masukkan 20 digit nombor security yang anda gores tadi dalam kotak seperti di atas.
    4. Selepas selesai masukkan kod tersebut, tekan butang “Verify
  5. Ia akan memberikan keputusan berdasarkan database dari pihak Xiaomi sama ada original ataupun tiruan. Selesai cara untuk verify power bank Xiaomi anda 🙂

Nasihat saya , jangan lah kedekut untuk melabur sejumlah wang anda untuk dapatkan power bank yang betul-betul original.  Dah banyak dah kes power bank meletup, power bank cepat rosak, power bank hanya boleh cas sekali sahaja, tetapi masyarakat kita masih mudah di tipu dengan penjual yang tidak bertanggungjawab di luar sana.

Bak kata pepatah :- ” Alah membeli, menang memakai 

6 Comments
  1. Uncle Zuan says

    wow! terbaik. lepasni boleh la beli powerbank xiaomi dengan senang hati

    1. MdAzlan says

      Saya rekemen tuan beli terus di xiaomi Malaysia..
      Terjamin ke”ORI”an nya ..

  2. Panduan Terkini says

    Nasib beli yang original. Maknanya yang jual di tepi jalan semua tu kebanyakkan tak ori. terima kasih dengan penjelasan yang jelas.

    1. MdAzlan says

      Biasa yang jual harga murah tu kene hati2..
      biasa org suka jenis yang murah..last2 kene tipu..

  3. Ilham says

    terimakasih perkongsiannya.,,,, lepas ni mau beli xiaomi yang original hehehe

    1. MdAzlan says

      Betul tuan…untuk barang elektronik ,lebih baik laburkan sedikit wang lebih untuk dapatkan gajet yang 100% Orignal.. Poket selamat utk jangka masa panjang

Leave A Reply

Your email address will not be published.